Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 1 December 2012

Bersangka baiklah dengan Allah


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selamat menunaikan ibadah solat buat sahabat Muslimin dan Muslimat abg long semua. Entri ni takdak apa pun yang abg long nak perkatakan. Just nak share gambaq yang abg long shoot di Pantai Telunjuk, Kemaman Terengganu baru-baru ni ja.

Gambaq ni abg long amik seusai subuh. Perjalanan dari kaurters tempat penginapan abg long ke lokasi mengambil masa lebih kurang 45 minit waktu Malaysia. Jadinya, untuk mendapatkan result yang best dengan keadaan sunrise yang comei macam gini terpaksa la gerak seawal jam 5 pagi dan solat subuh diperjalanan.

Memang cantik dan indah alam ciptaan Tuhan ini. Dia ciptakan khas buat kita hamba2-Nya .....agar kita menghargai alam dan sedar akan kekuasaan-Nya. 


Begitu juga dengan apa jua yang berlaku dalam hidup kita. Segalanya telah direncanakan oleh Dia dengan cantik dan indah buat kita. Cuma, kita sahaja kekadang yang lupa......alpa dan leka dengan nikmat anugerah-Nya.

Pernah suatu ketika di dalam hidup, kita tercari2 tujuan hidup setelah puas bermaksiat kepada Allah. Itulah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, biar sebanyak mana dosa kita, rahmat Allah mengatasi kemurkaan-Nya.

Jadi, bersangka baiklah dengan Allah SWT.

Barakallah fiikum.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Muharram & Bubur As-syura

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kebiasaanya bulan Muharram di Kelantan akan disambut meriah dengan majlis bergotong-royong menyediakan bubur syuro (bubur as-syura). Saban tahun program seperti ini dijalankan dengan penuh meriah dan pemuafakatan. Jadinya, bulan Muharram ni kiranya dah sinonim la dengan bubur syuro. Asal bulan Muharram je buat bubur syuro......Asal buat bubur syuro mesti bulan Muharram.....HaHaHa....

Masa abg long kecik2 dulu memang meriah sakan la program ni. Satu kampung berpesta-pestaan. Dari yang muda sampai ke tua...dari yang kecik sampai la yang besaq, semuanya pakat2 keluaq duk sumbang bahan keperluan dan menzakatkan tenaga.

Bagi abg long, penyediaan bahan untuk buat bubur syuro ni memang rumit. Bukan sikit bahan yang diperlukan. Macam-macam bahan yang dibuang dalam kawah semasa nak membuatnya. Beras, bawang, daging, kekacang, gula, garam....hmmmm......memang banyak gila ah. Malas abg long nak text kat sini. Kalau sapa2 nak resepi dia boleh la mesej abg long. InsyaAllah, abg long usahakan resepi tersebut dari orang2 lama khas untuk angpa.

Memasak bubur syuro ni bukan sedikit masa yang diperlukan. Makan masa berjam-jam lamanya. Boleh bikin hangit ketiak duk mengacau bubur ni taw. Bubur ni memula dimasak memang ringan dan best kacau dia. Tapi, bila dia dah mula mengering dan pekat......mak datuk belah bapak tiri ang, punya la dia likat......lenguh tangan macam nak tercabut duk mengacaunya dalam kawah tu. Pendek kata tak payah pergi gim nak lengan berketul macam blogger Ben Ashaari tu ha.....Waaakakakaka.....Kalau tak sabaq memang lingkup bubur tu dikerjakan...HaHaHa...



Kat Kelantan bubur syuro ni di masak dalam sebuah kuali besaq yang di panggil kawah. Sudip untuk mengacau dia pun bapak punya panjang.....mengikut kata Pak Akob (memang nama sebenar), sudip untuk mengacau bubur syuro dibuat panjang sebab nak elakkan bubur yang menggelegak tu dari lompat si katak lompat ke arah orang yang duk mengacau.....Kalau kena, bukan sikit punya sakit duk ada.



Penyediaan bahan buat bubur syuro ni selalunya dilakukan oleh orang perempuan. Orang lelaki cuma jadi tukang mengacau buburnya sahaja. Semasa orang laki2 duk masak bubur syuro, orang perempuan pula akan sibuk sekali lagi bagi menyediakan menu makan tengahari. Semuanya dilakukan secara wonderpets......HaHaHa....Ini la lebihnya orang kita.....terutamanya di kampung2 dan di desa2. Kat bandar bukan tak ada, cuma jarang2 kita jumpa.





Kebiasaannya program menyediakan dan memasak bubur syuro ini dijalankan di kawasan surau atau masjid. Senang buat kat kawasan macam gini.....pakat2 duk masak bubur lepas tu pakat2 juga solat bersama bila masuk waktu......Bila semua dah masak, pakat2 juga la makan.....semuanya dilaksanakan secara berjemaah....Memang terbaik la.....HiHiHi..

Tapi kan, abg long duk perati tengok budak2 muda kita sekarang kurang gemar nak join aktiviti macam gini. Tak ramai yang keluar menunjukkan muka dan menyumbangkan tenaga. Ntah la, mungkin globalisasi telah menghakis jati diri muda mudi.....Bagi abg long la kan, tiada yang baru jika tiada yang lama. Jika orang lama dah tiada, kita yang muda ni la penyambung warisan yang ada. Betul tak?

Sedap ke makan bubur syuro ni? Ntah la.....abg long ni walaupun dah lama diasimilasikan dengan bubur syuro versi Kelantan tekak tetap kurang dapat menerima kehadirannya. Kalau seketul dapat lepas masuk pun dah syukur alhamdulillah....


- Acuan bertambah pekat dan likat.....tunggu kering ja lagi.
Ini la bubur syuro versi Kelantan yang dah siap di masak
Apa tunggu lagi? Jemput makan semua....
Opppssss......Jemput tengok semua...HiHiHi...
Bagi abg long, bukan best dan sedap rasa dia yang utama......bukan juga dapat makan banyak bubur syuro dijadikan agenda mulia.....Bagi abg long, permuafakatan warganya yang paling utama. Di situ kita dapat lihat betapa indahnya Islam duk ada.

Selamat meraikan bulan Muharram dan selamat makan bubur syuro.

Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.