Setiap laki2 yang akil baligh adalah diwajibkan baginya untuk mendengar khutbah Jumaat dan mendirikan solat Jumaat. Kerana umum mengetahui, bahawa pahala kepada solat Jumaat adalah dengan mendengar khutbah. Jika tak mendengar khutbah Jumaat maka kurang pahala Jumaat buatnya. Sebab tu la semua laki2 disarankan ke masjid awal waktu.
Firman Allah swt yang bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." [Al-Jumu'ah 62:9]
Photo ini telah dicuri di sini |
Apa yang aku tengok setiap kali khatib membaca khutbah, bukan sahaja kanak2 yang bising dan bergurau senda sesama mereka, tapi yang besar panjang dan tua bangka yang boleh pikir pakai otak dia pun tak guna otak yang ada. Sesedap rasa bersembang di hall dan sudut masjid. Bukan tak tahu adab2 ketika khatib baca khutbah. Dah didedah sejak dibangku sekolah rendah....Sebelum khatib naik mimbar baca khutbah pun bilal dah pesan suruh makmum senyap ketika khatib baca khutbah. Tak juga makan saman dengan apa yang dah dipesan.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a), bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud, "Jika anda berkata kata kepada teman anda [dengan perkataan] "dengar!" sementara Imam sedang membaca Khutbah, anda telah lagho" [HR: al-Bukhari dan Muslim]
Kalau bebudak kecik tu boleh la dimaafkan, ini tak...dah tahap bapak budak pun masih berperangai kebudak-budakan. Patutnya bagi contoh yang baik kepada anak2 yang berjumaat bersama. Bukan sebaliknya.
Ada juga yang ralit bermain dengan hp saat khatib baca khutbah. Tak tahu apa yang ditaipnya. Tapi aku husnuzon, maybe dia tengah salin setiap butir fakta khutbah yang khatib tengah sampaikan...husnuzon.....husnuzon.....(~__^)
Jumaat ni akan jadi macam satu budaya, bukan lagi tuntuan agama sekiranya kita masih bersikap acuh tak acuh terhadap apa yang Tuhan larang...apa yang Nabi saw suruh dan apa yang dah muazin pesan. Bila biadap mengambil tempat beradab maka rosaklah kehidupan kita dan institusi yang ada.
Nak dapat pahala ni bukan payah, tapi kita je yang buat2 susah.
Jazakallah.
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.