Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 20 July 2014

MH17 | Mengapa ditembak jatuh?




Mengapa MH17 ditembak jatuh?. Ini teori sahaja. Betul atau salah itu terpulang pada neraca pertimbangan korang. Aku tak suruh korang percaya bulat2. Tapi aku tulis ni berdasarkan apa yang aku baca dari segenap sumber yang ada di muka buku, blog atau saluran berita online (yang konon2 berwibawa). 



1. Berdasarkan maklumat awal Syarikat MAS, MH17 tiba-tiba tidak dapat dihubungi diruang udara Belanda. Apesal boleh lost contact? MH17 ialah kapal terbang jenis Boeing 777 iaitu kapal terbang yg sama spesis dengan MH370 yang hilang tak jumpa-jumpa kat Lautan Hindi tu. Boeing 777 adalah kapal terbang yang boleh Flight By Wire, bermaksud ia boleh diremote control daripada ground atau satelit. Negara Uncle Sam sekutu kuat Isreal je ada teknologi ni. Maka untuk agenda tertentu, pihak Uncle Sam mungkin telah mengambil alih MH17 lalu menerbangkannya ke kawasan konflik Rusia-Ukraine. 

2. Berita Agensi Interfax melaporkan bahawa MH17 ditembak jatuh pada aras 10KM di ruang udara timur Ukraine. 10KM ialah lebih kurang 35 ribu  kaki. Yang ada keupayaan dan teknologi menembak jatuh pesawat pada altitud 35 ribu kaki ke atas ialah Rusia. Melalui proksinya (pemisah Donetsk) yang menentang kerajaan Ukraine (proksi Uncle Sam).

3. Jadi mungkin pada radar pihak pemisah Donetsk ia telah membaca bahawa pesawat MH17 ialah pesawat musuh kerana bagi mereka mana mungkin pesawat komersial terbang ke kawasan konflik. Dari situ pihak pemisah telah melancarkan peluru anti pesawat SAM (surface to air missile) ke arah MH17. Lalu terkena MH17 dan jatuh ke bumi. Ini kes tersalah tembak. Macam Soviet menembak jatuh pesawat komersial Korea suatu masa dahulu. Tetapi apakah agenda Uncle Sam mengambil alih MH17 dan membawanya ke kawasan konflik Rusia-Ukraine?

4. Memang benar ada penerbangan pesawat komersil lain diruang udara Ukraine semasa MH17  terhempas kononnya ditembak tetapi berapa jarak penerbangan tersebut? 20KM dan 30KM bukan satu jarak yang dekat antaranya. Mungkin MH17 telah diterbangkan betul2 dikawasan Ukraine yang berkonflik.



5. Jurucakap Malaysia Airlines (MAS) telah mengesahkan ia terputus hubungan dengan penerbangan MH17 tersebut selepas ia berlepas dari Amsterdam pada jam 12.14 pagi waktu tempatan (Amsterdam). Cuba lihat tempoh waktu MH17 dikatakan terputus hubungan komunikasi dengan pihak MAS ketika memasuki ruang udara Ukraine serta tempoh masa MH17 terhempas. Klik SINI


6. BRICS: Sebuah pakatan 5 negara telah lancarkan dana rizab yang baru libatkan jumlah sebesar $100 bilion. Ini menunjukkan negara-negara ini makin serius nak lawan dengan matawang USD. Dan, hari yang sama juga berlakunya tragedi MH17 pesawat Boeing 777 milik MAS telah terhempas dan didakwa telah ditembak dengan misil BUK milik pemisah yang di sokong oleh Rusia. Korang faham tak?



7. Secara tergedik2 pihak Boeing tetiba bagitahu akan memberi kerjasama untuk siasatan tragedi MH17. Masa tragedi MH370 dulu senyap sunyi Boeing tanpa apa2 maklumat yang membantu. Why MH17 cepat je penyanggak Boeing ni nak bagi kerjasama? Adakah kerana MH17 musnah teruk berbanding MH370 yang hilang secara misteri? Boeing ni bukan ke Uncle Sam yang punya?

