Ke klinik kacamata. Repair mata dan kacamata yang bermasalah. Macam kebiasaan.....kedai spek focus point akan menjadi pilihan merah hati aku. Terbang lagi pulus yang tak berapa nak mulus...HuHuHu...
Silap aku juga, tak reti nak jaga harta benda. Baru jer buat spek dah kena repair pula. Aku ni kekadang tu cakna terlebih, kekadang cakna ntah kemana.....Selalu bila drive keta memalam aku pakai spek. Bila dah sampai destinasi aku akan buka spek dan letak spek tu atas dashboard.
Esoknya, bila matahari dah meninggi baru aku amik simpan spek tu. Lama2 bila aku buat sengal macam gitu cermin spek aku jadi berjalur2 dan kelabu asap....cermin dia jadi pudar. Bila pakai je kejelasan penglihatan aku menjadi terganggu dengan situasi begitu.
Well....sebelum buat cermin baru kena check mata dulu. Nampaknya retina mata aku dah semakin bertambah2 kerosakan dia. Kalau dulu bacaan silau just 75% sekarang dah jadi 150%. Masalah rabun kejelasan juga telah naik sekali ganda kerumitan dia. Sebenarnya aku jarang pakai spek, kalau pakai pun bila memandu diwaktu malam je. Waktu siang kalau pakai rasa rimas pula.
Gila kentang rupa aku bila pakai spek cenggini. Korang jangan bantai gelak terkekeke pula yer. Ini sekadar interframe namanya...HeHeHe...
Melayang RM180 untuk baikpulih cermin. Kali ni aku tambah anti silau dan juga kalau duk tengah panas dengan sendirinya cermin tu akan jadi gelap secara automatik (istilah dia yang staff focus point tu bagitau aku dah lupa). Makan masa 2 3 hari juga la nak siap spek aku ni. Staff dia kata akan call aku bila dah siap nanti. Buat masa ni just pakai je la spek yang satu lagi.
Zaman2 serba serbi mahal....insurans kereta bakal naik 15% harga dia.....gajet untuk kumira dah naik 10% dia punya harga.....Lepas ni aku kena jaga memolek aku punya kacamata. Tak boleh dah letak sebarangan tak tentu hala.
Korang yang ada kacamata atau ray ban tu jaga la leklok. Naya wei kat poket yang banyak menipis dari kembung zaman sekarang ni....ahaks3
Jazakallah.
Sempat lagi suruh abang focus point yang ensem snap gambar aku tengah pakai spek comel ni...HaHaHa |
Gila kentang rupa aku bila pakai spek cenggini. Korang jangan bantai gelak terkekeke pula yer. Ini sekadar interframe namanya...HeHeHe...
Melayang RM180 untuk baikpulih cermin. Kali ni aku tambah anti silau dan juga kalau duk tengah panas dengan sendirinya cermin tu akan jadi gelap secara automatik (istilah dia yang staff focus point tu bagitau aku dah lupa). Makan masa 2 3 hari juga la nak siap spek aku ni. Staff dia kata akan call aku bila dah siap nanti. Buat masa ni just pakai je la spek yang satu lagi.
Zaman2 serba serbi mahal....insurans kereta bakal naik 15% harga dia.....gajet untuk kumira dah naik 10% dia punya harga.....Lepas ni aku kena jaga memolek aku punya kacamata. Tak boleh dah letak sebarangan tak tentu hala.
Korang yang ada kacamata atau ray ban tu jaga la leklok. Naya wei kat poket yang banyak menipis dari kembung zaman sekarang ni....ahaks3
Jazakallah.
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.