Semalam aku ada post pasal 'berita baik untuk pengemar photography landscape' dan untuk hebahan kepada semua. Korang ada share tak?? Mana la taw kan, kot2 ada sahabat atau taulan muka buku korang yang berminat. Tak kan la nak tunggu aku minta-rayu kot baru korang nak tolong share....your ar my friends! Y(~__^)Y
Ok....kat bawah ni ada sedikit penambahan maklumat berkaitang outing photography "Kemasik mu tunggu aku datang". Penyertaan dibuka kepada photography landscape, photography human interest dan juga photography macro. Harap korang yang berminat tu take note laju2 360km/j. Nanti jangan kata aku tak war2 kan pulop. tumbuk pusat la jawabnya...HeHeHe...Korang boleh rujuk banner kat bawah.
Dalam hebahan semalam ada sedikit ralat. Ni nak bagi pencerahan mengenai program outing "kemasik mu tunggu aku datang" pada 14hb Feb dan sessi foto kritik pada 23hb Februari 2014. Kekeliruan mungkin timbul kerana ada multiple post dari admin berkenaan dengan poster. Ingin dijelaskan disini bahawa program tersebut adalah 2 program yang berbeza tetapi bersangkut paut. Bermakna ianya saling berkait.
Outing 'Kemasik mu tunggu aku datang'
- Tarikh : 14hb Februari 2014
- Tempat : Kuala Pantai Kemasik
- Masa : 5.30pm-7.30pm
Sessi FotoKritik Bersama RAJA KAMAL RAJA HUSSAIN
- Tarikh : 23hb Februari 2014
- Tempat : Cahaya Mesra Seafood ( Bangkok Kitchen ) Geliga
- Masa : 9.00pm- 11.30pm
Berikut adalah syarat2 yg telah ditetapkan utk kedua2 program tersebut:
- Peserta yg menyertai Outing sahaja LAYAK ke sessi foto kritik kerana gambar yg diambil semasa Outing sahaja yg dibenarkan utk sessi tersebut.
- Peserta boleh menghantar 2 keping gambar berbentuk JPEG bersaiz sekurang2nya 5MB secara softcopy kepada mana2 admin selewat-lewatnya pada pukul 8.00 mlm 23hb Februari 2014. Sekiranya ada yg menghantar lebih dr masa ditetapkan penyertaan tersebut akan dibatalkan & tidak diterima.
- Peserta dibenarkan melakukan 'editing' pada gambar secara minimal.
- Setiap penyertaan DIWAJIBKAN menyertakan nama & exif data.
- Sebarang keputusan mengenai pemilihan pemenang Sessi Fotokritik adalah muktamad. Mana2 rayuan atau bantahan tidak akan dilayan sama sekali.
- Kos pengangkutan atau mana2 perbelanjaan adalah tanggungan peserta sendiri.
Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada admin (aku la tuh) atau boleh terjah pages Kemaman Photography Club.
Harap korang yang minat berkumira tu boleh join event yang julung2 kali diadakan ini. Sambil2 tu boleh la kita berukhuwah sesama kita. Ukhuwah tu yang paling utama. Tak gitu??
Sekian untuk makluman dan hebahan.
Jazakallah.
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.