السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Dapat satu komen pada satu entri yang pernah aku terbitkan berberapa bulan yang sudah. Entri tu bertajuk dot dot dot (tak payah cerita la erk...korang boleh rujuk gambar kat bawah). Baguih komen yang aku terima tu, berbentuk nasihat dan peringatan.
Komen sahabat tersebut berbunyi, "Jangan letak gambar bogel itu haram tau ingat kiamat" (rujuk gambar).....walaupun ayat tu sedikit berterabur dengan tanda baca yang tak kena tapi aku rasa mesej dari komen beliau tinggalkan tu semua orang paham (termasuk aku).
Memang benar apa yang sahabat kita katakan tu, aku sedikit pun tak salahkan apa yang dia tulis. Kalau tengok dekat media2 sosial sekarang ni.......mak aiiihhhh.....boleh bikin kornea jadi pusing2 macam gasing. Terasa kejantanan tercabar sangat2.
Posing maut tak payah cerita. Meleleh air liur dengan air hidung tertengok (bukan nak tengok pun tapi tak sengaja) gambar2 yang di upload. Ye la kan, suka hati la nak dressing....kubur masing2.....begitu kot? Memang kubur masing2...tapi kalau kubur ngko nanti duk sebelah aku...tiap masa tiap waktu ngko meraung kena bantai dek malaikat tak ke dah menganggu ketenteraman aku sebagai oarang awam yang menghuni kubur sebelah ngko. Haru baq ang!
Jadi, tak ke itu dah menyusahkan khalayak waima masa tu dah pun register jadi penghuni kubur.....tobat ketat jiwa rasa....Jadi, apa yang kita post kat media sosial....baik artikel atau gambar, tetap menjadi saham buat kita diakhirat kelak. Betul tak aku cakap ni?? Kalau tak betul sila perbetulkan aku yer....
Berbalik kepada sahabat tadi, aku respek atas komen dan nasihat dia tu. Aku ambil sebagai pedoman untuk aku berkarya dan berblogging. Cuma aku sedikit suspek dengan dia, sebabnya aku rasa dia tak baca abis pun entri gambar bogel pelajar sekolah yang aku postkan tu.
Korang nak tau, korang kena la terjah baca. Malas aku nak buat karangan pepanjang ulas pasal entri gambar bogel pelajar sekolah yang dah lama bertepek kat blog ni.
Bila dah baca tu jangan lupa like atau share....supaya semua mahkluk seisi planet bumi ini tahu kewujudan gambar bogel pelajar sekolah. Dan, jangan segan silu tinggalkan komen pada entri yang korang singgah kerana sesungguhnya komen korang adalah makanan ruji bagi aku seorang kaki blogging selain ayam kentaki.
Jazakallah.

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.