Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Zulkifli Mokti.
Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini. "Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Nota Tapak Kaki:
SEJAK BILA PULA MALAYSIA MENGAMALKAN PENGUMUMAN KENAIKKAN HARGA PETROL MESTI DIBUAT OLEH PDAM?? MANA PERGINYA PM, TPM, MENTERI2 KABINET SERTA MENTERI YG MENJAGA KEPENTINGAN PENGGUNA??? ADAKAH MALAON2 INI SENGAJA MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA??? AGAR MEREKA TIDAK MENJADI MANGSA BELASAHAN RAKYAT JELATA 1MALAYSIA ATAS KENAIKKAN INI. OLEH ITU, SEEKOR KAMBING YANG TIDAK HITAM PERLU DIKAMBING HITAMKAN.
KAT MALAYSIA NI, SEMUA BENDA NAIK. HANYA SATU SAHAJA YANG TURUN.....HUJAN!.
"rakyat didahulu susahkan, pencapaian kroni diutamakan"...Y(^___^)Y
Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™
Terima kasih kerana sudi membaca
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.