Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 25 October 2013

Bebelan | Hari minggu yang sangat ketat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dah weekend dah pun kat sini. Kepada yang masih bekerja tu selamat bekerja....mudah-mudahan kerja buat korang diterima sebagai ibadah disisiNYA. InshaAllah.

Kepada yang dah start bercuti weeked hari ni selamat bercuti diucapkan. Gunakanlah kesempatan bercuti korang tu sebaiknya. Isi masa cuti untuk berehat...bersantai bersama keluarga dan sahabat handai.

Bagi abg long, cuti ke tak cuti sama sahaja.....kerja tetap jalan juga. Alhamdulillah, key in data linus dah kasi settle. Tinggal lagi nak isi data spbbs yang mengetatkan jiwa raga tu je belum lagi. Tak penah ia nak mesra pengguna (pasal spbbs yang tak mesra pengguna ni len kali abg long story....). Next week dah start final exam dan pentaksiran akhir untuk tahun 2013. Nampak gayanya stamina perlu ditokok tambah untuk pecutan terakhir nanti....Law tak mau sesak jiwa raga.

Sekejap je masa setahun berlalu, dah nak sampai penghujung tahun dah pun untuk 2013 ni. Banyak lagi azam yang belum dicapai......banyak lagi target yang belum mengena.....nampaknya kena forward and kiv tahun depan la kot.....aci cenggitu? Korang punya macam mana??? Ke macam abg long juga??? HeHeHe......tapi takpe, masih ada masa untuk mengapai......Kalau tak capai juga setelah diusahakan nak buat macam mana kan? Mungkin Allah swt ada sesuatu yang terbaik buat kita.....husnuzon...

Hari minggu yang sangat ketat??? Mana tak ketatnya, macam2 mak nenek data nak kena key in.....gambar wedding client pun ada 2 3 album tak edit lagi....ingat nak kasi settle sebelum masuk bulan November....InshaAllah....Harap client boleh bersabar dengan kebusyan abg long.....Sesungguhnya sabar itu cantik...HaHaHa....

Sempat lagi buat job??? Biasa la kan, zaman itu ini serba naik dan serba mahai ni kena la pepandai cari site income......Apa yang penting, kerja hakiki itu lebih utama.....yang sipi2 tu sekadar mengisi masa yang ada.....Kenapa tak boleh? kita yang tentukan masa bukan masa yang tentukan kita......Kita uruskan dia, bukan sebaliknya.....betul tak??? HiHiHi....

Ok la, entri ni sebetulnya entri kosong......kosong bagi orang yang anggap ia kosong la.....tidak jika sebaliknya. Hari minggu ni memang sangat ketat.....kejap lagi nak ke Kuantan, nak menjemput 'dia'......siapa 'dia'??? (yang dah tahu sila diamkan diri-zip molot..kahkahkah).......nanti abg long story dilain entri.....kalau dah jodoh tak kemana.....HiHiHi.....harap2 ada la jodoh dengan dia arini.....KihKihKih.....debar dah wase.....

Balik Kuantan nanti layan bola pula......ATM vs TRW......korang rasa sape yang menang??? Ke tahun ni bakal menzahirkan "THIS IS PANTAI TIMUR"??? Pahang dah pun menempah tiket ke final.......sekarang tunggu siapa lawan dia.....Rasa2 sape la erk???

InshaAllah.....malam nanti nak ngedit album client dan isi data spbbs sambil layan bola kena sepak. Perancangan perlu ada, terlaksana atau tidak bergantung pada keadaan dan juga izin dariNYA. Kita merancang, DIA yang tentukan..

Ok la, abg long stop dulu sini. Nak gerak ke Kuantan jap. Sapa2 yang ada kat Kuantan tu moh ler kita ngeteh kopitiam. Borak2 sambil berukhuwah fillah.

Terima kasih la coz korang sudi buang masa baca entri ni.

Godek2 la entri yang ada kat blog ni.....mana tahu kot2 ada yang bermakna buat korang. Ada ke entri yang bermakna??? hmmmmmm......abg long tak tahu, korang pembaca yang boleh menilai apa yang abg long bicarakan kat sini. Sesungguhnya abg long bukan penilai yang baik untuk diri abg long sendiri...betul tak???

