Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 26 June 2010

KENANGAN


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 


Aku pernah jatuh cinta....ye ke jatuh cinta??? tahu ke aku apa itu cinta?? Ntah...aku sendiri tidak tahu. Namun apa yang aku pasti, 'rasa' itu mengalir disegenap alur darah ku, menyelinap ia pada setiap hela nafasku.....Saat beralih minit, minit berganti jam...jam bertukar hari....hari silih berganti, ia seakan tumbuh melata di sanubari....Rindu+sayang-kasih+rawan berbaur di dalam diri, gundah pun mengisi ruang hati andai insan yang dipuja menyepi diri.....Hidup tiba-tiba menjadi tidak keruan....Masa seakan mengalami sindromdown, lembab dan pelahan....Malam yang bertandang bagaikan satu bebanan, tidak sabar rasa hati menanti mentari pagi muncul lagi. 

Ye...aku juga juga seperti kalian....penah mendakap cinta, penah bahagia dan gembira...Tika itu, hidup seakan di warnai ceria......Dunia ini seolah bersadur gembira sepanjang masa....Ye, Aku penah mengharungi kepayahan untuk memenangi trofi merah hati kepunyaan 'Si Bidadari'.....Dengannya aku mengenali apa itu 'cinta'......Namun, tidak semua indah yang kita sulami dimimpi berakhir dengan realiti yg manisnya kita nikmati sepanjang hidup yang kita lalui.....Tuhan telah merencana segala buat hambanya. Cinta yang hidup dalam jiwa mati jua akhirnya.......... kerna janjiNYA, DIA betah menguji kita...Tidak penah aku sesali, tidak penah aku merasa rugi bila mana DIA menghadirkan rasa cinta dalam hati ini....Aku tahu DIA sedang merencanakan yang terbaik buat ku.....Aku ingin sekian kali merasai hadirnya cinta dalam hati, satu perasaan indah yang bisa melingkari diri....betah menghiasi-mewarnai hidup ini bak warna pelangi tika gerimis melatari. 

Aku ingin jatuh cinta semula, tetapi dimana tempatnya....Aku ingin sandarkan cinta, tetapi pada hati siapa.....Aku ingin meraikan cinta tetapi bagaimana hendak aku mula......Cinta....Cinta.....Cinta....Ye, cinta banyak merubah hidup aku.....menyahnitratkan oposisi aku terhadap perasaan halus dan berseni yang kita semua miliki......Cinta, ku tunggu hadirnya ia melatari hidupku semula.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.