AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 18 August 2016

Gempa bumi melanda Kudat.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Gempa bumi melanda Kudat | 15 Zulkaedah 1437H, masa tengah facebooking tetiba terserempat dengan status seorang rakan yang bertanyakan betul ke tak telah berlaku gegaran gempa bumi di Kudat, Sabah awal malam tadi. 



Aku sepantas gaban terus terjah website Jabatan Meteorologi Malaysia untuk kesahihan pertanyaan rakan muka buku aku tu. Hasilnya, memang belaku gempa bumi di Kudat, Sabah awal malam tadi masa seluruh rakyat Malaysia tertumpu pada acara badminton sukan olimpik, Rio.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, pusat gempa berada pada koordinat 7.0 darjah utara dan 116.9 darjah timur, iaitu 16km timur laut Kudat. Gempa bumi tu lemah, bermagnitud 3.5 pada skala Richter. Berlaku pada 7.57 awal malam tadi. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.


Klik gambar untuk tumbesaran
Untuk dapatkan maklumat lanjut dan terkini korang boleh terjah website Jabatan Meteorologi Malaysia

Nampaknya Allah SWT dah bagi sedikit hint buat kita semua. Allah tak akan hadirkan sesuatu 'tanda' tanpa sebab.  Jadi, alert dan beware. 

Well gais, dah hafal surah Kahfi ayat 1-10 dan 100-110? Jika belum, ayuh la kita hafal dan hadam isi kandungan ayat² dari surah Al-Kahfi tersebut. Nak tahu apa peringatan yang terkandung dalam ayat² tersebut korang boleh klik link INI.

Sama² la kita berdoa mudah²an tiada apa² yang buruk berlaku dan bakal berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga kita serta tanah bertuah yang kita pijak sekarang. InsyaAllah. Ameen.

Fi hifzillah gais.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 16 August 2016

Tutorial Memasang Sync School Messaging Dalam Smartphone

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tutorial Memasang 'Sync School Messaging Dalam Smartphone | Rata² rakyat Malaysia sekarang ni adalah pengguna smartphone atau telefon pintar. Selari dengan kepesatan penggunaan teknologi,  Kemeterian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan satu sistem komunikasi yang dikenali sebagai 'Sync' sebagai medium komunikasi elektronik rasmi jabatan² (JPN/PPD/Sekolah) dibawah kementerian tersebut.



Macam mana nak pasang aplikasi 'Sync' ini?
Well, semudah makan kacang kuda je nak install aplikasi tersebut. 

Sila ikuti langkah² di bawah tanpa segan silu dan rasa was².

Yang paling UTAMA, pastikan handphone yang anda guna tu bukan la handphone cap ayam atau handphone zaman tok kadok. Sila miliki smartphone atau yang sewaktu dengannya. And then, anda boleh follow je bahan grafik kat bawah untuk lebih kefahaman tanpa kekaburan dan kesamaran. Malas pula pepagi ni nak menaip pepanjang batu nautika....HeHeHe


Sila klik tang gambar untuk tumbesarannya

Sila klik tang gambar untuk tumbesarannya

Selepas siap semua langkah² di atas anda dah boleh akses 'Sync' tersebut dan menjadi sebahagian daripada komunitinya.

Lepas ini, boleh la pantau aktiviti anak masing² melalui hebahan yang diwar²kan dalam 'Sync' tu.

Jika ada kesulitan dan ada buah fikir untuk penambahbaikan tentang 'Sync' ni, sila humban komen anda di kotak komen di bawah tanpa segan silu.

Sekian.



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday, 15 August 2016

4 Tips Super Hebat Untuk Peniaga Online Elak Kena Tipu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

4 Tips Super Hebat Untuk Peniaga Online Elak Kena Tipu | Semalam aku ada posting pasal kekecohan iklan perkhidmatan penipuan untuk membuat resit Maybank fake untuk tipu peniaga online kat SINI.



Untuk entri kali ini, aku nak share 4 Tips Super Hebat Untuk Peniaga Online Elak Kena Tipu Pembeli Online Guna Resit Palsu. Korang² yang peniaga online tu WAJIB khatan khatam entri aku ni setawaduk yang boleh. Kalau tidak, buang karen aku je menaip entri yang aku kira sedap dan enak ini.

Well, apa yang perlu korang buat selaku peniaga online yang sweet dan genius adalah seperti  ketetapan berikut.


