Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 18 August 2016

Gempa bumi melanda Kudat.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Gempa bumi melanda Kudat | 15 Zulkaedah 1437H, masa tengah facebooking tetiba terserempat dengan status seorang rakan yang bertanyakan betul ke tak telah berlaku gegaran gempa bumi di Kudat, Sabah awal malam tadi. 



Aku sepantas gaban terus terjah website Jabatan Meteorologi Malaysia untuk kesahihan pertanyaan rakan muka buku aku tu. Hasilnya, memang belaku gempa bumi di Kudat, Sabah awal malam tadi masa seluruh rakyat Malaysia tertumpu pada acara badminton sukan olimpik, Rio.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, pusat gempa berada pada koordinat 7.0 darjah utara dan 116.9 darjah timur, iaitu 16km timur laut Kudat. Gempa bumi tu lemah, bermagnitud 3.5 pada skala Richter. Berlaku pada 7.57 awal malam tadi. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.


Klik gambar untuk tumbesaran
Untuk dapatkan maklumat lanjut dan terkini korang boleh terjah website Jabatan Meteorologi Malaysia

Nampaknya Allah SWT dah bagi sedikit hint buat kita semua. Allah tak akan hadirkan sesuatu 'tanda' tanpa sebab.  Jadi, alert dan beware. 

Well gais, dah hafal surah Kahfi ayat 1-10 dan 100-110? Jika belum, ayuh la kita hafal dan hadam isi kandungan ayat² dari surah Al-Kahfi tersebut. Nak tahu apa peringatan yang terkandung dalam ayat² tersebut korang boleh klik link INI.

Sama² la kita berdoa mudah²an tiada apa² yang buruk berlaku dan bakal berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga kita serta tanah bertuah yang kita pijak sekarang. InsyaAllah. Ameen.

Fi hifzillah gais.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 16 August 2016

Tutorial Memasang Sync School Messaging Dalam Smartphone

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tutorial Memasang 'Sync School Messaging Dalam Smartphone | Rata² rakyat Malaysia sekarang ni adalah pengguna smartphone atau telefon pintar. Selari dengan kepesatan penggunaan teknologi,  Kemeterian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan satu sistem komunikasi yang dikenali sebagai 'Sync' sebagai medium komunikasi elektronik rasmi jabatan² (JPN/PPD/Sekolah) dibawah kementerian tersebut.



Macam mana nak pasang aplikasi 'Sync' ini?
Well, semudah makan kacang kuda je nak install aplikasi tersebut. 

Sila ikuti langkah² di bawah tanpa segan silu dan rasa was².

Yang paling UTAMA, pastikan handphone yang anda guna tu bukan la handphone cap ayam atau handphone zaman tok kadok. Sila miliki smartphone atau yang sewaktu dengannya. And then, anda boleh follow je bahan grafik kat bawah untuk lebih kefahaman tanpa kekaburan dan kesamaran. Malas pula pepagi ni nak menaip pepanjang batu nautika....HeHeHe


Sila klik tang gambar untuk tumbesarannya

Sila klik tang gambar untuk tumbesarannya

Selepas siap semua langkah² di atas anda dah boleh akses 'Sync' tersebut dan menjadi sebahagian daripada komunitinya.

Lepas ini, boleh la pantau aktiviti anak masing² melalui hebahan yang diwar²kan dalam 'Sync' tu.

Jika ada kesulitan dan ada buah fikir untuk penambahbaikan tentang 'Sync' ni, sila humban komen anda di kotak komen di bawah tanpa segan silu.

Sekian.



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday 15 August 2016

4 Tips Super Hebat Untuk Peniaga Online Elak Kena Tipu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

4 Tips Super Hebat Untuk Peniaga Online Elak Kena Tipu | Semalam aku ada posting pasal kekecohan iklan perkhidmatan penipuan untuk membuat resit Maybank fake untuk tipu peniaga online kat SINI.



Untuk entri kali ini, aku nak share 4 Tips Super Hebat Untuk Peniaga Online Elak Kena Tipu Pembeli Online Guna Resit Palsu. Korang² yang peniaga online tu WAJIB khatan khatam entri aku ni setawaduk yang boleh. Kalau tidak, buang karen aku je menaip entri yang aku kira sedap dan enak ini.

Well, apa yang perlu korang buat selaku peniaga online yang sweet dan genius adalah seperti  ketetapan berikut.


