Lompat Si Katak lompat
Lompat sambil meniti titi
Apa YB dapat
Bila amanah rakyat YB khianati
Lompat Si Katak lompat
Lompat sampai masuk kuali
YB memang spesis pengkhianat
Agenda peribadi YB dahului
Lompat Si Katak lompat
Lompat sampai masuk lubang
YB berjuang untuk pangkat dan darjat
YB persis haiwan lidah bercabang
Lompat Si Katak lompat
Lompat sampai pokok rhu
Cakap YB penuh muslihat
Kami rakyat bukan bodoh-dungu
Lompat Si Katak lompat
Lompat sambil menari-nari
Rakyat kini tak bela pengkhianat
Tunggu pilihanraya kami adili
Lompat Si Katak lompat
Lompat sakan gembira hati
YB pertualang rakyat
Tunggu sahaja hisab Tuhan jatuhi
(◕‿◕)☆ ™
Terima kasih kerana sudi membaca
Lompat sambil meniti titi
Apa YB dapat
Bila amanah rakyat YB khianati
Lompat Si Katak lompat
Lompat sampai masuk kuali
YB memang spesis pengkhianat
Agenda peribadi YB dahului
Lompat Si Katak lompat
Lompat sampai masuk lubang
YB berjuang untuk pangkat dan darjat
YB persis haiwan lidah bercabang
Lompat Si Katak lompat
Lompat sampai pokok rhu
Cakap YB penuh muslihat
Kami rakyat bukan bodoh-dungu
Lompat Si Katak lompat
Lompat sambil menari-nari
Rakyat kini tak bela pengkhianat
Tunggu pilihanraya kami adili
Lompat Si Katak lompat
Lompat sakan gembira hati
YB pertualang rakyat
Tunggu sahaja hisab Tuhan jatuhi
![]() |
- Cuba teka siapakah YB katak??? hik3
|
Terima kasih kerana sudi membaca