AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 13 August 2016

'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة





'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah | Teknologi sekarang ni dah canggih. Rata² penduduk Malaysia adalah pengguna smartphone (telefon pintar). Ekoran dari itu, Kemeterian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan satu sistem komunikasi yang dikenali sebagai 'Sync' sebagai medium komunikasi elektronik rasmi jabatan² (JPN/PPD/Sekolah) dibawah kementerian tersebut.

Sebarang maklumat dan informasi terkini tentang pembelajaran dan pembangunan anak², aktiviti sekolah dan PIBG akan dihantar terus ke telefon pintar melalui 'push' notification. Selain itu, pihak sekolah juga dapat berhubung terus dengan ibu bapa sekiranya berlaku sebarang kecemasan berkaitan anak² semasa di sekolah.


Jadi, kepada korang semua yang ada anak² di bangku sekolah tu elok sangat la kalau install aplikasi 'Sync' ni dalam smartphone memasing. Korang boleh baca komen² tentang penggunaan aplikasi 'Sync' ini kat SINI.

Kekadang, benda baru ni susah sikit penerimaanya. Walau bagaimanapun, harapnya seluruh warga Malaysia dapat menggunakan sistem 'Sync' ini untuk berkomunikasi dengan guru dan pihak sekolah demi kecemerlangan anak². Sistem ini pun masih baru lagi, mesti ada kelemahan dan kekurangan dia. Harap kita tak mencari kelemahan dan kekurangan yang ada tetapi melihat kebaikan yang ada.

Well, tunggu apa lagi. Install la aplikasi 'Sync' di telefon pintar korang. Jangan lupa war² kepada sedara mara, sahabat handai dan orang² kampung korang tentang penggunaan 'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi di sekolah.

Kemajuan yang dicipta oleh barat boleh kita ambil, tetapi kesesatannya jangan sesekali kita ikut - Ustaz Azhar Idrus
Thanks gais sudi baca entri ni.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.