Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 2 December 2012

D e r m a g a C i n ta

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Siang tadi renyai hujan turun membasahi seisi bumi di wilayah ini. Terasa indahnya dingin udara yang menerpa muka.......menerawang akal mencari bait-bait kata untuk disulam sebagai persembahan sebuah rasa. 

Sepanjang hari ini melayan busan yang bersarang dengan mengadap laptop dan godek2 stok gambaq yang ada dalam simpanan. 

Di awal pagi ni, di blog serba oranje ini....abg long nak berkongsi dengan angpa semua penerjah tegar blog abg long sebuah kisah serta indah lukisan alam ciptaan Tuhan. 

Gambaq bawah ni abg long shoot semasa outing bersama rakan2 di Kuala kemaman, Terengganu. Bila tengok keindahan alam ciptaan Tuhan hati terasa lapang. Betapa besarnya anugerah Tuhan.

- Macam bese, sila klik untuk tumbesarannya
Kat bawah ini juga ada puisi bersempena melayan merah sekeping hati siang tadi. Sambil tengok gambaq sambil layan puisi baru sweet.....Bukan abg long yang kata, tapi orang-orang disekeliling abg long yang kata....HaHaHa....Jiwang itu seni....


Demi kasih ini padamu, 
Ku pertaruhkan nyawaku...
Badai yang menyapa ku sambut dengan senyuman...
Lelas dihati ini aku hiasi bersama kuntuman doa pada Tuhan 

Hanya Dia tempat ku sandarkan cita ini
Hanya Dia tempat ku pertaruhkan cinta suci

Jika hari esok,
Tiada lagi dirimu diruang waktu ku
Cinta untuk mu tetap berlabuh di dermaga hatiku...
Bersama la kita belajar dari 'sesuatu' untuk mengenal SESUATU. Sesuatu yang boleh membuka mata hati kita dalam menilai dan mentuntasi sebuah kehidupan yang dipinjamkan. InsyaAllah...

Barakallah fiikum.



NotaDiari:
C I N T A T E T A P A D A
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Perjalanan masih jauh buat Harimau Malaya


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kemenangan perlawanan malam ni sesungguhnya gembirakan seluruh peminat Harimau Malaya. Namun harus kita ingat bahawa perjalanan bagi Harimau Malaya dan kita semua berdada lapang masih lagi berliku dan panjang. Masih ada onak duri yang terhampar sepanjang jalan. Bukan target kita Johan piala AFF Suzuki edisi 2012 semata. Tapi, kita mahu melihat mutu pasukan Harimau Malaya amnya dan mutu sukan bola sepak Malaysia khasnya kembali ke landasan yang sepatutnya. 

Kemenangan malam ini adalah permulaan langkah untuk bola sepak kita menampak lebih jauh lagi. Kita boleh bergembira dengan kemenangan ini sehingga melayakkan Harimau Malaya mara ke peringkat separuh akhir. Namun, jangan kita terlalu bergembira. Dalam bola sepak segalanya mungkin. Berpada la......jangan terlalu gembira, takut kelak kita akan dibadai kecewa. 

Di laman-laman sosial, abg long tengok ada komen2 yang menghina pasukan dan penyokong lawan. Tak kurang juga yang menghina orang sendiri. Tidak salah meraikan rasa gembira, namun jangan sesekali kita menghina dan menguris perasaan insan lain. Dosa dengan Tuhan kita boleh minta ampun dengan-Nya. Tetapi, dosa sesama manusia memang sukar buat kita untuk meminta maaf, apa lagi untuk memohon maaf dari seluruh warganya.

Kita boleh kritik orang kita. Namun, biarlah kritikan itu yang membina......nasihat yang berguna. Bukan melemparkan caci maki dan kata nista. 

Jangan kerana sebiji bola sampai merosakkan ukhuwah antara kita. Islam tak ajar pun kita bersikap demikian. 

Apa pun, syukur alhamdulillah atas kemenangan Harimau Malaya mengalahkan Garuda malam ini. Sekaligus melayakkan Harimau Malaya bertemu dengan Thailand diperlawanan separuh akhir nanti.

Abg long harap perlawanan separuh akhir nanti saintis K.Rajagopal dapat mengeluarkan formula yang lebih mantap lagi. Walaupun Harimau Malaya menang perlawanan malam ini, bagi abg long ianya tidak mengambarkan corak dan mutu yang dikehendaki. Harimau Malaya terlalu defense malam ini. Mat Yo dan Safee Sali seakan tidak berfungsi dengan sepatutnya. Corak bertahan selama 60 minit lebih malam ini hampir2 menjerat diri. Apa pun, hanya saintis K.Rajagopal lebih tahu apa yang beliau buat. 

Harap K.Rajagopal dan sekutu bolanya tidak mudah berpuas hati dengan kemenangan malam ini kerana perjalanan masih jauh buat Harimau Malaya.

Ingat, dalam bola segalanya mungkin. Tempoh 90 minit bukan satu tempoh masa yang best buat semua peminat untuk berdada lapang. Harapan peminat terlalu besaq. Bukan saja nak tengok Harimau Malaya merangkul piala AFF Suzuki tetapi lebih dari itu. Sesungguhnya maruah kita lebih penting dari sebiji piala. 

Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.