Sebelum ni aku ada tulis dekat wall muka buku aku perihal masalah produk Perodua yang aku terbeli bulan September last year yang lalu. Macam2 masalah yang terjadi ke atas Bumblebee aku.
Aku dah refer masalah terkait itu dekat pusat service Perodua, tapi masalah tak juga settle2. Ketat jiwa sangat2 aku rasa. Korang bayangkan la yer, beli dengan harga puluhan ribu tapi 'sampah' yang aku dapat.
Aku ada emel dan bertanya tentang problem Bumblebee aku pada HQ Perodua, tapi dah masuk minggu ke-3 ni satu hampas pun takde feedback dari mereka. Tak pasal2 suhu darah aku meningkat dengan mendadak.
Aku ingat aku sahaja yang menjadi mangsa keadaan ketidaktelusan dan ketidakcekapan Perodua tapi rupa2nya telah ramai rakyat Malaysia yang terkena dengan mereka. Ramai juga yang telah terbeli 'sampah' dari syarikat Perodua yang konon2 lebih baik dan bermutu dari produk keluaran Proton. Hakikatnya 2x5....5x2....pi mai pi mai depa sama jer.....Hampagas betul.
Korang boleh baca aduan rakyat Malaysia tentang produk 'sampah' dari Perodua dekat link yang aku sertakan kat bawah sini. jadi, kepada korang yang nak beli 'sampah' pikir2 la yer...
1- Lie Aishah - sebulan guna 12 masalah major pada kenderaannya
2- Complaint Board terhadap Perodua 1
3- Complaint Board terhadap Perodua 2
4- Complaint Board terhadap Perodua 3
5- Complaint Board terhadap Perodua 4
6- Complaint terhadap Perodua at Forum
7- Complaint Perodua at NCCC Malaysia
8- Komplen dari incik Asam Jeruk blogspot dot com
Korang bayangkan, dalam masa 4 bulan macam2 penyakit ada pada bumblebee aku. Kalau masalah ni datang setelah tempoh masa 4 tahun aku tak kisah mana. Ini baru 4 bulan. Siot je baq ang. Apa masalah Bumblebee aku??
1- Bunyi bising pada bahagian body kenderaan.
Bunyi sangat bising pada bahagian bawah perut kenderaan. Boleh dengar sehingga ke dalam kenderaan walapun pintu dan tingkap ditutup rapat.(alhamdulillah dah settle)
2- Lampu depan berkelip2 dan malap secara tiba2 semasa pemanduan.
Lampu depan sentiasa berkelip2 dan menjadi malap tiba2 setiap kali pemanduan (terutama diwaktu malam). Aku dimaklumkan bahawa ini mungkin disebabkan oleh tarikan tenaga dari kompresor aircond yang dihidupkan. Bila komplen pada dealer dan pusat service Perodua serta compare dgn kereta toyota yang pernah aku milik, mereka mengatakan memang itu teknologi Perodua, lain dari yang lain dan ia memang direka khas untuk keselamatan pengguna. Persoalannya, keselamatan apakah jika ia menyebabkan penglihatan pengguna menjadi terhad tiba2? Jika ada binatang melintas atas jalan ketika lampu menjadi malap tentu sahaja ia merbahayakan pengguna, terutamanya bila pemanduaan di waktu malam. Sehingga kini masalah ini tak juga dapat diatasi.
3- Masalah pada break kenderaan.
Setiap kali break ditekan dan lampu break belakang sudah pun menyala namun kenderaan tetap juga meluncur. Bila komplen pada dealer dan pusat service Perodua, mereka mengatakan itu adalah teknologi ABS yang mereka miliki. Kena tekan break kuat2. Tapi, bila tekan kuat2 orang dibelakang pula melambung ke depan. Sangat2 tidak efisen dan tidak selamat. Bila aku compare dengan sistem ABS pada kereta Toyota yang aku miliki sebelum ini mereka diam. Masalah ini tak juga dapat diatasi. Alasan mereka, itulah teknologi yang perlu ada pada produk perodua.
4- Masalah sistem audio.
Sistem audio kadang2 berbunyi kadang2 tak bunyi langsung. Pergi jumpa dealer dan pusat service Perodua komplen lagi. Baru pakai beberapa bulan sistem audio pula bermasalah. Speaker sebelah pemandu kadang2 bunyi (itu pun bunyi pelahan) dan kekadang tak berbunyi langsung. Mereka kata masalah pada speaker. Cabut speaker dan hantar pd HQ Perodua. Berbulan2 juga tunggu speaker baru.
Pada 2/2/2014 speaker baru sudah sampai dan telah pun dipasang pada kenderaan aku. Tapi penyakit tetap juga tak terubat dan menjadi baik. Masih juga sama. Alasan terkini pihak perodua, sistem audio seketul mungkin bermasalah. sistem audio perlu dibuka dan hantar rujuk pada HQ Perodua semula.
Aku ada bertanya, "jika berlaku juga masalah sama bagaimana?". Mereka jawab, "perlu tinggalkan kenderaan untuk beberapa hari untuk check wayaring pula".
Kegilaan apakah ini????
5- Setiap kali break, menghasilkan bunyi yang pelik.
Baru terperasan, sehari dua ni setiap kali tekan break bukan sahaja kenderaan meluncur tapi terkini ia menghasilkan bunyi pula. 'Sampah' apakah yang perodua hasilkan ini????
Persoalannya, kenapa dan bagaimana kenderaan yang berpenyakit sedemikian rupa boleh terlepas keluar dari kilang sehingga sampai ke tangan pengguna??.
Dimanakah fungsi 'quality control' syarikat Perodua??
Pihak R&D Perodua buat apa??
Ya.....mungkin kes aku ni satu antara beribu. Namun, adakah berbaloi jika aku dan korang semua berabisan puluhan ribu semata-mata untuk memiliki sebuah 'sampah'?.
Kerana kecuaian pihak Perodua, pengguna terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit semata2 untuk berulang alik ke syarikat Perodua untuk settle kes seperti yang aku nyatakan diatas.
Plan terakhir aku lepas ni rujuk kes ni pada NCCC Malaysia atau tribunal dalam masa terdekat. Korang ada any idea tak??
Kepada korang semua, sila fikir dulu semasak2 nya sebelum korang buang duit puluhan ribu riban hanya untuk memiliki sebuah 'sampah'.
Korang boleh baca complait rakyat Malaysia terhadap produk Perodua sepertimana link yang telah aku sertakan kat atas. Lepas tu, pandai2 la korang buat pertimbangan. Aku teringat pesan orang lama2, "Alah membeli....menang memakai". Baru sekarang aku nak mengadah, ia dah tak bermakna lagi.
Jazakallah.
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.