1. Minta dengan customer supaya mereka snap gambar resit depan-belakang untuk pastikan resit tu original.

2. Minta customer berselfie dengan resit sebagai bukti transaksi berlaku. (Kalau dia tipu kurang² face dia dah terpampang kat skrin hp kesayangan korang. Silap² bukan sahaja korang dapat customer tapi dapat jodoh....Ngeh³ 😅😅😅) 

3. Galakkan customer korang untuk guna online transfer sebab resit mak nenek online transfer semua details yang amat.

4. Customer yang bank in guna machine deposit, korang boleh guna business account like Maybank2U sebab mende alah tu ada tunjuk time mana pelanggan bank in ke acc korang.
Well, itu sahaja tips super hebat yang termampu aku share kan dengan korang untuk waktu ini. Harapan merah hati aku yang menyala² ini mudah²an tips super hebat ini mampu memberi manfaat buat korang peniaga² online yang kacak dan cantik semua 

Jika korang ada nak tambah perisa dan sharing buah fikir korang, dipersilakan humban serembrum korang diruangan komen yang comei dan cool di bawah.

Ok gais.
thanks for reading.

#chamilamis



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Dajjal! Resit Palsu Untuk Menipu Peniaga Online Diviralkan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dajjal Resit Palsu Untuk Menipu Peniaga Online Diviralkan | Heboh dekat muka buku perihal adanya perkhidmatan penipuan menyediakan resit palsu  bagi menipu para peniaga online. Makin ganaz cara penipuan di alam maya ni sekarang yer. Macam² ada.



Kalau sebelum ni kita tersandung mata baca perihal pembeli online yang ditipu peniaga online, jadi mungkin ini salah satu taktik balas dendam seorang pembeli online yang paronoid terhadap peniaga online yang pernah menipu beliau sehingga mengiklankan perkhidmatan sengal beliau itu kepada marhean media sosial seluruh alam maya. Maybe juga yang tukang buat resit palsu ini berperasaan beliau seorang yang poyo genius tahap dewa dalam menggunakan aplikasi adobe photoshop konon²nya.

Apa pun perkhidmatan penipuan ini memang tak boleh blah. Siap diiklankan lagi dengan bayaran mampu milik, RM5 sekeping. Apa kejadah semurah itu tahap penipuan tersebut. Alang² nak menipu biar la smart dan boleh membawa kekayaan tujuh keturunan makan tak habis hingga ke neraka jahanam.

Iklan fake resit maybank untuk menipu peniaga online
Jadi, kepada peniaga² online di luar sana, hati² lah yer.. Jangan asal nampak pelanggan bagi gambar resit, terus percaya mengkhinzir buta. Apa-apa pun kena check duluan.. Jangan biarkan diri korang menjadi mangsa resit palsu....beware! 

Baik peniaga online mahupun pembeli online, rentikan la nawaitu nak menipu tu. Tak berkat eh hidup dengan menipu. Korang kena ingat, penipuan yang korang buat tu sikit pun tak boleh lawan penipuan yang bakal direncanakan oleh Dajjal nanti. Setakat tipu²an korang tu, Dajjal gelak la wei.

Apa pun tak boleh! 


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-



Sunday, 14 August 2016

4 Jenis Ujian Dajjal Ke Atas Umat Manusia | Peringatan Surah Kahfi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


4 jenis ujian Dajjal ke atas umat manusia | Di dalam al-quran dan hadis Nabi SAW telah dinyatakan dengan jelas betapa dasatnya fitnah di akhir zaman yang di bawa oleh Dajjal untuk menyesatkan umat manusia agar bersekongkol dengannya dalam menyekutukan Allah SWT. 


Di dalam surah Kahfi sendiri telah dinyatakan tentang Dajjal dan akhir zaman. Sebab tu la, untuk mengelak akan fitnah Dajjal kita digalakkan menghafal dan memahami surah kahfi

Di dalam surah Kahfi secara ringkasnya ada empat jenis ujian yang Dajjal cubakan ke atas umat manusia. 