8. Ketua negara Uncle Sam si Berak Oboma secara lelaju telah mengeluarkan kenyataan keras terhadap pihak yang terlibat agar tidak mengubah 'bukti' ke atas apa yang berlaku terhadap MH17. Beliau merupakan pemimpin dunia yang pertama mengeluarkan kenyataan terhadap tragedi MH17. Ini boleh la dikatakan cuba menaguk di air yang keruh. Sebab umum telah tahu betapa seterunya negara Uncle Sam terhadap Rusia. Sokongan kuat Uncle Sam terhadap Ukraine juga bukan lagi menjadi rahsia umum. Klik SINI.

9. Selepas kejadian MH17 terhempas dan didakwa telah ditembak, sepantas gaban pihak Ukraine membuat penafian penglibatan mereka. Pantas mereka menyalahkan puak pemisah Donetsk yang disokong Rusia sebagai dalang yang menyebab tragedi MH17. Secara psikologi, biasanya orang yang bersalah akan bertindak dulu sebab dibebani rasa takut dan rasa bersalah. Ada sesiapa pakar psikologi kat sini tak. bagi aku, kenyataan pihak Ukraine ni tak lain tak bukan hanyalah helah bela diri semata.

10. Ada sumber mengatakan puak pemisah tersalah target. Kapal terbang MAS dengan kapal terbang yang dinaiki Putin untuk kembali ke Rusia usai majlis di Brasil adalah seakan-akan sama. Kapal Putin dikatakan terlewat setengah jam berbanding MH17 tiba di lokasi penembakan berlaku. Jika sama sekalipun, tak kan la puak pemisah nak tembak sekutu mereka sendiri. Pendek akal la law macam gitu. 


Kapal Putin lagi gemok berbanding MH17, apa makan dia erk?
11. Sebaik sahaja dunia dikejutkan dengan tragedi MH17. Semua mata, telinga dan serembrum dihala ke Ukraine bagi mengikuti perkembangan tragedi tersebut. Semua orang memperkatakan tentangnya. Namun, dalam masa yang sama, pihak rejim zionis Isreal telah memulakan operasi ground attacknya ke wilayah Gaza. Nampak tak permainan diorang?.

12. Setuju atau tidak, ini semua adalah 'permainan' kuasa besar. Negara Malaysia, melalui MH17 dan MH370 hanyalah bahan buat mereka. Mungkin juga Isreal serta sekutu mereka yakin bahawa Islam akan naik disebelah sini, makanya mereka perlu porak perandakan Malaysia dengan kejadian2 sedemikian rupa. 

MH370 tidak lagi terungkai misteriusnya kini MH17 pula yang menjadi mangsa dan beban buat pemimpin negara kita. Mungkinkah sokongan dan dokongan masyarakat serta pemimpin Islam di Malaysia terhadap perjuangan Palestine menjadikan Malaysia sasaran mereka yang tidak berpuas hati. 

Aku harap pemimpin Malaysia tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar dalam tragedi MH17 ini. Jadikan hikayat MH370 sebagai sempadan dan pedoman dalam berurusan dengan mereka. Kita tunjukkan kepada mereka bahawa kita (bangsa Malaysia) la abang besar yang sebenarnya dan mereka bukanlah siapa2.

Apa pun, bagi aku....Datin Seri Rosmah Mansor memang hot dan awesome. Dengar cite kat media sosial dan blog2, beliau ada menghubungi presiden Rusia supaya menceritakan apa sebenarnya yang berlaku kepada Dato Seri Najib. Korang ada?

Bagi aku, dari kotak hitam jatuh ke tangan Uncle Sam dan sekutunya ada baiknya kotak hitam itu berada ditangan Rusia. Kenapa? Korang pikir la sendiri.

Apa pun, kita semua tidak boleh lagi leka dan alpa. Sekarang ni musuh mengancam kita dari  jauh dengan memangsakan MAS. Mungkin selepas ini musuh akan semakin berani untuk menghampiri kita bila melihat kita lemah.

Apa pun, takziah dan al-fatihah buat semua mangsa MH17 dan MH370. Dengan izin Allah, kebatilan akan terbenam dan kebenaran pasti akan tersingkap juga suatu masa nanti.

Jangan lupa Al Mulk, moga mati kita nanti terlepas dari seksa kubur. Baca juga Al Kahfi 1-10/100-110. Mudah-mudahan kita bisa bebas dari fitnah Dajjal yang dasat. InsyaAllah.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.