Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 25 January 2014

Perubahan cuaca di Malaysia satu fenomena?



Heboh satu media sosial bila mana suhu sejuk kian mencengkam tulang hitam disesetengah tempat di Malaysia ni. Ramai la yang up status dan gambar2 wheater yang diambil dari aplikasi telefon pintar bijaksana memasing. Laju2 upload kat media sosial.....agar seluruh  penghuni planet bumi tahu kegusaran dan keterujaan yang dirasai. Konon2 fenomena ini sebagai satu alamat atau pun peringatan Allah swt kepada umat manusia tentang betapa dekatnya kiamat dengan mereka. Ramai yang pelik dan risau dengan fenomena yang ada kini.

Panas pun kita susah.....sejuk pun kita ambil kisah. Konon2 ianya satu hal yang maha serius.  Aku akui yang kejadian suhu sejuk sekarang ni adalah dari kekuasaan Allah swt. Tapi korang yang up status dan up gambar wheater tu biar la berpada2. Tak payah la tunjuk yang korang terlalu excited bagai....Sampai keluar cerita pasal kiamat.....Tapi yang peliknya, dah tahu itu tanda2 kiamat tapi kita masih juga berlenggang kangkung.....tak juga pergi mengimarahkan kat masjid....tak juga reti2 nak menutup aurat.....tak juga pandai2 nak bertaubat.....Tapi status kita pasal fenomena suhu sejuk kat media sosial punya la hebat. Well, tak hebat mana lagi la kita yer......

Bagi aku, tak salah pun nak pikir fenomena ini. Tapi biar la bertatasusila. Tak pelik pun sekiranya salji boleh turun dekat Malaysia. Itu semua kekuasaan DIA. Sekali DIA sebut "kun fa ya kun"......maka jadi la apa yang perlu terjadi. Nak heran apa. Yang penting fenomena ini bisa menguatkan ketakwaan dan keimanan kita pada DIA. Tak gitu??

Sebelum Malaysia mengalami suhu sejuk yang luar biasa ni, negara2 arab yang tandus tu dah pun turun salji. Nak pelik apa kan? Semuanya anugerah Allah swt. Bila baca status kat pesbuk macam2 duk ada......Ada sesetengah tu tak sabar nak tunggu salji turun kat Malaysia. Beria sangat orang kita ni nak main salji rupanya yer? Ingatkan beria nak beramal ibadat bila dah ada tanda2 sedemikian. Pelik tapi benar.

Dah ada gambar troll salji turun kat Malaysia rupanya.....HaHaHa...Giler kentang betol

"Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga tanah arab kembali menjadi padang rumput dengan sungai-sungai yg besar." (Hadis Muslim)

Kenyataan akhbar oleh Jabatan Metrologi Malaysia
Korang boleh check suhu dan cuaca tempat korang di website Jabatan Metrologi Malaysia untuk informasi terkini. Cuma aku sedikit kompius dengan penyataan pada perenggan terakhir dalam surat tu jika nak dibandingkan dengan laporan berita dekat bawah ni. Atau korang boleh terjah video ni kat link Indonesia's 1st recorded snowfall highly unusual phenomenon untuk maklumat lanjut.



Ada yang kata video berkenaan tidak benar. Ada yang kata ia benar2 berlaku...tidak seperti kisah Villa Nabila tempohari. Ntah la.....apa perkaitannya aku sendiri kurang pasti.

Sebenarnya perkara pelik kalau kita nak amik kira bukan pada fenomena suhu sejuk sekarang ni sahaja. Pada diri kita sendiri pun dah banyak benda pelik duk ada kalau kita rajin nak pikir tanda-tanda kebesaran DIA. Tapi itu la kita kan......yang dekat dengan kita tak pernah pun kita nak amik cakna. 

Well, sementara masih bernafas....sedut la udara sejuk sekarang ni pelahan-lahan dan hembus la juga dengan perlahan-lahan. Akuilah kebesaran Tuhan. Tingkatkan ketakwaan dan keimanan kita dengan perbuatan dan amal ibadat. Bukan dengan up status dipesbuk semata......itu belum dikira hebat. Bersyukur la atas segala nikmat pemberian Yang Maha Esa. Tanpa kasih sayang dan cinta DIA, kita bukanlah siapa2.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.