Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 24 January 2014

Tidur Cara Rasulullah | Mimbar Jumaat



Sekadar hiasan | Super kiut meow ni tidur kan?
Alhamdulillah.....usai sudah solat Jumaat untuk 22 Rabiuawal 1435. Tadi dengar khatib baca khutbah macam best jer. Tajuk dia 'Tidur Cara Rasulullah'. Semua orang tahu pasal tidur, tapi tak semua yang tahu cara tidur yang ohsem macam mana yang Rasululullah sarankan buat kita. 

Jadi, aku nak share rumours dari mimbar Jumaat dengan korang semua (terutama kaum hawa) yang tak berkesempatan nak dengar khutbah.

Macam mana nak dapatkan tidur yang berkualiti? Antara cara tidur mengikut Rasulullah saw ajarkan. Jom baca dan amalkan.

1. Berwudhu ketika akan tidur.
“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)

2. Membaca doa akan tidur.
Rasulullah Muhammad saw jika mau tidur berdoa, “Bismika Allahumma Amut wa Ahyaa” (Dengan nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup). Bila bangun tidur berdoa, “Alhamdulillahillaji ahyana ba’da maa ama tanaa wa ilayhinnusur.” (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami mati, dan kepada-Nya kami kembali.” (HR. Muslim) 

Al-Bara’ bin ‘Azib ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Muhammad saw bila berbaring di tempat tidurnya, beliau letakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, seraya berdoa: Robbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Robbi, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu)." (HR. At Tarmidzi)

3. Miring ke sebelah kanan.
Dari al-Barra` bin Azib, Rasulullah Muhammad saw pernah bersabda, "Apabila kamu hendak tidur,maka berwudhulah (dengan sempurna) seperti kamu berwudhu untuk shalat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan".

4. Meletakkan tangan di bawah pipi sebelah kanan
"Rasulullah Muhammad saw apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya." (HR. Abu Dawud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

5. Membaca surat surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas.
Aisyah ra. berkata: “Bila Rasulullah Muhammad saw berbaring di tempat tidurnya, beliau kumpulkan kedua telapak tangannya, lalu meniup keduanya dan dibaca pada keduanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua tangannya. Beliau mulai dari kepalanya, mukanya dan bagian depan dari badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali.” (HR. At Tarmidzi)

6. Tidurlah di awal malam.
"Beliau saw tidur di awal malam dan menghidupkan akhir malam." (Mutafaq ’Alaih)

7. Tidak tidur dengan posisi telungkup.
"Sesungguhnya (posisi tidur tengkurap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla." (HR. Abu Dawud dengan sanad yang shohih)

8. Berdoa ketika bangun tidur.
“Rasulullah Muhammad saw jika mau tidur berdoa, “Bismika Allahumma Amut wa Ahyaa” (Dengan nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup) Bila bangun tidur berdoa, “Alhamdulillahillaji ahyana ba’da maa ama tanaa wa ilayhinnusur.” (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami mati, dan kepada-Nya kami kembali).” (HR. Muslim)

9. Mengusap Bekas tidur.
"Maka bangunlah Rasulullah Muhammad saw dari tidurnya kemudian duduk sambil mengusap wajah dengan tangannya" (HR. Muslim No. 763 (182)

10. Beristinsyaq, beristintsaar dan bersiwak ketika bangun tidur.
Beristinsyaq dan beristintsaar adalah menghirup kemudian mengeluarkan atau menyemburkan kembali air dari hidung.

"Apabila Rasulullah Muhammad saw bangun malam membersihkan mulutnya dengan bersiwak." (HR. Al Bukhari No. 245 dan Muslim No. 255)


Sekadar hiasan | comei tak saya tidur?

Antara perkara yang perlu dielakkan sebelum korang masuk tidur. 

1- Elakkan tidur terlalu lama waktu siang.
Bila dah tidur terlalu banyak waktu siang. Mata menjadi segar bila waktu malam. Jadi sukar untuk melelapkan mata. 

2- Elakkan merokok sebelum tidur.
Jangan merokok adalah yang terbaik. Tapi jika korang smoker tegar ada eloknya korang jangan merokok sebelum tidur. Elakkan merokok sejam atau dua jam sebelum tidur. Ini bertujuan untuk merehatkan jantung korang tu dari bekerja menyedut asap kotor.

3- Elakkan minuman berkafien dan beralkohol sebelum tidur.
Air berkafien ni akan menyebabkan korang cerah mata. Akibatnya korang jadi payah nak tidur. Aku tiap2 malam kalau buat kerja memang tak terlepas dari air nescafe. Nampak gayanya aku kena kurangkan pengambilan air berkafien ni waktu malam lebih2 lagi bila lewat malam.

Air beralkohol pula boleh menyebabkan jantung berfungsi lebih dari kadar yang sepatutnya. Jadi, ia akan menyebabkan korang tak selesa untuk melelapkan mata. Yang ni aku tak biasa buat......mungkin yang dah terbiasa tu dia tahu la kot macam mana dia punya fiil bila teuk air setan ni sebelum tidur.

4- Elakkan makan dan minum terlalu banyak sebelum tidur.
Bila korang isi perut korang sarat dengan makanan dan minuman menyebabkan korang rasa sebu. Mula la nak berulang ke tandas. Akibatnya korang rasa tak selesa nak tidur lena. Kejap2 bangun ke tandas, buang segala muatan yang korang isi berlebihan.

5- Elakkan makan pil tidur.
Kalau tak boleh tidur jangan terlalu bergantung pada pil tidur. Ia hanya akan memudaratkan kesihatan jika menjadi ketagihan. Jadi, elakkan mengambil pil tidur untuk memaksa diri anda tidur. 

Keburukkan tak cukup tidur.
Banyak keburukan timbul jika korang tak tidur dan tidak punyai tidur yang berkualiti. Sebelum ni aku ada tulis tentang Lose sleep.....Lose your mind and health.

Kurang tidur yang cukup juga boleh menjejaskan tahap kerja korang. Mungkin korang akan lebih banyak buat taik mata ditempat kerja berbanding dengan kerja yang korang buat. 

Korang juga akan menjadi seorang yang mudah baran dan pemarah. Maklum la kan.....otak korang penat dan badan korang letih teramat...jadi korang tak boleh nak berfikir secara waras dan cantik. Akibatnya, tindakan korang nanti berada diluar kawalan manusia normal.

Kurang tidur juga menyebabkan wajah korang menjadi lebih tua dari usia sebenar korang? Well, korang rasa nak ke nampak tua sebelum tiba masanya?? HaHaHa.....(^__^)

Aku rasa cukup kot untuk kali ini. Ini bukan lagi rumours aku rasa...dah jadi macam jurnal pula.....HiHiHi.....Aku kalau dah menaip memang tak reti nak stop. Tapi, kalau takde idea....memang mati kutu depan keyboard.....HeHeHe..

Well, aku harap entri ni bermanfaat buat semua. Nak petua untuk kesihatan? Korang boleh klik link Petua dan Kesihatan

Jazakallah.




Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.