AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 13 August 2013

Tukar nama tanah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Risau juga tadi nak masuk bandar KB bilamana duk baca status kengkawan kat muka muka sehari dua yang lepas. Sebetulnya malas nak ketat jiwa dengan kesesakan jalan raya. Disebabkan ada urusan di pejabat tanah terpaksa juga la redah.

Alhamdulillah.....kesesakan jalan sekitar KB dah pun kembali normal. Jem sikit2 tu biasa la.....tanda rakyat dah bertambah senang bila ramai yang punyai kenderaan.....boleh ke alasan macam tu?? HiHiHi...

Bagi sahabat2 dan sedara mara yang duduk kolumpo dan bandar2 besar balik beraya kalau trafik sesak ibarat 'alah bisa, tegal biasa'.

Hari ni pepagi lagi dah merempit ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu..... syukran..... dah settle urusan kat pejabat ni walaupun bukan sepenuhnya. 

Bukan senang nak beli dan memiliki tanah jika bukan anak jati Cik Siti Wan Kembang. Banyak prosedur yang perlu dilalui.

Memula tu cuak juga bila 'macam-macam' yang diminta, tapi bila pikir balik baguih juga depa buat syarat ketat lagu tu....kurang2 nya tanah melayu kat negeri ni tak la mudah2 digadai- dijual kat 'orang' lain sewenangnya. 

Negeri lain ada?? Rasanya takde kot.....jadi, kalau ada yang duk kata kerajaan Kelantan jual tanah sewenangnya pada 'orang' yang tak layak memang cite rekaan semata. Pendapat abg long la....dengan apa yang dah abg lalui untuk hari ini.....

Ingat kan dah settle dengan pejabat tanah KB ni semua dah ok, rupanya tidak. Kena pula marothon ke pejabat LHDN......bayar duti setem....Aduiiiyaaaaaaaaaa........Ingatkan dah isi borang settle masalah kat LHDN, tapi tak.....macam2 salinan yang diminta. Terkejar2 pula pi cari kedai photostat.....kalau dekat takpa...berpeluh juga la ketiak.....dari pejabat tanah ke LHDN bukan sekangkang kera letak duduknya.....Ketat juga la tadi rasa.....nasib baik sabar duk ada.....

"Dulu2 urusan hal tanah tanih ni pejabat tanah je handle, tak terkait pun dengan LHDN. Semua urusan buat kat pejabat tanah je......senang....tak payah nak terkejar sana sini......sekarang ni makin menyusahkan pula sistem yang ada.....cas bayaran pun dah jadi dua....LHDN nanti kena bayar, dengan pejabat tanah pun kena juga bila dah nak tukar nama.....kiri kanan depan belakang rakyat 'didahulukan'....." 

Bukan abg long yang kata tapi seorang pakcik (dah pangkat atuk kot) yang kata masa meluahkan perasaan dia kat abg long tadi. Dah tiga hari dia berurusan tapi tak settle juga pekerjaan dia kat LHDN. Kena berulang lagi dia lepas ni.....

Tapi....tak kisah la kan.....kena syukur......yang penting Malaysia aman.....(◕‿◕).



Ingatkan bila sistem makin canggih rakyat seperti abg long ni bertambah selesa berurusan dengan pejabat2 sedemikian.....rupanya indah khabar dari rupa......birokrasi tu ada dimana-mana sahaja tak kenal siapa.

Masa kat LHDN tadi tengah syok duk mengisi borang kat meja luar mai la sorang pakcik ni dekat abg long...dia mintak tolong tanda borang dia.....staff kat dalam suruh lengkapkan borang....."tulisan kecik sangat, nak baca payah." katanya.....maklum la kan usai emas....mata yang terang pun dah makin kurang.....cuma peliknya tak kan staff kat dalam tu nak tanda tiga kotak dalam borang beliau pun ke main payah.....busy sungguh.....abg long tanda tak berabis pun 2 minit.....kalau yang muda minta tolong mungkin boleh la abaikan, ini orang tua.....diusia emas....tak kan nak berkira juga....Hmmmmmmm......

Walaupun rasa macam 'bola' hari ni namun lega sikit bila urusan tukar nama tanah dah separuh settle....boleh la tarik nafas lega.....lagi 14 hari LHDN akan keluarkan surat makluman berapa jumlah bayaran cukai hasil tanah tersebut dan duti setem yang perlu abg long bayar. Lepas settle bayaran kat LHDN kena pi bayar pula kat pejabat tanah KB untuk tukar nama pada geran.

Tinggal sedikit lagi saki baki urusan....tentang bayaran abg long tak kisah pun.....mahu tak mahu kena bayar juga kan.....apa yang penting urusan tukar nama tanah settle and done. 