Jazakallah.

p/s:entri ni takde gambar...ok tak???
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

18SX | Yess akhirnya dapat teruna dia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

"YESS AKHIRNYA DAPAT TERUNA DIA. FUHH SELESA"


Wat de hell! Terkezut gak la bila terbaca kenyataan tersebut dari minah melayu yang semestinya Islam adalah agama anutan beliau.

Hebat sungguh anak2 MELAYU-ISLAM zaman sekarang ni.....open minded dia peerhhhh.....memang boleh kasi meremang bulu roma beb.....Buat maksiat dah takde segan silu.....siap upload ke laman sosial dan berbangga lagi...nauzubillah...

Kot ya pun buat maksiat tak payah la nak bagitau seluruh dunia.....simpan2 la benda aib korang tu. Sikit pun tak mendatangkan faedah dan dividen......abg long bukan nak mengalakkan, cuma keterbukaan anak2 muda zaman sekarang ni memang dah tak terkawal. Ini dalam isu seks, belum lagi dalam isu murtad dan isu2 keruntuhan akhlak dan moral lain lagi.....apa nak jadi ntah dengan bangsa abg long muktahir ni....

Salah siapa......Guru? Sekolah? Sistem pendidikan? Ibu bapa? Masyarakat? Teknologi?......Tuhan bagi otak dan akai sendiri pikiaq la.....tak kan benda macam gini pun nak hebah satu alam maya.

Tapi sikit pun tak pelik......dunia diakhir zaman manusia tidak ada lagi ada sifat malu dan segan silu.....malah mereka akan rasa bangga bila buat maksiat.....tapi, mereka akan rasa hina dan malu untuk berbuat kebajikan dan kebaikan.

Jeng kreng bangsaku.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tips | kekalkan kesegaran sayur anda

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hai, selamat hari Jumaat semua. Kepada yang sedang bekerja, selamat bekerja. Kepada yang sedang bercuti tu, guna la cuti anda sebaiknya.

Ok la, pagi ni abg long nak share sedikit tips bagaimana nak kekalkan kesegaran sayur untuk tempoh masa yang lama. Tips ni elok sangat digunakan oleh kaum2 ibu semua. Maklum la kan.....zaman serba barang mahai ni, ada eloknya kita berjimat.

Kadang2 sayur yang kita beli kat pasar tak masuk hari ke dua dah layu dan lembik. Well, macam mana nak kekalkan kesegaran sayur tersebut? Mudah jer....Tips ni abg long dapat masa kerja jadi crew kat sebuah restoran bertaraf international kat ibu kota kolumpo dulu. 

Korang follow intruction kat bawah ni.

  1. Korang pergi ke pasar, beli sayur dulu....(HaHaHa...tak kan yang ni pun abg long nak ajar kot....HeHeHe...)
  2. Balik dari pasar pastikan sayur yang korang beli tu tidak dibasuh.
  3. Sediakan beberapa helai surat khabar lama.
  4. Bungkus sayur yang korang beli tadi dan ikat dengan getah.
  5. Simpan dalam peti ais.
Senang bukan? Seeloknya korang bungkus tebal sikit surat khabar tu, supaya hawa dingin peti ais tidak merosakan tisu2 sayuran tersebut sehingga menyebabkan ia mudah kering atau lembik. Korang boleh rujuk gambar kat bawah kalau tak faham.



Walaupun dah lama quit, sampai sekarang abg long masih praktik ilmu yang abg long dapat dulu tu. Alhamdulillah, memang sayur-sayur tu akan tahan lama jika dibandingkan dengan sayur yang disimpan dalam peti ais tanpa dibungkus dengan surat khabar.

Oh ya.....suka abg long ingatkan korang, tolong JANGAN simpan sayur-sayur yang korang beli tu dalam beg plastik. Nanti sayur cepat lembik dan busuk.

Ok....Selamat mencuba.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Henti sebar gambar dan video arwahyarhamah Norazita

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Suami kepada pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, yang ditembak mati dalam kes rompak dan bunuh semalam, meminta semua pihak memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kematian isterinya demi menghormati sensitiviti keluarga.

Irwan Kamarudin, 37, berkata penyebaran gambar itu akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa.

Demi memenuhi permintaan beliau, abg long telah memadamkan gambar arwahyarhamah  Noazita yang dibunuh ngeri dalam entri Operation Officer Ambank di tembak pecah kepala dan juga telah delete video cctv kejadian pembunuhan arwahyarhamah di pages Diari Seorang Lelaki.