1. Minta dengan customer supaya mereka snap gambar resit depan-belakang untuk pastikan resit tu original.

2. Minta customer berselfie dengan resit sebagai bukti transaksi berlaku. (Kalau dia tipu kurang² face dia dah terpampang kat skrin hp kesayangan korang. Silap² bukan sahaja korang dapat customer tapi dapat jodoh....Ngeh³ 😅😅😅) 

3. Galakkan customer korang untuk guna online transfer sebab resit mak nenek online transfer semua details yang amat.

4. Customer yang bank in guna machine deposit, korang boleh guna business account like Maybank2U sebab mende alah tu ada tunjuk time mana pelanggan bank in ke acc korang.
Well, itu sahaja tips super hebat yang termampu aku share kan dengan korang untuk waktu ini. Harapan merah hati aku yang menyala² ini mudah²an tips super hebat ini mampu memberi manfaat buat korang peniaga² online yang kacak dan cantik semua 

Jika korang ada nak tambah perisa dan sharing buah fikir korang, dipersilakan humban serembrum korang diruangan komen yang comei dan cool di bawah.

Ok gais.
thanks for reading.

#chamilamis



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Dajjal! Resit Palsu Untuk Menipu Peniaga Online Diviralkan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dajjal Resit Palsu Untuk Menipu Peniaga Online Diviralkan | Heboh dekat muka buku perihal adanya perkhidmatan penipuan menyediakan resit palsu  bagi menipu para peniaga online. Makin ganaz cara penipuan di alam maya ni sekarang yer. Macam² ada.



Kalau sebelum ni kita tersandung mata baca perihal pembeli online yang ditipu peniaga online, jadi mungkin ini salah satu taktik balas dendam seorang pembeli online yang paronoid terhadap peniaga online yang pernah menipu beliau sehingga mengiklankan perkhidmatan sengal beliau itu kepada marhean media sosial seluruh alam maya. Maybe juga yang tukang buat resit palsu ini berperasaan beliau seorang yang poyo genius tahap dewa dalam menggunakan aplikasi adobe photoshop konon²nya.

Apa pun perkhidmatan penipuan ini memang tak boleh blah. Siap diiklankan lagi dengan bayaran mampu milik, RM5 sekeping. Apa kejadah semurah itu tahap penipuan tersebut. Alang² nak menipu biar la smart dan boleh membawa kekayaan tujuh keturunan makan tak habis hingga ke neraka jahanam.

Iklan fake resit maybank untuk menipu peniaga online
Jadi, kepada peniaga² online di luar sana, hati² lah yer.. Jangan asal nampak pelanggan bagi gambar resit, terus percaya mengkhinzir buta. Apa-apa pun kena check duluan.. Jangan biarkan diri korang menjadi mangsa resit palsu....beware! 

Baik peniaga online mahupun pembeli online, rentikan la nawaitu nak menipu tu. Tak berkat eh hidup dengan menipu. Korang kena ingat, penipuan yang korang buat tu sikit pun tak boleh lawan penipuan yang bakal direncanakan oleh Dajjal nanti. Setakat tipu²an korang tu, Dajjal gelak la wei.

Apa pun tak boleh! 


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-



Sunday 14 August 2016

4 Jenis Ujian Dajjal Ke Atas Umat Manusia | Peringatan Surah Kahfi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


4 jenis ujian Dajjal ke atas umat manusia | Di dalam al-quran dan hadis Nabi SAW telah dinyatakan dengan jelas betapa dasatnya fitnah di akhir zaman yang di bawa oleh Dajjal untuk menyesatkan umat manusia agar bersekongkol dengannya dalam menyekutukan Allah SWT. 


Di dalam surah Kahfi sendiri telah dinyatakan tentang Dajjal dan akhir zaman. Sebab tu la, untuk mengelak akan fitnah Dajjal kita digalakkan menghafal dan memahami surah kahfi

Di dalam surah Kahfi secara ringkasnya ada empat jenis ujian yang Dajjal cubakan ke atas umat manusia. 


