Mencari makna diri....
Mengenal pincang hati
Lebat hujan yang bertandang,
Tiada sedikit memberi kedinginan...
Infiniti menongkah sedar diri,
Yang tidak betah untuk aku dakapi harum wangi
Fatamorgana seraut wajah,
Membikin aku bernafas bagi dibumi bawah,
Lelas hatiku mengendong rindu.....
Pelangi indah seakan buta,
Dek rawan fikiran ku.....
Aku tertacap pada secebis nostalgia itu,
Sedang jarum waktu kian jauh meninggalkan aku
Masih lagi aku disini,
Menjadi fatalis yang bingung pada entiti hati yang tiada pasti....
Aku tak ingin kau rapuh kerna ku,
Aku tak ingin lelas hatiku,
Walau ku ingin ucap I LOVE YOU
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.