Kejadian yang mengemparkan seluruh negara itu betul2 meninggalkan luka dijiwa suami, anak2 serta ahli keluarga arwah. 

Penjenayah masih belum dapat dikesan dan dikenal pasti?.

Sehingga detik ini, pihak polis masih lagi memburu penjenayah tersebut yang masih bebas bersama hasil rompakan dan senjata yang digunakan dalam pembunuhan arwahyarhamah Noazita. 

Dikhabarkan, maklumat penjenayah yang bernama Ardi bin Hamza tidak ada dalam pengkalan data. Maklumat serta identiti beliau tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. dan siasatan masih dijalankan.



Well, adakah penjenayah yang membunuh arwahyarhamah Norazita dan merompak Ambank petang semalam adalah pendatang asing yang telah diberi kad pengenalan Malaysia secara tidak sah? Jika kad pengenalan itu tulen dan beliau seorang warganegara Malaysia sudah tentu pihak polis dapat mengesan identiti beliau dengan senang lenang. Tapi sebaliknya. Korang boleh baca kat SINI untuk cerita lebih lanjut.

Jika benar la penjenayah ini bukan warga Malaysia, maka ternyata, sistem keselamatan negara sudah kritikal. Dan kita akan terus diminta bersyukur kerana Malaysia aman.

Takziah buat keluarga Arwahyarhamah Norazita. 

Al-fatihah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Benarkah konflik di Syria petanda akhir zaman?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Saat ini pergolakkan di tanah para anbia, Syria masih lagi belum menunjukkan titik noktah. Setiap saat kehidupan warganya bagai telur dihujung tanduk. Benarkah konflik di Syria petanda akhir zaman? 

Adakah kita sedang berada diambang perang dunia ke-3 (WW3), peperangan akhir zaman dan juga tanda2 kiamat besar? Jika ianya benar, apakah persediaan kita? 

Well, benarkah konflik di Syria petanda akhir zaman? Ikuti, kupasan isu ini melalui temu bual wartawan Sinar Harian, Nurukfatiha Muah dan jurufoto, Azmi Aryanto bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Baca dengan telita....nilai dengan akal budi, lihat dengan mata hati. InshaAllah......akan korang temui apa yang dicari nanti.



KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?

Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria.

Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman.

Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; 

Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). 
Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal.
Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s. (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).
Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria.

Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama.

Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS.

Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a.



Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’.

Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.

Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka.

Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”.

Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.

Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati.

Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan.

Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja.

Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda, 

Tentera Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah.
Ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.

Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau  Amerika, Rusia atau China?

Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.

Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita,  rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya.

Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”.  Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu.

Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.

Bashar; Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikatakan berasal daripada keturunan Yahudi Isfahan yang dikaitkan sebagai tempat asal pengikut Dajjal. Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad juga berasal dari tempat itu. Bagaimana Ustaz melihat perkara ini?

Saya kurang pasti, tetapi datuk nenek Bashar memang dari Iran. Jadi hubungannya memang kuat. Satu lagi, di Syria, Bashar berfahaman Syiah Alawi atau Nusairi. Bercerita pasal Syiah, Syiah Alawi atau Nusairi sudah terkeluar daripada Syiah Imamiah yang diamalkan di Iran.

Jadi Syiah yang dipegang oleh Bashar ini, tidak diterima oleh Syiah pun, tetapi kenapa mereka yang menyokong Bashar pada masa ini? Mereka (Iran) kata benci dan tiada kena mengena dengan Syiah Alawi atau Nusairi, tetapi mereka tetap sokong Bashar bunuh rakyat Syria.

Ini bermakna, mereka sebenarnya bersatu menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pembebasan Masjidil al-Aqsa di Palestin akan bermula daripada pembebasan Masjid Umawi di Damsyik. Benarkah begitu?

Yang saya dengar daripada ulama Palestin, Syeikh Raed Solah bahawa pembebasan Masjid al-Aqsa pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah bersama tentera yang datang dari Syam iaitu Syria.

Insya-ALLAH dikatakan tentera juga dari tempat yang sama akan datang untuk membebaskan Masjid al-Aqsa. Cuma, kali ini bawah pimpinan Imam Mahdi.

