Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 27 January 2013

Berhenti Blogging

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Stop Blogging?
Blog ni tempat abg long berkongsi cerita....berkongsi rasa, berkongsi ilmu yang bermanfaat (ilmu yg tak bermanfaat korang sila abaikan jika ada dalam blog ini). Blog ini juga medium untuk abg long berkongsi pandangan dan pendapat. Ia juga satu saluran untuk abg long berukhuwah fillah. Semua ini tercantum dalam satu kamus atmosfera dimana ia semata-mata untuk mendapat redha dari DIA.

Namun, seperti juga air di lautan, ada pasang dan surut dia. Begitu juga dengan ruang serta peluang untuk abg long bercanda di blog ini. Sayang memang sayang, namun apa daya kita untuk melawan takdir Ilahi. Usaha? Bukan tak berusaha, namun ruang yang ada seakan tidak memberi abg long peluang untu berdada lapang. Tak apa la, redha dengan apa yang termenjelma<----perkataan apakah ini?..HaHaHa..

Sejak akhir2 ini, seakan-akan kayuhan di blog semakin pelahan. Entri pun dah semakin lesu dan tak bermaya. Hari2 yang ada banyak dari tiada.....Ntah la....adakah ini satu kebetulan atau suratan? Atau...mungkinkah? *kabur......Sabar la duhai hati....Setiap benda baru itu ada awal dan akhiran dia. Hidup memang begitu bukan?

Stop blogging? Mampukah? Mau gatal tangan ni nanti nak menari2 kat keyboard ini. Atau segala idea yang ada tidak lagi mampu untuk abg long kongsi sesama kita. Perancangan DIA tentu sahaja yang terbaik. Betui dak?

Selama ni pun abg long berblogging bukan kerana nama....abg long berblogging kerana abg long suka. Ringgit Malaysia? Jika ada pun itu, ia tidak lebih hanya bonus buat seorang blogger.

Jadi, kenapa perlu abg long berhenti?....Memang abg long perlu berhenti. Banyak alasan dan penyebab untuk abg long berhenti. Jika abg long tak mahu, ia tetap akan berlaku. Bak kata Dato' Ct Nurhaliza, "Biarlah Rahsia". Jika abg long bagitahu bermakna ia bukan lagi rahsia. Betui dak?

Ke ada sesapa dikalangan pembaca dan sahabat2 yang rasa nak beli acc blog ni? HiHiHi.....Macam nak jual beli saham or perniagaan pula kan? KahKahKah.....HaHaHa....Gelak2 juga wei, abg long siyes nih! Kalau angpa tak caya angpa mai tengok lobang hidung abg long yang macam terowong Karak nih ha. Memang WAJIB kena berhenti blogging. Orang putih kata STOP BLOGGING.

Tapi mengapa abg long nak berhenti? Merajuk kah abg long dengan blogspot dot com? Putus harap dah ke dengan apa yang ada? Atau.............???. Biarlah rahsia na. HiHiHi.....

Ok la, stop sini dulu. May be entri ini entri yang terakhir untuk dilepakkan kat sini. Abg long kena siap2 berkemas. Kejap lagi abg long dah nak pergi. Nak bawa bersama 'dia' ke sana. Mudah-mudah 'dia' baik2 sahaja. Memang sedih. Tapi apa boleh buatkan. Harap sahabat2 dan pembaca semua happy gud lucky bila lepaking kat teratak abg long yang serba oranje ini.

Ingat, ambil yang perlu sahaja. Yang tak perlu sila abaikan. Cedok dan gali yang baik2 sahaja dari blog ini, yang tak baik tu angpa tinggal buat abg long la na. Tiada manusia pun yang sempurna. Tapi, rokok jenama Semporna memang ramai khalayak yang hisap....*tiada perkaitan...HiHiHi...

Ok la. Noktah dulu. Sudah cukup sudah.





Aci dak? ^_^


Jazakallah fiikum.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday, 25 January 2013

Blog Pilihan 2013 | Edisi Jejari Suka Mengomen #1

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Bersempena kedatangan tahun 2013 ini abg long nak tepek la blog sahabat2 yang abg long kira mereka adalah antara insan dan sahabat blogger yang paling ohsem dalam kalangan yang ohsem. 

Di atas kesanggupan mereka menelaah ayat2 sengal dan ayat2 ntahapaapantah yang abg long duk tepek tang blog ni serta kerajinan mereka mengomen, maka dengan ini besar la hati, limpa, paru2, tulang spatula dan pankreas abg long untuk mengangkat insan2 terpilih ini menjuarai carta Blog Pilihan 2013 | Edisi Jejari Suka Mengomen #1 secara gilang gemilang (Bajet ramai yang baca blog ni...HaHaHa...).

Jadi, angpa yang singgah dan terjah blog abg long ini adalah dengan ini dititahkan agar menerjah blog ohsem lagi comei mereka yang abg long senaraikan kat bawah ini. Namun begitu, titah ini bukan la sejenis amanat yang perlu anda takuti serta patuhi secara mandatori.

Selamat bertandang dan berukhuwah dengan mereka abg long ucapkan. Just klik sahaja pada header blog di bawah untuk abg long bawa angpa terbang ke teratak mereka.


Fifie

Ainaa

Terima kasih abg long ucapkan buat mereka serta angpa semua kerana sudi singgah dan baca blog abg long yang tak semengah ini. 


Terima kasih daun keladi, Jemput la singgah lagi
Terima kasih daun mengkudu, Sila-sila tinggal komen selalu
Jika kita ukhuwah fillah dan ikhlas maka kita akan dapat kebaikkan dari-Nya. In Shaa Allah. 

Jazakallah fiikum.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.