1. Ujian Aqidah - umat akhir zaman boleh mengambil iktibar dari tindakan pemuda-pemuda yang apabila diasak oleh pemerintah, telah melarikan diri bersembunyi di dalam gua semata-mata kerana berusaha menyelamatkan aqidah mereka. Jika terkepit, demi mempertahankan aqidah, kalau perlu, pergi ke hutan dan gigit kayu sampai mati.
2. Ujian harta benda - umat akhir zaman boleh mengambil pengajaran dari kisah pemilik dua kebun yang kedekut dan terlampau sayangkan harta sampai tidak mahu bersedekah/ mengeluarkan zakat. Dajjal nanti diberi kemampuan oleh Allah untuk menghentikan hujan atau menurunkan hujan dan menggoda manusia dengan ujian harta benda. Mereka yang mengikutinya akan hidup senang lenang, mana kala mereka yang tidak mahu mengikutinya akan hidup susah dan merana. Orang yang hatinya berpaut kepada akhirat tidak akan mudah tertipu dengan ujian harta dunia. Pesan nabi saw, apa yang nampak api sebenarnya air sebab segalanya akan kelihatan berlawanan sewaktu kita teruji dengan tipu daya Dajjal. 
3. Ujian ilmu pengetahuan - umat akhir zaman boleh belajar dari kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir yang telah dikurniakan ilmu laduni (ilmu yang didapati tanpa belajar). Akhir zaman akan diuji dengan kepesatan ilmu pengetahuan/kemajuan teknologi. Mereka yang mudah terpana dengan kemajuan teknologi boleh jadi akan mudah tersesat jika tidak beringat dan menghubungkan segalanya dengan Allah Taala.
4. Ujian kekuasaan - umat akhir zaman boleh mengambil tauladan dari kisah Zulqarnain. Dajjal nanti akan menguasai sebahagian besar dunia. Zulqarnian menguasai sebahagian besar dunia tetapi itu tidak menjadi alasan baginya untuk tidak mentaati Allah.
Ujian² Dajjal ini bukan sahaja akan kena pada orang² jahil malah ia juga bisa terpalit pada golongan² yang mempunyai ilmu agama. Begitulah betapa dasatnya fitnah Dajjal ini yang diterangkan di dalam Al-Quran dan hadis Nabi SAW. 

Sebagai umat Islam, kita perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri untuk menghadapi Dajjal sebagaimana yang disarankan dalam ayat² di dalam surah Al-Kahfi.

Di zaman kita sekarang, lihat dan renungkanlah dengan mata hati betapa benih² fitnah Dajjal itu sedang tumbuh melata dan berkembang biak dengan cukup pantas. Nauzubillahiminzalik. Mudah²an kita dan ahli keluarga kita tidak termasuk dalam golongan yang terkena fitnah Dajjal. InsyaAllah. Ameen.

Ayuh! tekadkan diri kita untuk menghafal dan memahami surah Al-Kahfi.
Ayuh! ajaklah keluarga kita, saudara mara kita dan sahabat handai kita serta seluruh umat manusia agar menghafal dan memahami isi surah Al-Kahfi.
Ayuh! bentengilah diri kita dari dibelenggu fitnah Dajjal.
Ayuh! sebarkan kepada semua ujian² Dajjal ini. 

Fi hifzillah gais.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-



Saturday 13 August 2016

'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة





'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah | Teknologi sekarang ni dah canggih. Rata² penduduk Malaysia adalah pengguna smartphone (telefon pintar). Ekoran dari itu, Kemeterian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan satu sistem komunikasi yang dikenali sebagai 'Sync' sebagai medium komunikasi elektronik rasmi jabatan² (JPN/PPD/Sekolah) dibawah kementerian tersebut.

Sebarang maklumat dan informasi terkini tentang pembelajaran dan pembangunan anak², aktiviti sekolah dan PIBG akan dihantar terus ke telefon pintar melalui 'push' notification. Selain itu, pihak sekolah juga dapat berhubung terus dengan ibu bapa sekiranya berlaku sebarang kecemasan berkaitan anak² semasa di sekolah.


Jadi, kepada korang semua yang ada anak² di bangku sekolah tu elok sangat la kalau install aplikasi 'Sync' ni dalam smartphone memasing. Korang boleh baca komen² tentang penggunaan aplikasi 'Sync' ini kat SINI.

Kekadang, benda baru ni susah sikit penerimaanya. Walau bagaimanapun, harapnya seluruh warga Malaysia dapat menggunakan sistem 'Sync' ini untuk berkomunikasi dengan guru dan pihak sekolah demi kecemerlangan anak². Sistem ini pun masih baru lagi, mesti ada kelemahan dan kekurangan dia. Harap kita tak mencari kelemahan dan kekurangan yang ada tetapi melihat kebaikan yang ada.

Well, tunggu apa lagi. Install la aplikasi 'Sync' di telefon pintar korang. Jangan lupa war² kepada sedara mara, sahabat handai dan orang² kampung korang tentang penggunaan 'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi di sekolah.

Kemajuan yang dicipta oleh barat boleh kita ambil, tetapi kesesatannya jangan sesekali kita ikut - Ustaz Azhar Idrus
Thanks gais sudi baca entri ni.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.