بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Kurang rehat dan tidur yang cukup boleh menyebabkan masalah pada otak dan kesihatan. Benda ni bukan perkara baru diperdebatkan. Dah selalu sangat orang duk kata....dah banyak orang duk bicara. Cuma kekadang aku sahaja yang tak amik cakna.
Ye la kan.....kekadang banyak kerja yang perlu disantuni sampai masa 24 jam yang ada semacam tak mencukupi. Belum lagi masuk bab nak melayan SPBBS. Memang ketat mata duk ada la.
Ramai dalam kalangan rakan2 aku yang begitu stress bila terpaksa mengadap SPBBS yang menguntungkan sebelah pihak tu (abis duit rakyat bayar pembekal sistem yang ntahapaapa). Ramai dah yang mengalami kemurungan dan tekanan perasaan. Sebab apa?? Sebab tak punya tidur yang berkualiti. Aku nak cite panjang lebar lagi detail pun takut angpa tak faham. Nantikan angpa kata aku dan spesis kroni aku ni macam2....pe pun aku tetap syukur.....Malaysia masih aman.
Itu satu hal.....yang bergelar pelajar pun aku tau stress macam mana. Terutamanya yang duk kat ipta sana. Kekadang tak tidur malam sebab nak siapkan projek dan tesis....ada juga yang study 'semak' not smart semata2 takut gagal dalam exam. Sanggup tak tidur berhari2 konon2 nak berstudy....akibatnya, urat saraf otak putus sebab terlalu stress. Elok2 takde penyakit dapat penyakit. Nauzubillah
Nampak gayanya aku patut ubah gaya tidur aku....dari kuak kupu2 kepada kuak lentang dah lepas ni. Abaikan SPBBS dan yang sewaktu dengannya. Golongan atasan sana sesedap rasa je depa lena, tak kan aku pula nak bersengkang mata....betul tak? Jadi, aku akan ikut pesan cikgu2 aku yang terdahulu....buat setakat yang aku termampu....HeHeHe...
Sesungguhnya tidur itu best. Jangan bangga kalau tak tidur. Kalau ada kesukaran tidur, please find cure (cakap oram putih nanggong...HaHaHa...) dan betulkan tidur anda.
Nak lagi best kalau korang tidur lena dapat mimpikan si dia......HiHiHi. Jom hidup sihat dan sejahtera.
Jazakallah.

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.