Blog semua dah sunyi sepi. Semuanya sibuk membuat persiapan raya dan memulakan perjalanan balik ke kamgpung halaman untuk menyambut hari bahagia bersama yang tercinta.
Aku pula masih lagi kat dalam ladang di kawasan pedalaman ni. masih membuat saki baki persiapan terakhir aidilfitri. Alhamdulillah, baru siap kiwi kasut untuk buat raya nanti. Raya tahun ni sekadar sahaja. Pakai mana yang ada.
Kasut ni pun baik dan ohsem lagi. Bukan kedekut nak beli yang baru, tapi jenuh mencari tak juga jumpa yang berkenan tang hati. Dari Kota Bharu sampai ke kuantan mencari, takde juga yang berkenan. Payah maha benar nak memuaskan nafsu diri. Last2 angkat pakai je yang dah ada.
Baju melayu pun sama, pakai yang tahun2 sudah. Malas nak bikin baru. Yang lama pun masih elok lagi. Bukan pakai mana pun, cuma pakai time solat aidilfitri dan aidiladha. Selebihnya pakai masa ada event kat tempat kerja. Banyak mana sangat dalam setahun pakai-guna. Orang lain yang susah lagi ada, elok je sambut raya. Betul tak?
Raya tahun ni simple2 sahaja. Bersolidariti dengan saudara-saudara seagama yang hidup melarat akibat perang dan sengketa di negara mereka. Mudah-mudahan aku mampu merasai sama apa yang mereka rasa. Amin.
Insyallah, kejap lagi uasai solat asar akan memulakan kayuhan. Akan turut serta dalam keramaian orang ramai berpusu-pusu menyesakkan jalan raya. Mudah-mudahan kayuhan hari ini diredhai dan diberkati Ilahi.
Sama-sama la kita merempuh jem dan bawa kenderaan memasing dengan penuh kesabaran. Bulan puasa kan bulan kesabaran. Tak gitu? Nak lelaju buat apa, destinasi yang kita tujui tak kan ke mana pun. Kat situ je dia tunggu kita. Biar lambat asal selamat.
Kepada u all yang nak gerak balik kampung tu rancang perjalanan. Service dulu kenderaan. Elakkan memandu tika mengantuk. Lebih afdal jika ada co-pilot kat sebelah. Mudah nak gilir2 jika penat drive. Maklum la kan, perjalanan balik beraya bukan macam hari-hari biasa.
Well, pandu dengan cermat.......ingat la kenderaan belum langsai hutang. HiHiHi....(◕‿◕)☆™
Ok la, aku nak pen off dulu. Nanti aku sambung lagi bebel kat blog ni. Ada masa berbaki beberapa hari lagi sebelum sibukkan diri melayan perut makan ketupang-lemang dan rendang.
Terima kasih kepada u all yang sudi singgah baca blog aku ni. Jangan lupa tinggalkan sepatah dua kata untuk aku blogwalking hari raya kat blog u all.
Jazakallah.
Support us MansuhPBS
Kredit Photo: Digital Raudhah Photography
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.