Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 27 May 2014

MH370 | Tragedi yang hampir dilupakan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sudah lupakah kita pada pesawat Boieng 777-200ER MH370? 

Banyak betul diversion (pengalih perhatian) yang telah 'mereka' persembahkan buat kita (termasuk seluruh penduduk dunia). Sehinggakan sudah semakin berkurang khabar berita tentang pesawat malang ini untuk sajian minda kita. 

Diversion demi diversion telah dan sedang dipersembahkan tanpa sedar kita. Sehinggakan kita tidak lagi bernafsu untuk mengikuti kisah menyayat hati tragedi MH370 ini. Lama ke lamaan kisah ini sepi dibawa angin bayu. Macam juga kes yang pernah berlaku pada sebuah negeri di bawah bayu dahulu....

Adakah kesemua diversion itu wujud secara tidak sengaja? Atau sememangnya ia telah direncana? Teori2 serta kisah yang dipentaskan setiap kali PC (press conferens) sebelum ini juga banyak yang tunggang terbaliknya, menjadikan PC tidak lagi berintergriti. Menjadi gelak tawa dan bahan kencindan masyarakat dunia. 

Pakar2 penyiasatan telah mengatakan pesawat tidak terhempas tetapi mendarat dengan selamat biarpun pemimpin bani jawi telah mengatakan MH370 telah berakhir di Lautan Hindi dan ia dikuatkan lagi oleh dakwaan pemimpin Kanggaroo yang mengatakan terima isyarat dari kotak hitam MH370 dari perut Lautan Hindi. Jika benar MH370 tidak terhempas dimanakah lokasi pendaratannya? Jika benar ia adalah isyarat kotak hitam seperti didakwa, dimanakah ia?? Namun begitu, pihak Kanggaroo seperti cuba memaksa keluarga mangsa dan masyarakat antarabangsa untuk menerima dakwaan mereka. Nonsense!

Tragedi MH370 menyebabkan sekonyong-konyong tubuh Berok Oboma datang ke tanah bani jawi untuk bersua mata dengan pemimpin bani jawi yang terlalu banyak masalah membelenggu pentadbirannya. Apakah tragedi MH370 suratan atau kebetulan? atau tragedi MH370 adalah satu permainan?

Inti pati akur janji antara pemimpin bani jawi itu dengan Berok Oboma juga tidak dihighlightkan kepada seluruh rakyat marhean. Ia terus berlegar menjadi spekulasi sehingga ke saat ini. Ahsab kedatangan Berok Oboma yang sebenar juga seakan dilenyapkan. Kerahsiaan katanya. (Sedangkan nasib 27 juta rakyat Malaysia dan 239 penumpang serta anak kapal MH370 berada ditangan beliau. Silap percaturan beliau dengan musuh Islam padah menanti semua.) 

Sebaliknya, diversion demi diversion telah dicipta buat rakyat dan seluruh penduduk dunia. Tak lain tak bukan agar nafsu khalayak untuk mengikuti kisah sebenar tragedi yang menimpa MH370 seawal pagi 8 Mac 2014 yang lalu semakin kendur dan anti klimaks.

Sebulan kurang lebih lagi, Ramadhan yang mulia akan hadir mewarnai hidup seluruh umat Islam seluruh dunia. Moga kedatangan Ramadhan yang barakah ini nanti bisa melabuhkan tirai kebatilan yang menyelubungi MH370 ini. Mudah-mudahan, kebenaran akan tersingkap jua nanti. Teruskan berdoa untuk seluruh penumpang dan anak kapal MH370. Jangan sesekali kita lupa dan alpa dengan setiap diversion yang mereka sajikan buat kita. 

Diakhiran nanti, moga Allah swt memperlihatkan kepada dunia siapakah director serta konco2 yang menjayakan kisah tragedi MH370 yang menyayat hati ini. Moga musuh2 Islam laknatullah serta orang2 Islam yang bersengkongkol untuk memusnahkan Islam itu mendapat pembalasan dariNYA. Ameen...



Dengan izin Allah, kisah ini pasti tamat jua nanti. Dan sesungguhnya, janji Allah itu pasti, "Diakhiran, kebenaran akan menenggelamkan kebatilan."

Bersama-samalah kita berdoa agar ada cahaya di penghujung terowong yang gelita. 

Jazakallah.



Support us MansuhPBS



kredit photo: Sharifah Sofea Muka Buku
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.