Kubur Salahuddin di Syria, betul-betul di tepi Masjid Umawi. Puak Syiah paling benci dengan Salahuddin, antara sebabnya Salahuddin yang menjatuhkan kerajaan Syiah di Mesir, iaitu kerajaan Fatimiyyah.

Ada dakwaan mengatakan, sekiranya Amerika menyerang Syria, maka akan jadi Perang Dunia Ketiga. Apa pandangan ustaz?

Wallahua’lam. Saya rasa memang sudah dekat-dekat, tetapi saya tiada pengalaman dalam sejarah bab perang.

Namun, tidak mustahillah (akan berlaku Perang Dunia Ketiga) kerana melihat contoh apabila Amerika kata hendak serang Syria, sekutu Syria, Russia kata; “Kalau engkau nak serang Syria, aku serang Arab Saudi”. 

Arab Saudi pula sekutu Amerika. Sekutu Syria, iaitu Iraq, Iran, Russia dan semua sekutu dengan Russia ialah geng komunis, manakala Eropah dan Amerika pula sekutu dengan Arab Saudi. Jadi bila berlaku peperangan nanti, Wallahua’lam...tak mustahil berlaku.

Apa istimewanya Syria sebagai sebuah negara Syam?

Nabi pernah bersabda dalam hadis; 


Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami
Dalam hadis lain, Nabi Muhammad SAW bersabda;

Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat ar-Rahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas ahli Syam. (Riwayat Ahmad).
Nabi bersabda lagi;

Sesungguhnya kota (perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya al-malhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil Dimasq (Damsyik). Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam. (Riwayat Abu Daud).
Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Para sahabat nabi pun ramai di negara itu. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda.

Dari Abdullah bin Hawalah, dari Nabi SAW, baginda bersabda; 

Pada malam aku diisra’kan, aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para malaikat. Aku bertanya: “Apa yang kalian bawa?” Mereka menjawab: “Tiang-tiang al-Kitab. Tugas kami untuk meletakkannya di Syam.” Dan ketika aku tidur, aku (bermimpi) melihat tiang-tiang al-Kitab muncul dari bawah. Kemudian aku mengira bahwasanya ALLAH yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi menjelma bagi penduduk bumi. Maka penglihatanku mengikutinya. Ketika itu Dia adalah cahaya yang menerangi hadapanku hingga sampai ke Syam.” Kemudian Ibnu Hawalah berkata: “Wahai Rasulullah, wasiatilah aku!” Baginda bersabda: “Tinggallah di Syam.” (Riwayat at-Tabrani).
Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda

"bahawa ada tiga tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan Syam". Lalu sahabat bertanya; “Pilih yang mana?”. Nabi berkata, hendaklah engkau bersama dengan tentera yang berada di Syam. (Riwayat at-Tabrani).

Apa yang berlaku di Syria, ada kaitan dengan tanda-tanda akhir zaman. Apa nasihat Ustaz?

Nasihat saya, jangan kata yang lawan Bashar ini adalah pemberontak, tetapi mereka adalah rakyat yang hendak mempertahankan hak dan akidah mereka.

Banyak media kata rakyat Syria pemberontak. Kita wajib mempertahankan Syria. Isu Syria adalah isu umat Islam sedunia. Kadang kala, kita hanya mengambil berat isu Mesir tetapi kita ketepikan penyembelihan yang setiap hari berlaku di Syria.

Pesanan Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Damsyik tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan. Bantulah mereka dengan dgn apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.



Well, korang dah fahamkan apa permainan yang dilakukan oleh musuh2 Islam.....Masih lagikah kita beranggapan bahawa Syiah itu penyelamat Islam dan umatnya? Masihkah kita nak bersenang-senang sedangkan musuh sudah lama mengatur strategi mereka untuk menghancurkan Islam dan pengikutnya?

Jadi, tanda-tanda itu sememangnya telah lama ada...kini ia semakin jelas dan nyata buat kita semua. Jika benar konflik di Syria itu petanda akhir zaman, mudah-mudahan kita bisa tergolong dalam kalangan pejuang2 yang menegak agamaNYA. InshaAllah.

Korang bacalah Qunut Nazilah dalam rakaat akhir setiap kali solat fardu. Semoga Allah SWT menghancurkan musuh-musuh Islam.