1. Ujian Aqidah - umat akhir zaman boleh mengambil iktibar dari tindakan pemuda-pemuda yang apabila diasak oleh pemerintah, telah melarikan diri bersembunyi di dalam gua semata-mata kerana berusaha menyelamatkan aqidah mereka. Jika terkepit, demi mempertahankan aqidah, kalau perlu, pergi ke hutan dan gigit kayu sampai mati.
2. Ujian harta benda - umat akhir zaman boleh mengambil pengajaran dari kisah pemilik dua kebun yang kedekut dan terlampau sayangkan harta sampai tidak mahu bersedekah/ mengeluarkan zakat. Dajjal nanti diberi kemampuan oleh Allah untuk menghentikan hujan atau menurunkan hujan dan menggoda manusia dengan ujian harta benda. Mereka yang mengikutinya akan hidup senang lenang, mana kala mereka yang tidak mahu mengikutinya akan hidup susah dan merana. Orang yang hatinya berpaut kepada akhirat tidak akan mudah tertipu dengan ujian harta dunia. Pesan nabi saw, apa yang nampak api sebenarnya air sebab segalanya akan kelihatan berlawanan sewaktu kita teruji dengan tipu daya Dajjal. 
3. Ujian ilmu pengetahuan - umat akhir zaman boleh belajar dari kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir yang telah dikurniakan ilmu laduni (ilmu yang didapati tanpa belajar). Akhir zaman akan diuji dengan kepesatan ilmu pengetahuan/kemajuan teknologi. Mereka yang mudah terpana dengan kemajuan teknologi boleh jadi akan mudah tersesat jika tidak beringat dan menghubungkan segalanya dengan Allah Taala.
4. Ujian kekuasaan - umat akhir zaman boleh mengambil tauladan dari kisah Zulqarnain. Dajjal nanti akan menguasai sebahagian besar dunia. Zulqarnian menguasai sebahagian besar dunia tetapi itu tidak menjadi alasan baginya untuk tidak mentaati Allah.
Ujian² Dajjal ini bukan sahaja akan kena pada orang² jahil malah ia juga bisa terpalit pada golongan² yang mempunyai ilmu agama. Begitulah betapa dasatnya fitnah Dajjal ini yang diterangkan di dalam Al-Quran dan hadis Nabi SAW. 

Sebagai umat Islam, kita perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri untuk menghadapi Dajjal sebagaimana yang disarankan dalam ayat² di dalam surah Al-Kahfi.

Di zaman kita sekarang, lihat dan renungkanlah dengan mata hati betapa benih² fitnah Dajjal itu sedang tumbuh melata dan berkembang biak dengan cukup pantas. Nauzubillahiminzalik. Mudah²an kita dan ahli keluarga kita tidak termasuk dalam golongan yang terkena fitnah Dajjal. InsyaAllah. Ameen.

Ayuh! tekadkan diri kita untuk menghafal dan memahami surah Al-Kahfi.
Ayuh! ajaklah keluarga kita, saudara mara kita dan sahabat handai kita serta seluruh umat manusia agar menghafal dan memahami isi surah Al-Kahfi.
Ayuh! bentengilah diri kita dari dibelenggu fitnah Dajjal.
Ayuh! sebarkan kepada semua ujian² Dajjal ini. 

Fi hifzillah gais.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-



Saturday, 13 August 2016

'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة





'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah | Teknologi sekarang ni dah canggih. Rata² penduduk Malaysia adalah pengguna smartphone (telefon pintar). Ekoran dari itu, Kemeterian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan satu sistem komunikasi yang dikenali sebagai 'Sync' sebagai medium komunikasi elektronik rasmi jabatan² (JPN/PPD/Sekolah) dibawah kementerian tersebut.

Sebarang maklumat dan informasi terkini tentang pembelajaran dan pembangunan anak², aktiviti sekolah dan PIBG akan dihantar terus ke telefon pintar melalui 'push' notification. Selain itu, pihak sekolah juga dapat berhubung terus dengan ibu bapa sekiranya berlaku sebarang kecemasan berkaitan anak² semasa di sekolah.


Jadi, kepada korang semua yang ada anak² di bangku sekolah tu elok sangat la kalau install aplikasi 'Sync' ni dalam smartphone memasing. Korang boleh baca komen² tentang penggunaan aplikasi 'Sync' ini kat SINI.

