Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 8 January 2017

Imbasan - Coretan Sepanjang 2016

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sudah agak lama jari jemari aku ni stop dari menari² di blog ini. Terasa kekakuan bila mana aku cuba untuk menyusun bahasa-bicara untuk sekian kalinya. Berbulan tanpa entri. Aku pun tak pasti kemalasan bentuk apakah yang membungkusi minda dan merah hati sehinggakan blog ini aku biarkan bersawang dan sepi. 


Well, alang² aku dah kembali....sebagai come back konon²nya, ada eloknya aku membebel tentang kehidupan aku sepanjang 2016, yang aku kira punya warna-warni untuk aku lukis dengan aksara di dada blog ini. Supaya tempoh sepanjang 2016 tidak berkubur begitu sahaja. Agar aku bisa belajar darinya dalam melayari denai² 2017 yang aku kira semakin rumit dan penuh ranjau. Mungkin.

Aku bahagikan entri aku ni kepada lima elemen utama. Elemen yang aku kira ianya terlalu penting dan dekat dengan life aku sepanjang 2016. 
  • PERSEKITARAN TEMPAT KERJA BARU
Alhamdulillah, bermulanya tahun baru 2016 (sebetulnya awal 7 dis 2015) aku telah ditempatkan di sekolah baru. Sayonara untuk SK Padang Kubu yang aku kira banyak mengajar aku erti kesabaran, ketabahan dan kehidupan. 3.1.2016 bermula la kerjaya aku di SK Seri Bandi 2 (walaupun aku tak minta ditempatkan disini tapi aku sahut cabaran dari Tuan Timbalan PPD, Haji Abdul Rahman Kadir dan Cikgu Yusof Embong untuk buat 'something' dalam sukan track and field) yang aku kira penuh dengan dugaan dan cabaran.

Awal kehadiran aku, seakan tidak dirai dengan penuh keikhlasan oleh orang kuat 'warganya'. Status aku sebagai coach track and field daerah serta negeri dipersoalkan. 

Ada sijil ke jadi jurulatih?.
Salah sekolah engkau datang sini Mir. Budak² sini dok rok (tak kuat). Lembik dalam sukan. Belajar pun berat 66.
Antara kata² yang aku kira sebagai pembakar semangat untuk aku do something bagi menjadikan 'budak² lembik' itu somebody, baik dalam sukan mahupun dibidang akademik. (Iklan sat - untuk pengetahuan am korang, aku sebenarnya bukan orang sukan yang punya sijil sports science mahupun kejurulatihan. Tapi....kecintaan aku pada sukan ini melebih kecintaan aku pada ayam kentaki...HAHAHA...merapu sudah)

Hari ke tiga persekolahan, aku start buat selection (dibantu oleh beberapa orang rakan setugas aku, yang pada pikiran aku... mereka kena paksa dengan aku sebetulnya....nak tak nak terpaksa la mereka merelakan dalam keterpaksaan...HAHAHA) 'bebudak lembik' tu. 

Di tengah panas mentari yang tidak sedikit pun memberi muka kat aku, aku pulun mengintai bakat mereka. Masa hari selection tu Allah sahaja yang tahu perasaan aku (terconggok aku tengah padang sambil pegang kepala tengok cara diorang berlari-bersepah baq ang), aku time tu seakan² nak mengiyakan sahaja ayat 'budak² lembik' yang dihadapkan pada aku sebelum ni.

Tapi.....aku jadikan kekurangkan 'budak² lembik' yang aku dapat dari hasil selection tu sebagai satu cabaran buat aku. Tiga bulan sebelum MSSD Kemaman, aku kerja bagai orang gila. Orang gila pun tak kerja macam aku....HAHAHA...sengal.

Aku pendek kan story kisah aku tentang persekitaran tempat kerja baru, track and field dan 'budak² lembik' tadi tu. Tulis pepanjang bukan korang nak baca sampai abis. Lagipun aku takut teraib dengan sengaja 'suara² sumbang' serta yang sewaktu dengannya. Ingat senang ke nak membudayakan sukan dalam pembuluh darah spesis² yang memandang sukan tiada masa depan? Ingat mudah macam makan kacang kuda ke nak ubah mindset kepala bana orang² yang menganggap dengan bersukan boleh membodohkan budak? Teringat mantan gb aku cakap, "Main sukan dua hari budak tak jadi bodoh pun"

Well, korang rasa² la kan.... apa pengakhiran kisah 'budak² lembik' tu?
  • KEMISTERIAN YANG MEMBELENGGU KESIHATAN 
Kisah misteri nusantara yang membelenggu life aku, pernah aku story dekat entri kisah penyakit misteri ini. Alhamdulillah, setelah aku pindah tempat kerja baru dan tempat tinggal baru. Penyakit misteri yang membelenggu aku bertahun² lalu seakan² telah pergi dari menghuni batang body aku ni. Harap² ia pergi tak kembali. HAHAHA!

Sebetulnya, banyak kali dah aku mintak ustaz pagarkan rumah aku kat kotes dulu. Sehari dua je ok. Lepas tu misteri nusantara tu menjadi semula. Cuak pula aku dengan keadaan sedemikian. Tapi apa boleh buat, hadap je la selagi termampu.

Betul la apa yang pernah Ustaz Nor Azman Al-Banjary, Ustaz Kembar serta beberapa orang ustaz yang lain cakap, "Try pindah. Mana tahu kot² dengan persekitaran baru akan bertambah baik kesihatan nanti."

Alhamdulillah, kesihatan aku dek kemisterian tu dah pulih seperti sediakala walaupun bukan 100 percent. Tinggal lagi migrain aku ni yang tak reti² nak berambus dari lepak kat pale hotak aku. Migrain ni bukan penyakit misteri okey. 