Pray 4 Syria
Pray 4 Egypt
Pray 4 Palestine

Jazakallah.

Sumber: Sinar Harian
Kredit photo: Google

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday 24 October 2013

'Tsunami' di Ringlet, Cameron Highlands

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Silap manusia atau ini semua sudah ketentuan bilamana Tuhan mula mengarahkan alamnya supaya berbicara......sekadar peringatan buat kita hambanya....supaya kita tidak lupa, leka dan alpa atas segala nikmat yang ada...











Perlukah kita salahkan takdir sedangkan kita boleh dan mampu mengubah takdir. Sepertimana firman Allah swt dalam ayat al-quran yang bermaksud, 

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya". (Surah Ar-Rad:11)

Jika kita lihat apa yang ada di Cameron Highlands sedari dulu sehingga kini, banyak kemusnahan telah berlaku. Muktahir ini, kerakusan manusia menjarah alam di sana semakin berleluasa dan bagai tiada titik noktahnya.

Seperkara lagi, sudah banyak kali hal seperti perlepasan air empangan saat kritikal ini berlaku......Sejarah telah pun mencatatkannya.....Namun, kita tidak pernah mahu untuk belajar dari pengalaman sedangkan pengalaman adalah guru terbaik buat kita.
Apakah ini amaran dari DIA? Peringatan buat kita? Adakah bencana 'tsunami' di Ringlet, Cameron Highlands ini betah kita ambil untuk pedoman kita? Agar kita menginsafi kekerdilan dan kedaifan kita berbanding keesaanNYA.....

Semoga ada mekanisme terbaik dari pihak berkuasa untuk membendung kejadian seperti ini dari berulang lagi. Korang boleh baca lagi berita tentang bencana ini di SINI

Takziah buat semua yang terlibat dalam bencana 'tsunami' Ringlet, Cameron Highlands. 

Jazakallah.



Kredit Photo: Terengganu Today
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Operation Officer Ambank ditembak pecah kepala

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi tengah duk sedap layan keenakan roti tempayan kat bandar Chukai, Kemaman tetiba masuk mesej wassap dari ahli group, berita tentang pembunuhan kejam seorang wanita. Pecah kepala kena tembak pumpgun seorang pengawal keselamatan yang bertukar profesion menjadi perompak.




Sadis sangat2 bila tengok gambar arwahyarhamah. Ntah la, sekarang ni nyawa manusia dah tak ada nilai. Semua pakat2 nak jadi malaikat maut untuk orang lain. Undang2 bikinan manusia sudah tidak lagi mengerunkan segelintir manusia yang seakan-akan kebal undang2. 

Memang tidak dinafikan yang Malaysia aman.....Malaysia aman tetapi kurang selamat. Bila2 masa sahaja warganya tegar menjadi mangsa penjenayah. Inikah harga yang perlu setiap warga bayar demi mengejar kemajuan dan kemodenan sebuah negara bangsa? Nyawa dan keamanan terpaksa dijadikan taruhan? Begitu?

Semakin pihak polis perhebatkan operasi membenteras jenayah, semakin menjadi2 pula penjenayah melakukan jenayah. Mana kelemahan dan silap yang ada? 

Kalau kita teliti dan lihat, kebanyakkan yang menjadi pengawal keselamatan sekarang ini terdiri dari warga asing.....tak percaya? korang boleh intai dan skodeng di premis2 yang ada pengawal keselamatan. Tak tahu apa merit sehinggakan ada majikan mengajikan mereka. Adakah kerana kos yang murah? Pengambilan dan pemilihan juga macam dibuat secara semberono.....akhirnya, berlaku la apa yang telah berlaku ini......seorang wanita yang lemah menjadi mangsa keadaan bila penyangak jadi pengawal.

Antara mesej berkenaan kejadian tersebut yang dihantar kepada abg log,

Slmt mlm tuan.kejaduan romoakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa kerja sebagai opration officer ambank nama Noazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza u/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa jetija sedang membuka peti jebal dan nelarikan wang dlm jumlah yng tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.senasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek, laporan lanjut akan menyusul.tel sasoek no. 01133070204.tk tuan

Abg long ada bertanya kepada sahabat yang terlibat dengan kes membenteras jenayah berkenaan kes ni, beliau mengatakan mungkin belum keluar tv atau paper atas nasihat bukit aman....atau tengah malam baru keluar berita tentang kes ini.