Cuma tadi cuak juga dengan sistem yang ada....sedangkan kita yang buat sistem, bukan sistem yang buat kita.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

8 comments:

  1. assalamualaikum boss.sy nak tanya ni tentang tanah juga.tanah kat kawasan tanah merah.ayah sy dah meninggal.so proses pusaka yg 6 bulan tu semua dah selesai surat pon dah dapat.tanah di kelantan tu kami family beri kepada abg yg sulong nak tanya mcm mane proses nak tukar name pada geran sbb geran lame masih name arwah ayah.berapa jos duti setem kalau tanah nilainye lebih kurang 50k.betul ke proses dpr geran dlm mase seminggu?harap dapat membantu.ade yg ckp duti setem sampai 5k.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumusalam.
      terima kasih sudi singgah sini.

      untuk makluman sahabat, berdasarkan pengalaman saya berurusan dgn pjbt tanah....Sahabat kena minta abg yg sulong tu pergi ke pjbt tanah dan isi form yg diperlukan (isi nama adik beradik yg masih hidup seeloknya, yg meninggal abaikan jika ada) serta bawa bersama salinan geran dan surat dari pejabat pusaka. jika tiada apa-apa masalah berkaitan dokumen yg dikemukan kepada pejabat tanah, insyaAllah nanti pjbt tanah akan panggil kesemua nama yg dikemukan pd borang utk proses PENOLAKAN dari adik beradik di depan pegawai pejabat tanah. biasa after proses tu dalam 2 week - 1 month dah boleh tukar nama tu pada geran dari arwah ayahnya kepada abg yang sulong tu.

      Duti setem tak banyak yang perlu di bayar. Urusan saya hari tu pun dalam 6 ratus lebih je, bergantung pada penilaian LHDN. Macam saya tempohari, tanah tu berstatus tanah pertanian. penilaian dalam RM40K. Kebiasaannya, yang jadi banyak kena bayar jika tanah berstatus kediaman\pembangunan.

      Well, harap komen saya ni sedikit sebanyak dapat membantu sahabat.

      Delete
  2. salam...
    sy nak tanye juga berkaitan tanah ni.
    dalam geran tanah tu milik ibu mertua sy dan adik beradik beliau.
    jadi jika sy ingin membina rumah di atas tersebut menggunakan loan kerajaan,
    1) adakah geran perlu ditukar ke atas nama sy @ hanya perlu menambah nama saya di dalam geran?
    2) apakah dokumen yang diperlukan utk urusan di pejabat tanah?
    3) adakah semua nama yang terdapat di dalam geran perlu hadir bersama2 ke pejabat tanah?
    4) berapa bayaran untuk proses ini? ribu @ ratus
    untuk pengetahuan tuan, tanah ini adalah tanah pertanian.
    maaf la sebab banyak tanye.. puas dh menggoogle... hehe..
    j

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam.
      Terima kasih sudi singgah komen sini.
      Well, saya jawab apa yang saya tahu and memalui pengalaman saya la yer.

      1. Geran perlu ditukar ke atas nama Aqilah sekiranya Aqilah nak buat loan kerajaan. Sebab nanti, geran tu kita akan cagar pada bank CIMB (loan kerajaan sekarang ni melalui CIMB bank)

      2. Dokumen yang diperlukan dipejabat tanah tak banyak jika urusan tukar nama tu tak melibatkan banyak penama. just,
      - Bawa geran
      - Isi borang tukar nama yang ada dipejabat tanah
      - IC asal dan salinan IC Aqilah dan mertua

      3. Semua penama yang ada perlu hadir rasa sebab melibatkan ibu mereka untuk pindah milik pada Aqilah.

      4. Bayaran tak banyak. Tak sampai seribu pun tukar nama sebetulnya. Cuma yang jadi mahal sikit maybe masa dekat LHDN dimana tanah tersebut akan dinilai dulu. Kalau bayar pun dalam 2 3 ratus kot. Saya dulu pun dalam 2 ratus lebih rasanya. Bergantung pada nilaian tanah tersebut. Taniah pertanian lagi murah kena bayar LHDN nanti. Bayar tukar nama berapa sangat je pun. Tak sampai la ribu riban. Ratus² ringgit je yang saya kena dulu.

      Untuk pengetahuan Aqilah lagi, untuk buat loan kerajaan, kalau atas geran tu 7 penama termasuk nama Aqilah, loan tak kan lepas. Bank dia nak atas geran tu nama Aqilah sorang je. Well kalau ini berlaku macam mana Aqilah nak buat? :D Saya ada caranya....nanti saya story. Buat sementara ni, tukar nama dulu. :)

      Delete
  3. Enter your comment...assalamualaikum..sy nk tny psal geran tanah milik bapa sy...brape lame mase diambil dan brape kos tuk sy tambah nama sy ke dlm geran tnah tu..

    ReplyDelete
  4. Enter your comment...assalamualaikum....sy nk tny psal geran tanah milik bapa sy.brape lama proses ni dan brape kos tuk sy tambah nama sy ke dlm geran tnah tu.

    ReplyDelete
  5. Salam en amir..mintak pendapat jgk..geran atas nama ibu sy..skrg dia nak buat penama atas geran utk 3 beradik..soalan sy

    -camne prosedur penamaan geran?xsama dgn pertukaran geran atas nama adik beradik?

    -jika xsama..adakah kami perlu ke pejabat tanah utk utk next prosedur iaitu pecah geran?adakah semua beradik perlu ad smasa proses tersebut?

    -sy ingin buat loan kerajaan utk rumah di tanah ibu..ape perlu sy buat memandangkan skrg hanya penama pd tanah tersebut?
    -apa itu geran kongsi?

    Maaf banyak bertanya...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, berapa lama masa diambil untuk LHDN keluarkan surat makluman dan dlm tempoh berapa hari pula perlu untuk dijelaskan? skg saya dah menunggu lebih 20Hari masih belum sampai lg surat LHDN tu.
    Terima Kasih

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.