Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 14 August 2016

4 Jenis Ujian Dajjal Ke Atas Umat Manusia | Peringatan Surah Kahfi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


4 jenis ujian Dajjal ke atas umat manusia | Di dalam al-quran dan hadis Nabi SAW telah dinyatakan dengan jelas betapa dasatnya fitnah di akhir zaman yang di bawa oleh Dajjal untuk menyesatkan umat manusia agar bersekongkol dengannya dalam menyekutukan Allah SWT. 


Di dalam surah Kahfi sendiri telah dinyatakan tentang Dajjal dan akhir zaman. Sebab tu la, untuk mengelak akan fitnah Dajjal kita digalakkan menghafal dan memahami surah kahfi

Di dalam surah Kahfi secara ringkasnya ada empat jenis ujian yang Dajjal cubakan ke atas umat manusia. 


1. Ujian Aqidah - umat akhir zaman boleh mengambil iktibar dari tindakan pemuda-pemuda yang apabila diasak oleh pemerintah, telah melarikan diri bersembunyi di dalam gua semata-mata kerana berusaha menyelamatkan aqidah mereka. Jika terkepit, demi mempertahankan aqidah, kalau perlu, pergi ke hutan dan gigit kayu sampai mati.
2. Ujian harta benda - umat akhir zaman boleh mengambil pengajaran dari kisah pemilik dua kebun yang kedekut dan terlampau sayangkan harta sampai tidak mahu bersedekah/ mengeluarkan zakat. Dajjal nanti diberi kemampuan oleh Allah untuk menghentikan hujan atau menurunkan hujan dan menggoda manusia dengan ujian harta benda. Mereka yang mengikutinya akan hidup senang lenang, mana kala mereka yang tidak mahu mengikutinya akan hidup susah dan merana. Orang yang hatinya berpaut kepada akhirat tidak akan mudah tertipu dengan ujian harta dunia. Pesan nabi saw, apa yang nampak api sebenarnya air sebab segalanya akan kelihatan berlawanan sewaktu kita teruji dengan tipu daya Dajjal. 
3. Ujian ilmu pengetahuan - umat akhir zaman boleh belajar dari kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir yang telah dikurniakan ilmu laduni (ilmu yang didapati tanpa belajar). Akhir zaman akan diuji dengan kepesatan ilmu pengetahuan/kemajuan teknologi. Mereka yang mudah terpana dengan kemajuan teknologi boleh jadi akan mudah tersesat jika tidak beringat dan menghubungkan segalanya dengan Allah Taala.
4. Ujian kekuasaan - umat akhir zaman boleh mengambil tauladan dari kisah Zulqarnain. Dajjal nanti akan menguasai sebahagian besar dunia. Zulqarnian menguasai sebahagian besar dunia tetapi itu tidak menjadi alasan baginya untuk tidak mentaati Allah.
Ujian² Dajjal ini bukan sahaja akan kena pada orang² jahil malah ia juga bisa terpalit pada golongan² yang mempunyai ilmu agama. Begitulah betapa dasatnya fitnah Dajjal ini yang diterangkan di dalam Al-Quran dan hadis Nabi SAW. 

Sebagai umat Islam, kita perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri untuk menghadapi Dajjal sebagaimana yang disarankan dalam ayat² di dalam surah Al-Kahfi.

Di zaman kita sekarang, lihat dan renungkanlah dengan mata hati betapa benih² fitnah Dajjal itu sedang tumbuh melata dan berkembang biak dengan cukup pantas. Nauzubillahiminzalik. Mudah²an kita dan ahli keluarga kita tidak termasuk dalam golongan yang terkena fitnah Dajjal. InsyaAllah. Ameen.

Ayuh! tekadkan diri kita untuk menghafal dan memahami surah Al-Kahfi.
Ayuh! ajaklah keluarga kita, saudara mara kita dan sahabat handai kita serta seluruh umat manusia agar menghafal dan memahami isi surah Al-Kahfi.
Ayuh! bentengilah diri kita dari dibelenggu fitnah Dajjal.
Ayuh! sebarkan kepada semua ujian² Dajjal ini. 

Fi hifzillah gais.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-



Saturday, 13 August 2016

'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة





'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah | Teknologi sekarang ni dah canggih. Rata² penduduk Malaysia adalah pengguna smartphone (telefon pintar). Ekoran dari itu, Kemeterian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan satu sistem komunikasi yang dikenali sebagai 'Sync' sebagai medium komunikasi elektronik rasmi jabatan² (JPN/PPD/Sekolah) dibawah kementerian tersebut.

Sebarang maklumat dan informasi terkini tentang pembelajaran dan pembangunan anak², aktiviti sekolah dan PIBG akan dihantar terus ke telefon pintar melalui 'push' notification. Selain itu, pihak sekolah juga dapat berhubung terus dengan ibu bapa sekiranya berlaku sebarang kecemasan berkaitan anak² semasa di sekolah.


Jadi, kepada korang semua yang ada anak² di bangku sekolah tu elok sangat la kalau install aplikasi 'Sync' ni dalam smartphone memasing. Korang boleh baca komen² tentang penggunaan aplikasi 'Sync' ini kat SINI.

Kekadang, benda baru ni susah sikit penerimaanya. Walau bagaimanapun, harapnya seluruh warga Malaysia dapat menggunakan sistem 'Sync' ini untuk berkomunikasi dengan guru dan pihak sekolah demi kecemerlangan anak². Sistem ini pun masih baru lagi, mesti ada kelemahan dan kekurangan dia. Harap kita tak mencari kelemahan dan kekurangan yang ada tetapi melihat kebaikan yang ada.

Well, tunggu apa lagi. Install la aplikasi 'Sync' di telefon pintar korang. Jangan lupa war² kepada sedara mara, sahabat handai dan orang² kampung korang tentang penggunaan 'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi di sekolah.

Kemajuan yang dicipta oleh barat boleh kita ambil, tetapi kesesatannya jangan sesekali kita ikut - Ustaz Azhar Idrus
Thanks gais sudi baca entri ni.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.