Godek2 cari maklumat tentang kesahihan berita ni, rupanya dah ada yang melaporkan kat portal berita mereka. Korang boleh baca SINI untuk berita lebih lanjut.

Nampak gayanya sudah tiba masanya ahli2 yang berhormat yang menduduki kerusi empuk di parlimen sana memikiri jalan terbaik untuk keselamatan warga Malaysia seluruhnya. Tiada guna kita duk sembang kencang mengatakan Malaysia aman jika warganya tidak selamat.

Abg long respek sesangat pada pemerintahan di negara Brunei....jeles gila dengan warganya. Jika undang2 manusia tidak dapat menyelamatkan manusia apa salahnya follow undang2 Tuhan yang telah tersedia buat kita.

Takziah buat seluruh ahli keluarga arwahyarhamah. Al-fatihah untuk arwaryarhamah Noazita binti Abu Talib. 

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tips | Selamatkan handphone yang masuk air

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Memiliki handphone bukan lagi satu kebanggaan tapi ia kini menjadi satu keperluan. Tapi, kalau satu2 nya gajet yang ada itu bermasalah maka hidup yang dilalui kemungkinan mengalami sedikit sukar. Apa tidaknya, kita nak contact orang susah...orang nak contact kita pun payah.....memang azab beb...

Ni pengalaman sendiri, raya korban tempohari....masa outing ke Jubakar memburu sunrise, handphone berendam dalam air. Ralit mengetip shutter kumira tika lukisan Allah swt terbentang depan mata sampai tak sedar beg yang tergalas berendam dalam air. Tak sedar air makin naik sebab tak mahu terlepas moment.

Macam mana nak selamatkan handhone korang yang masuk air? Senang jer.....boleh buat dan usahakan sendirian berhad. Follow je langkah2 kat bawah....
  1. Jangan on atau hidupkan handphone tersebut ketika baru ambil ia dari dalam air.
  2. Tanggalkan bateri dari body handphone.
  3. Jemur bateri dan body handphone dibawah cahaya matahari ditempat yang selamat buat seketika sehingga air kering.
  4. Letakkan bateri dan body handphone yang telah dijemur tadi ke dalam drybox. (jika korang takde drybox korang boleh letak dalam beras. Orang dulu2 kalau jam atau alatan elektronik kena air diorg letak dalam tong beras je, dulu mana ada benda alah drybox kan..HeHeHe..).
  5. Biarkan bateri dan body handphone tersebut beberapa hari (sekurang-kurangnya seminggu) sebelum dihidupkan semula.

Well, tak payah nak bersusah payah bagi tokey kedai telefon kaya raya.....boleh try buat sendiri dulu. Jika tak berhasil juga usaha yang dibuat baru la rujuk kepada pakar yang bertauliah. 

Kalau korang hantar kedai pun bukan on the spot pun dapat handphone tu....Apa pun, usaha dan sabar itu penting...ke macam mana?? 

Alhamdulillah.....Setelah genap seminggu merawat akhirnya penyakit dia dapat di ubat. Nasib baik time tu masuk air payau jer, bukan air masin...kalau air masin alamatnya ke bangkul sampah la penamat hayat dia kot.

Kepada yang contact abg long tak dapat2 sebelum ni mohon maaf banyak2 la yer....kesulitan amat dikesali. Lepas ni korang dah boleh contact abg long laju2 360km/j. 

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 23 October 2013

Ilmu bukan sahaja ada dalam buku

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kembali bersiaran setelah banyak lama membiarkan blog ni sepi dan sunyi tanpa entri. Sejak akhir2 ni mudah sangat di serang kuman 'malas'.....mungkin kebusyan kerja dan kesihatan diri membatasi untuk jemari menari2 di blog ini.

Cuti raya aidiladha yang banyak lama juga membuatkan serembrum kiri ni seakan terbantut keaktifan dia. Line internet kat kampung juga sememangnya boleh bikin rasa ketat tang jiwa. Apa pun tak boleh...memula pakai dulu kemain dia punya laju...bila dah lama guna mula la dia tunjuk dia punya besar kepala....dua tiga kali report pun macam takde apa2.....buang kredit jer layan 'depa'...(pasal internet ni nanti cite lain kali la yer).

