![]() |
Rangka karangan |
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka kita tidak akan lahir ke dunia ini. Kasih sayang mereka kepada kita tidak terbanding seisi dunia. Mereka sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagaan anak-anak mereka. Oleh sebab itu, kita haruslah bersyukur mempunyai ibu bapa kerana tidak semua orang mempunyai ibu bapa. Maka wajarlah kita, sentiasa berusaha untuk mengembirakan hati kedua ibu bapa kita.
Semua ibu bapa merasa gembira seandainya kita dpat menolong mereka. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja rumah, menyiram pokok-pokok bunga dan mendidik adik-adik. dengan itu, kita dapat merigankan beban ibu bapa dan ini tentu sahaja mengembirakan hati mereka.