Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Showing posts with label PROTON. Show all posts
Showing posts with label PROTON. Show all posts

Friday, 2 August 2013

Honda kereta rasmi kerajaan Malaysia bukan lagi Proton.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wowwwwww.......berita best yang patut semua rakyat Malaysia tahu telah pun dipecahkan beritanya di laman-laman sesawang.

Abg long baru je pasang impian nak mengantikan 'Black Warriors' abg long yang terlibat  dengan tragedi hari itu dengan Honda. Tapi ternyata, kerajaan Malaysia lagi laju berbanding abg long yang baru layan angan-angan.

Sesiapa yang nak kereta Proton Perdana yang penah PM guna ni boleh la masuk tender. Kemungkinan besar kereta ini akan dilelong tu ada......Rugi wooooooo tak bida, bahan sejarah ni untuk 10-20 tahun akan datang. Nanti senang nak cerita kat anak cucu angpa....HiHiHi....



Nampaknya kerajaan Malaysia telah sebulat suara bersetuju dan mengumumkan secara rasmi melalui pekeliling yang dikeluarkan sendiri melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Malaysia, bahawa kereta Nasional yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia atas nama patriotik dan cintakan negara iaitu Proton Perdana Executive akan ditukar kepada model Honda 2.4L dan Honda 2.0L.  

Kalau nak tahu cite lebih lanjut angpa boleh terjah baca SINI dan SINI.


Klik untuk tumbesaran
Dengan perkhabaran ini nampaknye kawan2 abg long yang bermatian mendokong Proton akan menangis mengelupur di tanah dan teresak-esak di beranda rumah.

Faktor pemilihan kerajaan Malaysia menggunakan khidmat jenama Honda mengantikan Proton sebagai kenderaan rasmi mengesahkan lagi bahawa Proton sememangnya bermasalah dari segi kualiti. Mungkinkah begitu???

Ada tak sesape kat sini yang mengunakan jenama Proton? Acu share sikit pengalaman angpa untuk pencerahan minda. 

Hmmmmm......Patut la 1.4 juta penjawat awam diberi bantuan hari raya sebanyak ehemmm....eheeemmm....rupanya kat Honda ini berabisnya. Ye la kan, kewangan negara tak memuaskan.....sabo je la....

Uiiissshhhh......mana ada abg long tak bersyukur, abg long bersykur sangat2 apa dengan apa yang diberi. Ni ha, abg long pun tumpang berbangga apa, bukan abg long sahaja bercita2 dan berangan nak pakai Honda, kerajaan Malaysia juga sekepala dengan abg long malah kerajaan lagi ke depan bebanding abg long rakyat marhean yang masih menekan2 button mesin kira.

Honda! The Power of Dreams........Selamat tinggal Proton.

InshaAllah, mimpi abg long juga akan menjadi realiti suatu hari nanti. Honda.... Honda..... Honda...... Zzzzzzz........(@_@)

Alamak! sekali ludah jatuh muka daaaaaaaa......wei...sape yang meludah ni! kurang asam boi betul, orang nak mimpi honda pun tak senang...Ggggrrrrrrrrrrr!!!

kredit photo: incik google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday, 24 July 2013

Jom menang hadiah dari PROTON

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Angpa taw dak pasai kontes yang proton buat ni? Kalau tak taw meh sini abg long abg ang.....masuk rapat2 sikit....sikit lagi......sikit lagi.....tu dia...angpa ni memang baguih duk ada...HiHiHi...

Yang dah taw tu duk diam2 sahaja, tapi kalau rasa nak tambah penyertaan boleh lagi, takdak masalah, proton tak marah....

proton baru2 ini mengumumkan “Peraduan Nama Siapa Hebat” sempena pelancaran sebuah model kompak serba baharu yang bakal dilancarkan pada separuh pertama tahun depan. 

Melalui peraduan yang dianjurkan itu, setiap peserta perlu mencipta nama yang paling menarik dan hebat untuk model kompak serba baharu itu dengan hadiahnya berupa varian Premium sebuah model berkenaan untuk dibawa pulang. Pelbagai hadiah-hadiah lain yang menarik turut ditawarkan.

Gila gempak kan adiah proton nak bagi kat kita. Abg long baru ja taw pasai kontes ni. nasib baik la sempat join lagi...


Kalau angpa nak taw, model baru ni  ianya sangatlah bergaya, bersaiz kompak, hadir dengan rekaan yang inovatif dan dilengkapi pelbagai ciri-ciri dan teknologi canggih. Model tersebut juga mempunyai ruang yang luas, selesa dan secara ekstremnya sangat praktikal, di samping menawarkan tahap pemanduan yang menyeronokkan. Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada model serba baharu yang dimaksudkan itu direka berdasarkan model konsep Proton EMAS.



“Peraduan Nama Siapa Hebat” ni kalau angpa nak taw dah bermula dari 25 Jun dan akan berakhir pada 25 Julai 2013 ini, dengan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web yang disediakan PROTON–Nama Siapa Hebat untuk baca terma dan syarat. 

Angpa boleh hantar seberapa banyak penyertaan. Tiada yuran penyertaan dan tiada unsur paksaan. Kalau nak adiah ohsem seperti yang dah abg long nyatakan bagi pihak proton seperti diatas laju2 angpa terjah website link biru tu untuk join kontes. Tak pun boleh terus daftar penyertan dengan klik SINI



Jika angpa mempunyai idea yang unik dan menarik bagi menamakan model kompak serba baharu dari Proton yang akan dilancarkan pada tahun 2014 akan datang, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan tersebut hari ini.

Abg long dah hantar lapan penyertaan. Nak tahu apa nama yang abg long cadangkan? HiHiHi......betul2 nak tahu? Pandai2 la angpa usahakan.....lalalala.........

Selamat berkontes semua.

Oppsssssssss.....dah baca tu rajin2kan la tekan butang LIKE dan SHARE tu yer....kita berbagi sesama kita.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.