Walaupun raya aidiladha dah berlalu hampir seminggu, namun nak juga kongsi sedikit cerita mengenainya. Takde best mana pun, tapi boleh la kot untuk korang yang tak jemu menanti entri abg long yang terbaru...HeHeHe...


Mangsa korban, Cik Mbu
Tahun ni niat nak balik beraya kat perak, tapi atas sebab2 tertentu terpaksa la kansel saat akhir (baca SINI). Tahun ni beraya kat Terengganu jer. Memang banyak berbeda kemeriahnya. Dulu masa tengah study kat Penang pernah juga menyambut hari raya korban kat sana. Masa kerja kat kolumpo dan johor dulu pun pernah tak balik beraya bersama keluarga. Tapi kan, sambut raya korban dekat Kelantan paling meriah sakan. Tak tahu nak cite macam mana meriahnya......makanan ada macam2 tapi semuanya berasaskan produk lembu. Semuanya dibuat secara bergotong royong, dari saat sembelih lembu.....melapah lembu...sehingga la kepada aktiviti memasak menyediakan makanan untuk semua orang yang terlibat menumbangkan lembu. Kat tempat lain bukan takde yang macam orang Kelantan buat, tapi tak banyak rasanya. Nak tahu dan rasai kebestan dan keseronokan hari raya korban ada eloknya korang try pergi Kelantan. InshaAllah....tak menyesal..

Raya korban, semua orang tahu makna ia diraikan, tapi tak semua menghayati semangat serta roh dalam meraikannya. Lihat sahaja apa yang ada usai raya korban itu diraikan.....ramai dalam kalangan kita yang balik asal....


Masa raya korban ari tu, kebanyakkan yang melapah lembu muka orang2 'lama'...sedikit sangat orang muda yang turun mengotori tangan dengan darah lembu dan bermandikan keringat time tu. Orang muda barangkali enak bersenang lenang dengan gajet, wassap dan muka buku....Kalau ada yang turun pun, semata nak snap gambo lembu kena sembelih untuk di upload di muka buku, wechat, twitter dan laman sosial yang sewaktu denganya.....



Nak melapah lembu ni pun perlukan ilmu...tanpa ilmu memang akan terkial-kial tak tahu hala tuju.....last2 lembu yang tak bernyawa itu juga menjadi mangsa si ilmu cetek tang dada....Ilmu melapah lembu ni takde dalam buku....bukan juga dengan adanya segulung ijazah.....ilmu dia ada dengan orang2 'lama'......jika kita yang muda liat nak turun menyedut ilmu dari mereka memang susah lagi payah la bila orang2 'lama' ni dah tiada....

Abg long dapat pegang kaki lembu dengan ekor lembu pun dah cukup ok walaupun tak diberi pisau untuk melapah.....sedut ilmu pelan2....tengok macam mana skill melapah orang2 'lama'....InshaAllah, tahun depan dan tahun2 akan datang abg long try buat sendiri.....lagipun, bukan semua benda perkara aci redah tanpa ilmu di dada....betul tak?



Walaupun tak ramai anak muda yang turun bergelumang dengan hamis darah dan busuk lembu yang mandi hujan tak bersabun, sekalung taniah abg long ucapkan kepada yang sudi merai....anda memang ohsem. 


Terkebil2 tak tahu nak campak daging korban untuk dibahagikan kepada 7 bahagian. Kalau tak penah buat memang kekok. Tapi, dengan tunjuk ajar orang2 'lama'.....alah bisa tegal biasa.....adat belajar, memula memang canggung......bila dah tahu dan ada sedikit ilmu maka mudah la kerja buat selepas itu.
Anak muda yang ohsem...tengah berfikir apa yang nak dibuat dengan tulang tu.
Macam yang abg long cakap awal2 tadi, ilmu ni tak semestinya ada dalam buku.....bukan dinilai dengan adanya segulung ijazah.....terpulang pada kita, macam mana nak guna 'sumber' yang ada disekeliling kita......Yang muda2 ni seeloknya rai orang2 'lama'.....Mereka makan garam dulu dari kita......Banyak ilmu berguna boleh kita cedok dan sedut dari mereka. 

Semuanya bergantung pada diri kita sendiri.....peluang tidak memberi kita ruang, tapi kita kena pandai2 cari ruang untuk merebut peluang.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.