بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Dah lama tak membebel kat blog yg serba oranje ini. Sebetulnya banyak benda yg terjadi semenjak tiga minggu yg lalu dan terlalu banyak yg ingin di kongsi bersama. Namun, keterbatasan waktu serta kesulitan yg menghimpit diri membataskan jemari menari2 di keyboard ini.
- Tempat jatuh |
SWEET MEMORIES |
Jadi, demi penambahbaikkan (sekirannya tidak tersalah percaturan) maka abg long terpaksa keluar dari kedaerahan yang memula menjana pengalaman buat abg long dalam melayari dunia keguruan…..Tanah Selat Tebrau tetap dihati abg long, SJKC BAN FOO sentiasa dalam bingkai kenangan abg long untuk selamanya. Tempat jatuh lagi kan di kenangan ini kan pula tempat pertama kali memijakkan kaki dalam dunia mendidik. Namun, inilah yang dikatakan kehidupan.
Kepada sahabat2 di SJKC BAN FOO terima kasih atas kerjasama serta tolenrasi yang kalian persembahkan. Buat teman2 di Tanah Selat Tebrau, sekalung ucapan terima kasih atas budi, tunjuk ajar serta ilmu kehidupan yang kalian kongsikan. Sesungguhnya, kenangan bersama anda semua tidak mungkin abg long lupakan selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah, andai ada jodoh kita pasti kita akan dipertemukan lagi olehNYA.
Buat bintang2 hati abg long di SJKC BAN FOO…..Cintailah ilmu, hargailah guru dan hormatilah ibu bapa mu….nescaya, hidup kan sukses selalu. Semoga berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi kelak. Sesungguhnya, “TIADA YANG BERUBAH JIKA DIRI TIDAK MERUBAH”….Study Smart and don’t play2…..(^___^).
Selamat tinggal semua……berpisahlah kita buat sementara. Berpisah kita hanyalah dimata tapi bukan di jiwa. InsyaAllah…..andai ada jodoh buat kita, kita pasti kan bersua semula.
Kat bawah ni sebahagian dari warna-warna kenangan yang tidak betah hapuskan.
Kat bawah ni sebahagian dari warna-warna kenangan yang tidak betah hapuskan.
InsyaAllah, untuk masa2 akan dtg abg long akan publish tempat baru abg long duk melepak kini.
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.