بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Jumaat last week sebelum bertolak balik ke Perak pi jalan2 cari bekpes. Kedai yang satu nih mesti jadi terjahan perut dan anak tekak abg long. Macam tak perfect balik bercuti ke Kelantan kalau tak singgah kedai ni.
Warung Su ni memang ohsem. Setiap kali balik mesti singgah.....Setiap kali singgah mesti fullhouse. Setiap kali fullhouse dah tentu tokey dia yang masyukkkk....costumer masuk gak, masuk warung dan masuk nasi kerabu dalam perut je la...HaHaHa....
Apa yg pasti, nasi kerabu warung Su memang sedap. Ayam bakaq dia fresh dari panggang. Boleh berasap mulut kalau tak reti kawal nafsu makan...HaHaHa....Lagi satu sebab warung ni jadi pilihan abg long sebabnya tepi jalan, senang nak mai...senang nak parking. Tapi kalau time2 cuti sekolah atau cuti umum mau gak ketat jiwa nak dapat parking kat warung nih. Jadi, kena la banyak bersabaq.
Kebersihan? Kalau tak bersih takdak nye abg long nak lepaking sini. Lepas tu, harga dia pun berpatutan. Selain ayam bakaq, daging bakaq pun ada. Angpa tak makan nasi kerabu? Jangan bimbang, nasi putih berlambak2 duk ada. Ayam bakaq dan daging bakaq memang best. Sedap sehingga menjilat jari. Menjilat jari itu kan sunnah Nabi. Betui dak?? HiHiHi
Segar dari panggang |
Muka mengantuk tahap gaban ayahanda abg long ni sebelum perkena nasi kerabu |
Tetiba muka beliau jadi ceria setelah kekenyangan membedal nasi kerabu sepinggan...HaHaHa |
Kepada sobat2 yang akan bertandang datang cuti-cuti 1Malaysia ke Kelantan elok rasanya google awai2 letak duduk warung nih, in sha Allah dapat mengisi kekosongan perut di waktu pagi.
Abg long WAJIB datang bekpes sini walaupun bukan hari2.
Abg long WAJIB datang bekpes sini walaupun bukan hari2.
In sha Allah, nanti menyusul kisah percutian abg long di Perak, Penang dan Kedah sebelum abg long sambung cuti ke Kelantan semula dan Kuala Besut, Terengganu. Sekarang ni tak boleh nak online blog sangat, nak teks guna smartphone memang abg long malas. Besaq jari dari keypack. Nantikan banyak pula typing error.....GAGAL Sijil Pelajaran Malaysia pula blogger ni orang duk kata....KahKahKah
Apa pun terima kasih kat angpa coz sudi singgah baca coretan abg long yang tak seberapa nih.
Jazakallah.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
ya Allah, rasa nak pengsan tengok ayam bakar tu... huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... lapo2... XC
ReplyDeletetibe2 lapa pulak ! haha !!
ReplyDelete