Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 16 August 2012

Angpa Tak Kisah Tapi Aiman Kisah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sekadar merapu+meraban+meroyan dipetang hari sementara menunggu waktu berbuka puasa.

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.

5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, masih ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut. Tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.

10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak....tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

12. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

13. Orang kita terlalu mengagung2kan drama korea. Sanggup berabis duit dan berabis masa nak tengok cite depa. Tapi org korea tak tgk pun drama melayu kita.

14. Orang kita (melayu-islam) sanggup berpusu2 menyesakkan pasaraya utk beli persiapan hari raya. Tapi, 10 malam terakhir orang kita jadi alpa dan terlupa lailatul qadar banyak fahidlatnya.

15. Angpa terjah blog ni angpa dah klik belum tang Diari Join Me | You Are My Friends?. Ini la silap banyaknya org kita bila sombong dalam berukhuwah dan bersiratulrahim.

16. Angpa pikiaq la sendiri na....Abg long nak kemas2 barang nak balik kampung daaaaa...^^

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Jom Jadi Perogol Dikagumi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Aduhaiiiiiiiiiiiiiii....ngeri je bila baca tajuk entri abg long kali ni kan? Sebelum angpa komen dan share entri ni kat muka buku angpa ada eloknya angpa baca perabis dulu entri ini. Lepas tu angpa pikiaq la pakai kepala otak. Jangan pula angpa duk pikiaq pakai kepala lutut. Nanti abg long lutut kepala angpa baru taw. Angpa dah get ready ka nak terjah entri ni sampai lumat?

Jom...jom.....jom ketatkan serembrum meh. Dipetik dari akhbar Sinar Harian
PUTRAJAYA - Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.

Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009.

Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya.

Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.

Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin -Bernama
Angpa faham ka dak dgn tajuk dan berita yg abg long tampal tu? kalau angpa tak faham meh cni abg long nak story lagi. Untuk pencerahan minda angpa yg berjelaga dgn asap pelita mlm tujuh likur tuh ha.

Abg long nak tanya angpa, konon2 abg long ni seorang atlet sabit kesalahan merogol gadis bawah umur. Dalam court abg long didapati bersalah dan hanya didenda dgn duit dan dgn syarat berkelakuan baik. Antara sebab hukuman sedemikian yang diberi oleh tuan majistret, abg long adalah atlet mempunyai masa depan yang cerah. Budak perempuan yg kena rogol tu tak ada masa depan kot...Kesian budak tu kena rogol dgn abg long kan? hahaha ^^

Angpa faham dak ni? Kalau tak faham meh sini abg long kasi pencerahan minda kuasa dua kat angpa. Info kat bawah ni abg long rembat kat SINI
Pertama

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

What this? masuk mahkamah and then kau dijatuhkan kesalahan merogol tapi just kena bayar denda dan berkelakuan baik. Kalau kes ni dibagi kepada orang2 kurang cerdik rasanya tak akan keluar hukuman macam ni, maksud aku hukuman ni tak adil!

Kedua

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

Habis tu perempuan tu tak ada  masa depan yang baik? apa kau merepek ni, sejak bila kau ada ability boleh meramal masa depan orang.

Raus= Hakim islam (based on nama)
Hisyam = Peguam islam
Mangsa=  Islam
Perogol = Islam
Majoriti penduduk = Islam
Pemimpin = Islam
Undang-Undang = TAK ISLAM!

Lu pikirlah sendiri~

Ketiga

Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009.

ok, kau mengaku bersalah merogol sebab ikut law of the jungle, jika kau making 'love' dengan perempuan bawah umur itu dipanggil merogol.

Keempat

Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.

Merogol atau berzina tak dapat pengecualian daripada dijatuhkan hukuman. Ni la jadi bila tidak menggunakan undang-undang syariah, if both of them mengaku berzina so jatuh hukuman atas alasan berzina.

Kelima

Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.

Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Ok, paper Sinar Harian cuba nak menunjukkan pesalah banyak berjasa kepada negara dalam bidang sukan. This statement is totally rubish.
- Inilah wajah perogol yang mempunyai masa depan
NotaDiari:
Bandingkan kesalahan lempar selipar ke arah hakim dan kesalahan merogol...Nampak nya lempar selipar lebih berbahaya di Malaysia.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.