السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Selamat pagi buat Si Kacak dan Si Cantik sobat2 sepermainan alam maya yang ohsem. Kabare kamo? Harap semuanya waras2 sahaja....pehhhh....long time no see abg long kan? kan? kan? ^_^...
Semenjak dua menjak jadi bermenjak-menjak nih, punya la semput pankreas dan ketat ginjal abg long dengan segala macam tugasan....formal dan unformal. Macam2 yang dibuat, macam2 dilakukan, sampai nak bercintan-cintun dengan blog kesayangan pun terpaksa ditangguhkan. Nasib.....Nasib.....Tapi takpa la kan.....Kan duk bertenet dengan blog 25 jam sehari ada pula insan-insan yang terbusan menadah otak kiri membaca entri ntahapaapantah abg long nanti.
Jarang online dan hupdates blog ok wat? Mana la tahu kan, kot2 ada yang rindu-rinduan pada merapu-meraban-meroyan abg long ni ha.....Bak kata orang lama-lama, "Sayang facebook on2 kan, sayang blog tinggal-tinggalkan"....haaaa gitu! Sedap doh....HaHaHa.... Tapi kan, yang sebetulnya abg long MENCARI MASA...
Pagi nih abg long nak kongsi berita gumbira la dengan angpa semua....Ini betol2 taw. Bukan cobaan. Berita sedih buat pa nak share kan? Dan, cerita ini tiada kena mengena dengan share at topup ke apa? HaHaHa.....*berapa banyak mau gelak daaaaaaaaaa
Ok, straight to the point.....Angpa kenai tak Farah Lee? Kalau angpa dak kenai dia angpa memang jakun.....paling koman pun angpa nih spesis frog under a coconut shell....Haaaaa ko, kan abg long dah speaking London berterabur-berasap-berselirat....^_^
Farah Lee dan Ally Iskandar |
Berbalik kepada Farah Lee isterinya Ally Iskandar ni. Beliau telah pun selamat bergraduasi di Inha University of Korea. Taniah abg long ucapkan buat beliau. Beruntungan beliau dapat menimba ilmu dan mengutip pengalaman hidup di bumi Korea sana. Abg long ada juga cangkul dan tanam cita2 nak melanjut pelajaran ke Korea setelah mengadap cerita Korea sampai lebam, nak juga merasa kebestan seperti Farah Lee, tapi apakan daya.....Abg long mana mungkin menjadi mahasitua.....HaHaHa...
Kepada angpa yang nak tahu perkembangan beliau dengan suami tercinta.....tentang kehidupan, tentang kerjaya, tentang anak....anak? tentang apa sahaja pasal beliau angpa boleh terjah muka buku beliau DISINI dan blog beliau DISINI.
Abg long suka gambaq ni....bokeh dia memang ohsem. Apakah itu bokeh? Taw dak? tak taw abg long nak bagitaw... Kalau dah taw tak payah la kot abg long bagitaw |
Sekali lagi taniah abg long ucapkan buat Farah Lee di atas majlis graduasi beliau. Lepas ni boleh la beliau dan Ally berkira2 untuk mengundang 'orang ketiga' dalam kehidupan berumahtangga....HiHiHi....
Semoga pasangan ini dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam peliharaan Allah swt selamanya.
Jazakallah.
Photo: Rembat SINI
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
wahhh tahniah!!!!!! comel je isteri Ally Iskandar.. memang sngt sesuai dengan Ally... heheheh
ReplyDeletewaahh tahniah kak farah lee... comey sgt... suka tgok pix2 konvo dia..
ReplyDelete