Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 2 January 2014

i'm back

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah.....dah banyak lama jeamri aku tak singgah menari2 kat blog kesayangan aku ni. Kerinduan untuk merapu...meraban dan meroyan tu ada. Tapi sedikit sahaja waktu yang tersisa. Banyak hal diri yang perlu aku santuni......banyak cerita ceriti ceritu yang tak dapat nak aku kongsi rasa sesama kita. 

InsyaAllah, ditahun 2014 ni banyak planning yang ada dalam kepala. Untuk blog ni pun ada NKRA yang aku sasarkan. Pelan strategik telah pun aku rangka. Mungkin aku akan teruskan agenda yang terbengkalai untuk blog ni pada tahun ini. Aku akan cuba buat penambahbaikan  dari masa ke semasa. Mungkin sebelum ni seminggu satu entry, jadi untuk tahun ni aku cuba la buat jadikan kepada dua entry.....HiHiHi....ok la tu kan? Sikit2 lelama jadi bukit.....HaHaHa....korang sabar je la yer...

Aku juga plan nak sambung balik cerita tentang 'kisah itu'. Sebuah cerita lama, untuk kita hayati bersama. Aku harap Dia bisa bagi aku sedikit ruang walaupun tahun ini jadual seakan tiada kelapangan. Sesak nafas mungkin akan bertandang datang, tapi aku akan cuba create juga 'kisah itu', sebelum aku dibatas oleh waktu.

Ramai juga yang bertanya, kemana menghilangnya aku......Sebenarnya aku tak hilang.....Aku sekadar menyepi. Melayan sekeping hati dan bermuhasabah diri (ayat jiwang tak boleh blah...HaHaHa...). Kalau korang ikuti fan pages aku yang konon2 hot tu, sebenarnya aku ada sahaja. Cuma keaktifan aku sedikit terbatas. Banyak punca ketakaktifan aku tu. Kalau nak tulis kat sini mau panjangnya berjela-jela batu nautika. Jadi aku amik pendekatan yang lepas biarkan pergi jahanam.....HeHeHe...boleh ke cengitu?? Nanti la yer,   kalau larat aku nak merapu nanti aku conteng la kat blog ni.

Untuk tahun 2014 ni, jika umur panjang...aku dengan partner aku bercadang nak lebarkan projek photography yang aku tengah gilakan sekarang ni. Jika Dia izinkan aku ingat nak sambung study....Aku berhajat nak sambung master dalam education. Sekarang ni tengah usya port paling ohsem untuk aku sedut ilmu dari mereka2 yang berilmu. Korang ada idea??Harap2 Dia permudahkan cita2 aku ni. Ini antara plan paling mega tengah aku usahakan. Harap2 salah satu darinya menemui jaya. Kalau ikut banyak yang aku plan and save kat serebrum aku untuk tahun 2014 ni. Buat masa ni cukup kot untuk dua benda ni dulu aku bagi tumpuan lebih sikit. Bukan apa, takut jadi macam orang2 lama kata..."yang dikendong tak dapat, dikejar berciciran".....naya wei jika berlaku....

Banyak keputusan-keputusan besar yang perlu aku buat dalam hidup aku tahun 2014 ni. Banyak juga masalah yang datang kendian hari yang perlu aku santuni dengan hemah diri. Semuanya seakan-akan mencabar merah sekeping hati.

Aku tahu banyak yang lelah hati dan lelas diri dengan kesengalan aku lewat waktu2 dulu. Tapi apa boleh aku buat, nasi dah jadi arang.....kalau jadi bubur boleh juga dimakan. yer la kan, macam mana aku tak buat korang tak lelas hati dan tak lelah diri....datang2 jer mai singgah sini entri ntahapaapantah duk bertepek sana sini....entri ni pun kategori sengal abadi kot....KiKiKi....

Rasanya cukup kot untuk kali ni. Sebagai edisi come back dan takruf dari aku yang dah banyak lama menyepi dari dunia blogging ni. 


Kepada korang yang suka melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi boleh la skodeng hasil rakaman lensa kumira murahan aku yang nubis ni kat flikr Amir Aiman Akashah dan 500px Amir Aiman Akashah.

Kepada yang bertanya pasal Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian KSSR tu aku minta maaf sebab apa yang ada kat blog ni itu sahaja yang aku terdaya. Aku tak sempat nak updates coz Cik Digi yang comei itu cuba berkonfrantasi dengan aku sebulan dua ni.

InsyaAllah aku akan cuba adakan dan share dengan rakan pendidik dalam masa terdekat ini bahan2 untuk pnp nanti.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.