AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 16 December 2014

Resdung penyakit merbahaya.




Resdung penyakit merbahaya| Kenapa aku cakap ia merbahaya? Dah nama pun penyakit kan, mana ada penyakit yang tak merbahaya. Betul tak aku cakap ni? Tapi kan,  nak tahu bahaya atau tidak meh pakat² tengok kuman² resdung (KLIK) ni. Aku jamin stamp cop SIRIM ....lepas je korang tengok gerenti korang akan tarik nafas dalam² 32 batu nautika ke perdu paru² milik sendirian berhad korang punya tu.

Well, korang tahu tak apa itu resdung?
Istilah Perubatan Tradisional: Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik: Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
Ramai yang tak sedar dan tak tahu yang diri  sebenarnya mempunyai resdung. Bagaimana nak mengenalpasti yang korang atau seseorang itu mempunyai masalah resdung? Ok, kat bawah ni beberapa simptom yang dikenalpasti sebagai pengidap penyakit resdung.
  • Hidung sering tersumbat.
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak.
  • Sakit atau rasa berat muka terutama di antara kawasan mata.
  • Sakit tekak yang berpanjangan berulang.
  • Demam dan rasa tidak sedap badan yang berpanjangan.
  • Kerap bersin terutamanya pada waktu pagi dan gatal² hidung.
  • Tumbuh jerawat dan anggota badan.
  • Nafas berbau.
  • Kulit kepala berkelumumuran, rambut gugur dan gatal.
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain.
Tanda-tanda diatas mungkin muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.

Kalau korang atau orang² kesayangan korang ada simptom² kat atas bermakna mereka sedang mengidap penyakit resdung. Kalau tak diubati boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan mereka.

Kenapa aku kata bahaya?
Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. 

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius terhadap pengidapnya, baik kepada kanak² mahupun orang dewasa.
  • Kanak²
Resdung di kalangan kanak² menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta. Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata. Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.
  • Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.

Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery.

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.



Wealhty wellnes SII Formula | Rawatan resdung tanpa terapi
Untuk keterangan lanjut: call/whatsapp
019-2038292 [Amir Aiman Akashah]

RM105 Semenanjung
RM110 Sabah dan Sarawak
Sekotak ade 20 sachet untuk 20 hari


Walau bagaimanapun, aku yakin....setiap penyakit ada ubat penyembuhnya. Aku tengok ada pelbagai cara perubatan dan berbagai jenis ubatan yang ada untuk mengubati penyakit resdung ini. Baik secara tradisional mahupun secara moden. Ikhtiar itu perlu. Untuk menyembuhkannya serah sahaja pada Allah SWT. Dia sahaja yang mampu dan berkuasa untuk menyembuhkan penyakit. Keyakinan itu perlu ada dalam hati kita sentiasa.

Ikhtiar (usaha) - doa - tawakal.  Bila dah ikhtiar maka berdoalah bersungguh² kerana doa itulah senjata yang paling ampuh dalam menghapuskan dan menyembuhkan penyakit² yang dihadapi. Seterusnya, bertawakal la kepada Dia sepenuhnya. 

Jazakallah.



Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. kalau ada penyakit..mesti cari ubat segera..bahaya.

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.