Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 18 January 2014

5 sebab utama 'kematian' sebuah blog

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Korang pernah dengar tak tentang 'kematian' sebuah blog? Kalau korang seorang blogger sejati atau kaki blogging tegar tentu korang akan bertemu dengan kematian sebuah blog ataupun blog2 yang telah mati. 



Mengapa sesebuah blog itu mati? Sebetulnya kematian sesebuah blog itu disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor2 yang sempat serebrum aku detect.....

1- Kematian blogger
Pergi tak kembali tuan punya blog kepada Tuhannya menyebabkan blog juga mengalami kematian. Jarang sekali kita mendengar blog yang kematian owner akan diupdates sentiasa setiap masa. Kematian tuan punya blog akan membawa blognya bersama. Yang tinggal hanyalah buah fikir serta bicaranya.....Tulisan bisu itu menjadi santapan minda khalayak yang tegar singgah diblognya. Jika kebaikkan yang ditinggalkan, maka itu merupakan saham buat dirinya bersenang-senang 'di sana'. 

Walau bagaimanapun, masih ada juga blog yang masih bernyawa walaupun ketiadaan tuannya. Example, blog arwahyarhamah adinda Yasmin J Hunwick. Nak tahu bagaimana blog arwahyarhamah masih 'hidup' korang boleh terjah SINI.

2- Keterbatasan Masa
Kematian sebuah blog juga berkait rapat dengan masa. Keterbatasan masa untuk menyelenggara dan mengupdate blog menyebabkan blog dibiarkan bersawang tanpa entri terkini oleh tuan punya blog. Umum telah mengetahui, tanpa masa yang berkualiti mana mungkin seseorang blogger itu mampu berblogging dan berblogwalking. Bagi fulltime blogger mungkin faktor masa bukanlah suatu problem besar buat mereka. Jadi, pengurusan masa itu sangat2 penting kepada korang yang mahu bergelar blogger. Expecially blogger separuh masak masa macam aku ni.


"jika anda seorang yang efisyen, secara automatik anda akan menjadi seorang yang efektif"

3- Ketandusan Idea
Faktor ketandusan idea untuk mengarang juga menjadi penyebab sesebuah blog itu menemui kematian. Idea merupakan aset utama bagi seorang blogger. Tanpa idea, seorang blogger tidak akan mampu nak mengarang dan bercerita. Akhirnya, blog dibiarkan usang dan bersawang. Jika takde idea jangan kelam kelibut, bawa bertenang. Korang boleh je taip entri tentang apa yang berlegar disekeliling kehidupan korang. Jadikan kehidupan korang itu satu aspek pembelajaran dan pengajaran buat pembaca yang terjah blog korang (termasuk diri korang sendiri sebab korang pun akan baca balik apa entri yang korang dah tulis). Jangan rumitkan pemikiran, jadikan ia semudah ABCD.

4- Ketiadaan Matlamat
Berbelog semata mengikut trend. Bina blog takde matlamat. Takde sasaran. Takde wawasan.....Orang berbelog, ngko nak berbelog.....orang jadi blogger, ngko pun nak jadi blogger juga. Last2 berputus asa sebab takde orang datang terjah blog ngko. Follower seciput. Takde orang sudi like fanpages. Ooooohhhhhhh....rasa sangat2 nak terjun lombong time tu juga. Last sekali bawa diri. Biarkan blog sepi. Tak pasal2  korang dah mencipta misteri nusantara buat follower korang yang setia. Jadi, korang kena setting nawaitu betul2 dan tetapkan matlamat kenapa korang berbelog. Jadikan blogger2 yang dah berjaya sebagai sumber inspirasi korang. Berlambak blogger yang dah femes dan berjaya yang boleh korang jadikan inspirasi. Contoh, Ben Ashaari Fatin Liyana Yuyu Zulaikha Azhalifah (sekadar meenyebut beberapa nama).

Well, antara kelima-lima sebab utama 'kematian' sebuah blog kat atas, no ke-2 hingga ke-4 tu aku ingat kita semua boleh je handle. Segalanya bergantung kepada kemahuan dan usaha memasing. Orang berjaya mencari jalan, orang gagal mencari alasan

Ini adalah pendapat aku semata, ianya bersifat subjektif dan bukannya mandatori. Oppsssssss.....tajuk aku tulis 5 kan? Tapi yang ada 4. Well, yang ke-5 tu korang fikir-fikir kan la yer....HiHiHi....Jika korang ada nak menambah perisa dan berkongsi rasa boleh je conteng dibahagian komen bawah entri ni.

Jazakallah.



kredit photo: incik google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. kadang2 memang takda idea nak menulis. takut terbit 1 entri tak bermanfaat. huhu.

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.