Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 28 May 2014

Husnudzon Itu Indah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Aku ni kalau bab agama bukan arif sangat pun. Tapi apa yang aku tahu, apa yang aku alami.....apa yang aku hadami jika tak kongsi seakan tak bermakna hidup ini. Kekadang aku pun terbabas juga. Bukan aku tulis ni sebab aku baik. Tapi aku tulis ni sebab nak ingatkan diri aku sendiri.....juga kamu...dan kamu yang aku kasihi....u are my prens!

Kupasan kali ni sedikit berat bagi aku. Tapi aku cuba yang terbaik. Aku cuba kongsi hasil dari pengalaman, pemerhatian dan juga pembacaan. Dan sesungguhnya, pengalaman bersama bangsa sendiri banyak mematangkan aku. 

Well, kenapa ramai manusia suka berprangsaka buruk (Su'udzan)?  Tak kira la sesama manusia atau dengan Allah Yang Esa. Walhal mereka punya pilihan untuk berprasangka baik (Husnudzon).



Ilutrasi diatas adalah sebahagian dari kisah su'udzan. Memang sifat manusia suka berprangsaka, tapi kenapa harus Su'udzan jika Husnuzon adalah yang jalan paling comei dan sweet? Sebabnya, ada dark spot dihati mereka. Golongan ini menjadikan sifat2 mazmumah sebagai anutan berbanding sifat2 mazmudah. Mereka rela hati mereka dikuasai hawa nafsu. Mereka lupa....leka dan alpa bahawa pembalasan Tuhan itu ada.

Apabila penyakit su’uzzan menular ke dalam diri seseorang maka dia akan terlalu cepat membuat tuduhan, suka mencari kesalahan orang lain, suka menerima berita keburukan orang, suka mencari dan menyelidik rahsia keburukan orang. Bila dia tidak berpuas hati, dia akan cuba mengorek rahsia, mencari kesalahan demi kesalahan......mengadu domba, mengumpat dan akhir sekali akan menyebarkan fitnah untuk memuaskan nafsu syaitannya. 

Di sini tersembunyi satu bahaya apabila hubungan sesama muslim dibina di atas sikap prasangka su’udzan. Sikap su'udzan ini adalah pembunuh sikap berkasih sayang dan memusnahkan makna mahabbah.


Firman Allah SWT yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain❞  [Al-Hujurat : 12]
Sebelum ini aku ada updates sedikit pesanan dipages Diari Seorang Lelaki perihal peringatan berkaitan nanah2 dan juga kudis2 akibat dari penyakit su'udzan ini. U all boleh klik pada link tersebut untuk maklumat dan bacaan lanjut. 

Su’udzan ini wujud disebabkan persekitaran yang negatif, yang paling banyak terjadi ialah apabila seorang individu itu berada dalam suasana yang terkenal dengan akhlak yang buruk, sama ada di rumah atau bersama kawan-kawan.

Sesetengah manusia ada yang bersikap bongkak, mengagumi kebolehan dirinya, sentiasa merasakan dirinya benar dan orang lain bersalah, membanggakan dirinya dan menghina orang lain, semua ini akan menjadikannya bersikap buruk sangka terhadap orang lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran.❞ [An-Najmi : 28]



Jadi, mengapa harus su'udzan jika husnudzon itu lebih indah. Mengapa harus mengadu domba....mengumpat dan memfitnah menambah dosa jika cara mudah untuk mengumpul pahala itu ada. 

Tak lain tak bukan, sikap su'udzan yang dianuti itu bukan kerana mengharap redha Allah SWT tetapi lebih kepada hawa nafsu diri semata.

Sekiranya anda tersalah kerana berbaik sangka adalah lebih baik daripada anda tersalah kerana cepat menghukum dengan buruk sangka.❞ Diari Seorang Lelaki

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


Kredit Photo: Lebai Google

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.