Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 12 October 2013

Kanak2 diculik bersama ibunya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Abg long dapat info dari seorang sahabat melalui wassap. Anak sedara beliau kena culik. Bukan anaknya je kena culik tapi dengan maknya sekali kena culik setelah bertungku lumus nak menyelamatkan anaknya dari tangan penjenayah.

Baru jer dikejutkan dengan berita tembak menembak antara polis dengan penjenayah di haiway DUKE....lepas tu kes wanita 22 tahun kena tembak di Kota Bharu. Ini masuk pula berita kes culik kanak2.

Malaysia aman tapi dah tak selamat. Ada sahaja kes jenayah berlaku. Kalau tengok berita tv serta selak akhbar arus perdana, ada sahaja kes jenayah buat santapan minda. Semakin polis buat operasi semakin galak pula kes jenayah terjadi. 

Jenayah tembak menembak bukan lagi kes luar biasa. Kanak2  hilang yang tak terkesan sampai sekarang banyak mana.....kes dadah toksah cerita, memang tiada penghujungnya....Kalau nak hitung kes2 jenayah yang ada sampai 7 malam pun belum tentu ada noktah dia.

Memang la bukan Malaysia sahaja yang ada kes2 jenayah sebegini, tapi kita sebagai warga yang bebas merdeka wajar untuk mendapatkan persekitaran yang kondusif untuk menjalani kehidupan. Kita dah tahu punca2 penyakit dalam masyarakat sehingga penjenayah berleluasa, tapi kita sering tidak endah dan membiarkan ia begitu sahaja.......selagi sesuatu yang buruk itu tidak menimpa ke atas batang hidung sendiri selama itu la kita berpuashati dengan apa yang ada.

InshaAllah, nanti abg long try tanya sahabat abg long tu perkembangan anak saudara dan mak menakan beliau yang kena culik tu. Kalau korang rajin, usya2 la akhbar2 utama yang ada....mana tahu ada cerita tentang kes culik ini kat dalamnya.



Jadi, kepada anda semua....berhati2 dan berwaspada la selalu. Awasi anak2 kecik anda. Jangan sampai mereka menjadi mangsa. 

Seeloknya undang2 dan hukuman diperketatkan lagi.......atau kita perlu terus bersyukur....syukur, Malaysia masih aman. Gitu??

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.