Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Diari Biodata

~A B A N G . L O N G . A N G P A~



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pengenalan:
Aku telah dilahirkan disebuah desa nun jauh di sebuah negeri di utara tanah air. Pada 07 Feb tepat jam 02.45 pagi waktu Malaysia, aku menyergah alam ini dari rahim ibunda tercinta. Alhamdulillah, atas restunya DIA maka aku dapat menikmati keindahan dunia ciptaanNYA. 

Aku membesar sebagai anak desa yang tidak punya apa-apa. Hidup aku sedari kecil didisplinkan dengan prinsip hidup seorang tentera. Kembara hidup sudah menjadi rutin dari aku kecil sehinggalah aku dewasa.

Aku tidak mempunyai pekerjaan yang hebat. Pelajaran tidak tinggi. Tidak mempunyai kereta mewah mahupun sport. Tidak mampu untuk memakai pakaian berjenama. Tidak mempunyai aset atau harta tetap mahupun syer² syarikat atau saham yang boleh dijajakan. Tidak mampu untuk berhibur dikelab malam yang mewah dan tidak mempunyai kehidupan yang senang untuk dikongsi. Aku tahu aku tak pandai jaga diri aku sendiri sebab aku suka sibukkan diri.

Aku sama juga seperti kamu...kamu...dan kamu yang tak jemu2 membaca profiles aku yang tak semengah dan penuh dengan haru-celaru. Aku berkelana di planet bumi ini bersama merah sekeping hati. Nawaitu aku hanya ingin melihat dunia ini berwarna. Aku adalah aku.....blogger cabuk, kaki photo, kaki fesbuk dan aku lelaki bebas dan merdeka sepenuh masa.

Sedikit fakta menarik tentang AKU:
1.Peminat tegar keindahan ciptaan Tuhan
2.Seorang freelance photograpferm [NEW]
3.Seorang yang fanatik dengan sukan balapan dan padang [NEW]
4.Pemakai setia jeans Levis 
5.Penggemar buku-buku sastera 
6.Pengumpul koleksi-koleksi Novel+CD+DVD+topi+beg+Komik (ujang,blues untuk aku,aku dan sesuatu,gila-gila & apo?) 
7.Pencinta seni seperti sastera+muzikal.
8.Sorang yg pala otak giler2 (tapi bukan gile...hi3)

Hak untuk bercakap besar:
Pernah graduate di tadika KEMAS

Pekerjaan:
Penjaga sekolah (full time) 
1.Tukang Kebun 2.Tukang Sapu 3.Pengawal keselamatan 4.Pengasuh 5.Tugas2 khas lain (sejak 2008)

2.Blogger Cabuk dan Kaki Photo (part time)

Majikan:
Tempat Cikgu Bekerja

Pendidikan:
Universiti Sains Malaysia
Geography, 1999 - 2003

Institut Pendidikan Guru
Pengajian Melayu, 2007 - 2008

Slogan:
Aku belajar dari 'sesuatu' untuk mengenal SESUATU.

Sebab² Berbelog.
Malas la aku nak taip pasal ni lagi. Korang boleh tenyeh entri Kenapa Aku Berblog untuk tahu sebab apa aku berbelog.

Isi Kandungan Blog.
Macam² kot ada dalam blog ni. Dah macam rojak buah dan ABC rasanya. Tapi, sedap. Cuba korang baca entri Apa yang menariknya blog aku. Jawapan ada dalam perengan² terakhir dalam entri tersebut. Dipersilakan korang hadam.

Ok la, aku stop dulu. Sebarang pertanyaan boleh la diajukan diruangan komen yang comei di bawah ini atau emel ke amiraimanakashah@yahoo.com. Komen dan kritik sangat² dialukan untuk penambahbaikan dimasa hadapan. Sesungguhnya komen dan kritik adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Salam ukhuwah.

Jazakallah.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

6 comments:

  1. Replies
    1. bucuk bukan sebarang bucuk taw....cu tgk ikan pekasam tu, bucuk2 depa ada class gitu..ahaks3

      Delete
  2. assalamualaikum..finaLLy dpt, jumpa bLog arjuna memunajatkan cinta..teruskan menulis..sesungguhnya mata ini, amat menyukai sentuhan bahasa bisu anda..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanpa nama, terima kasih sudi menjejaki blog ini.....taniah atas kejayaan anda. walaupun anda berselindung disebalik 'tanpa nama' sebenarnya nama anda terukir indah.....itu yg pasti bukan???

      selamat mengetatkan serembrum dengan hasil tulisan merapu meraban meroyan di Diari Seorang Lelaki ini....hihihi

      Delete
  3. Assalammualaikum abam amir..skian lma mncari..bru dpt d kesan..msh ingt kah sye..#kadrayadhlmaxdpthihi

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.