Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 14 October 2013

Salam Aidiladha 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Alhamdulillah......semalam merupakan hari wukuf di Arafah sana bagi mereka2 yang menjadi tetamu Allah swt. Kita kat Malaysia ni, inshaAllah.....andai dipanjangka umur akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 16 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434.

Kepada sahabat2 yang berpuasa Arafah hari ini selamat berpuasa diucapkan. Semoga mendapat keberkatan dan rahmat Ilahi atas ibadah tersebut.

Mengikut hadis riwayat Muslim, dari Abu Qatadah radhiAllahu'anhu berkata, Rasulullah saw pernah ditanya tentang puasa hari, kemudian Baginda menjawab "Puasa itu (puasa Hari Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang"

Kepada yang akan dan sedang dalam perjalanan untuk pulang berhari raya di kampung bersama keluarga tercinta, pandu la dengan cermat. Toksah la duk layan kepala nak jadi juara di jalan raya. Silap perhitungan anda mampu menjadi hantu raya...HaHaHa....Pandu cermat, ingatlah hutang kenderaan tersayang.....HiHiHi....Rancang perjalanan secomei2nya.....jangan gelojoh dan haloba....saat2 perayaan sebegini banyak kenderaan yang berkeliaran diatas jalan menuju ke destinasi.

Kepada yang melakukan ibadah korban bersempena hari raya Aidiladha nanti, semoga ibadah anda beroleh keberkatan Ilahi. InshaAllah....

Marilah kita bersama2 merenungi kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah swt dan kesabaran anakandanya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah swt. 

Bersama la kita renungi dan fikiri, sejauhmanakah pengorbanan kita untuk agama Allah swt. Memang kita tak sehebat nabi Ibrahim as dan anakandanya Nabi Ismail a.s, namun setiap dari kita punya tanggungjawab untuk agamaNYA. Di 'sana' nanti DIA akan tanya apa yang telah kita lakukan untuk agamaNYA, bukan apa yang agamaNYA telah lakukan buat kita.

"Minyak 20sen naik dah bising.....harga barang naik sikit dah kalut......Nabi kena sembelih anak steady jer berkorban....anak dia pun cool jer nak kena sembelih dengan bapak", kata seorang sahabat berbagi rasa di muka buku.

'Pengorbanan' ni ertinya luas maha benar. Ada awekz yang sanggup menyerah harga diri untuk jantannya juga satu pengorbanan. Ada yang mencuri untuk sesuap nasi anak dan isteri akibat kesempitan hidup juga satu pengorbanan. Tapi....lihatlah pengorbanan itu dalam erti kata sebenar-benarnya.

Walau apa pun 'pengorbanan' yang kita lakukan, dari kita berkorban untuk perkara2 yang lagho dan sia2 ada eloknya kita berkorban untuk agamaNYA. Sesungguhnya dari DIA kita datang kepada DIA kita pulang.

Pesan pada diri, pesan buat semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.