Rasa nak je tukar kepala lain. itu pun kalau boleh la...HAHAHA

  • TRACK AND FIELD - KEJURULETIHAN
Rutin aku di track diteruskan macam tahun² yang lalu. 2016, banyak masa aku habiskan di track bersama² atlet cilik aku. Kerja buat aku di track untuk tahun 2016 memang busy gila babi (babi pun tak buat kerja macam aku). Training nonstop. Sejak terlahirnya Team Jaguars, kebusyan aku semakin berlipat kali ganda.


Di sekolah baru, aku jenamakan team track and field dengan nama Team Jaguars. Dari alatan untuk latihan sehinggalah kelengkapan untuk mereka berjuang di track dan padang aku adakan untuk mereka. Mereka bawa jenama Team Jaguars ke peringkat daerah sehingga ke peringkat kebangsaan. Semuanya aku lakukan demi kecintaan aku pada sukan ini. Korang boleh baca entri Demi Sebuah Cinta yang aku pernah tulis.



Sebahagian daripada atlet elit Team Jaguars
Kudrat aku sebagai juruletih track and field untuk team daerah Kemaman diteruskan lagi bagi tahun 2016. Korang boleh terjah pages facebook Track & Field Kemaman untuk lihat foto² menarik. Malas dah aku nak text pepanjang....HAHAHA


Klik foto untuk terjah masuk ke pages Track & Field Kemaman
Dalam kontinjen negeri Terengganu, kudrat aku banyak digunakan untuk merakam moment sepanjang kejohanan MSSM 2016 melalui lensa kumira murahan aku bagi diabadikan dalam Galeri MSSM 2016. Banyak buat kerja² belakang tabir. Habis sahaja kejohanan MSSM arus perdana sambung pula untuk MSSM Pendidikan Khas yang dijalankan di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Terengganu.
Gaya seorang photographer hingusan bersama lensa kumira murahan
Alhamdulillah, mungkin juga sudah tertakdir rezeki  buat aku.....pada 1.8.2016, aku telah menerima watikah perlantikkan sebagai Pengerusi Pertandingan Sukan Balapan dan Padang Daerah Kemaman. Terimanya aku akan watikah ini makanya bertambah² la tugasan dan kerja buat aku sebagai 'orang padang'. Dengan usia yang baru setahun jagung dalam team dan baru beberapa tahun dikedaerahan ini, terasa berat juga hendak menerimanya. Namun aku jadikan kepercayaan mereka yang melantik aku itu satu tanggungjawab yang aku perlu galas dengan sebaik mungkin. Demi kemajuan dan kejayaan sukan balapan dan padang. (Tetiba sampai tang ni ayat jadi skema tak patut...HAHAHA...Jeng sungguh)




  • HOBI BERPHOTOGRAPHY  - DIGITAL RAUDHAH PHOTOGRAPHY
Hobi aku berphotography untuk tahun 2016 seakan terbantut tumbesarannya. Tiada karya² agung (karya agung tak boleh blah....HAHAHAyang boleh aku banggakan sepanjang 2016. Aku akui, faktor aku banyak lepak kat track menyebabkan hobi aku yang satu ni terpaksa aku simpan dalam dry box ketat². Nak outing dan ikut trip kengkawan photographer yang lain, masa aku yang ada sangat² terbatas. Keluar outing pun, belum tentu aku ada masa nak mengedit bagai foto² yang aku shoot. Kebanyakkannya terperam dalam HDD tanpa usikan penuh kemesraan. 

Client nak book untuk majlis bertunang...nikah dan bersanding diorang pun aku terpaksa tolak dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Selebihnya aku pass je pada kengkawan lain yang buat job wedding. Pages FB Digital Raudhah Photography dan Blog Digital Raudhah Photography sepi dan sunyi tanpa updates terkini. Begitu juga website² yang berkaitan dengan photography aku yang lain seperti flickr dan 500px. Semuanya dah bersawang tahap dewa. Well, dasat tak tahap kebusyan aku? HAHAHA


Pages fb Digital Raudhah Photography

Foto² selfie yang sempat aku rakam semasa buat outing photography dengan kengkawan sekitar negeri Terengganu nanti aku up lain entri. So, aku belanja video timelapse yang tak semegah mana ni untuk tontonan korang. 



Foto² keindahan alam ciptaan Tuhan yang aku shoot, tunggu aku edit dulu. Nanti aku upload kat pages fb Digital Raudhah Photography. Bila? Aku sendiri pun tiada jawapannya. So, korang banyak² bersabar yer...HIHIHI
  • SOAL HATI
Pasal ni nanti la aku story. Macam takde mari pula dia punya feel untuk aku tepek kat entri ni.

**********AKHIR BICARA**********

Aku kira, cukup setakat ini dahulu bebelan aku untuk entri imbasan - coretan sepanjang 2016 ni. Ini pun just nak cari mood berblog semula. Andai ada masa dan ruang, aku conteng² lagi kat blog ini nanti. 

Entri ni pun makan masa lapan hari untuk aku siapkan and publish untuk bacaan semua. Sepatutnya aku publish pada 31.12.2016 tapi atas sebab² yang aku tak boleh nak ngelak, terpaksa la aku hold sehingga ke tarikh hari ini. 

Terima kasih pada korang semua yang sudi singgah kat blog aku ni. Terima kasih pada korang yang banyak bagi aku semangat dan idea. Terima kasih untuk ukhwah antara kita.

Kenapa aku sekarang suka membotakkan kepala nanti aku story lain kali.

Full stop duluan.

Fi hifzillah gais.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.