Kekadang, benda baru ni susah sikit penerimaanya. Walau bagaimanapun, harapnya seluruh warga Malaysia dapat menggunakan sistem 'Sync' ini untuk berkomunikasi dengan guru dan pihak sekolah demi kecemerlangan anak². Sistem ini pun masih baru lagi, mesti ada kelemahan dan kekurangan dia. Harap kita tak mencari kelemahan dan kekurangan yang ada tetapi melihat kebaikan yang ada.

Well, tunggu apa lagi. Install la aplikasi 'Sync' di telefon pintar korang. Jangan lupa war² kepada sedara mara, sahabat handai dan orang² kampung korang tentang penggunaan 'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi di sekolah.

Kemajuan yang dicipta oleh barat boleh kita ambil, tetapi kesesatannya jangan sesekali kita ikut - Ustaz Azhar Idrus
Thanks gais sudi baca entri ni.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday, 31 July 2016

Wealthy Wellness SII Formula | Penemuan penawar resdung paling mujarab terbongkar!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Penemuan penawar resdung paling mujarab terbongkar | MasyaAllah. Korang tahu tak penyakit resdung ni macam mana? Kepada yang tahu dia ada simptom² penyakit resdung tentu sudah alah bisa tegal biasa.....Tapi aku yakin, ramai juga yang tak tahu dalam tubuh badan dia ada kuman² resdung yang tengah sedap duk melepak dan membiak tanpa segan silu.

Ada sesetengah pengidap ni tahu penyakit resdung ini dapat memudaratkan kesihatan tapi wat donno...wat dek je tanpa mengubatinya. Kalau ada yang pergi berubat pun masih juga tak baik². Maybe masib belum jumpa pengamal perubatan atau ubat²an yang serasi atau masih belum diizinkan-Nya untuk sembuh walaupun pelbagai kaedah telah dicuba dan diamalkan.

Korang ada masalah resdung tak? Kalau tak, maybe mak ayah korang ada masalah penyakit ni....adik beradik korang ke...sepupu sepapat korang mungkin?...atau sedara mara korang yang ada? atau kekasih hati korang yang mengidapinya....paling tidak pun maybe rakan blogger korang yang punya masalah resdung. 

Ni aku nak share penawar resdung untuk kesejahteraan kesihatan manusia sejagat.

WEALTHY WELLNESS SII FORMULA ada jawapannya.



Apakah kebaikan SII FORMULA™ ?
100% Merawat masalah berkaitan resdung.
💊Merawat masalah kerap bersin,berhingus dan hidung tersumbat.
💊 Merawat masalah rambut gugur
💊 Merawat masalah kelumumur di kepala
💊 Merawat masalah sakit kepala akibat resdung
💊 Merawat masalah jerawat bernanah
💊Merawat masalah berkaitan alahan (alahan seafood,debu)
💊Merawat masalah dengkur yang kronik ketika 💊idur.
💊Merawat masalah gatal-gatal pada kelopak mata, hidung, tapak tangan, kepala dan anggota badan lain.
💊Merawat masalah nafas berbau,badan berbau dan peluh berbau.
💊Merawat masalah ketumbuhan dalam hidung akibat resdung.


Berapakah kos untuk memiliki penawar mujarab ini?
● RM105.00 (semenanjung) / RM110.00 (Sabah dan Sarawak)
✔Sekotak ade 20 sachet utk 20 hari. 
✔Berdasarkan pengalaman pengguna sebelum² ini, tempoh ini cukup matang untuk rawatan resdung sepenuhnya,

Bagaimanakah tindak balas SII FORMULA™ ?
🖒 Kesan dapat rasa seawal 1 hari.
🖒Dalam tempoh 24 jam, ia akan merawat dan membunuh tempat bersarangnya ulat-ulat resdung.
🖒 Jika resdung yang kronik, akan terasa seperti ada denyutan pada bahagian anggota tertentu, ini merupakan tindak balas terhadap ulat resdung.
🖒Resdung akan dikeluarkan melalui resdung akan dikeluarkan melalui 3 saluran, yakni melalui pembuangan air besarpembuangan air kecil dan melalui lendiran dari hidung.

* Perubahan setiap orang berbeza.
* Kesan cepat atau lambat bergantung kepada genetik & hormon individu.

Apakah khasiat Sampingan Dari Penggunaan SII FORMULA?
☞Merawat masalah kanser usus.
☞Merawat masalah migrain yang kronik
☞Merawat masalah gastrik
☞Merawat masalah angin dalam badan.
☞Meningkatkan tahap metabolisme badan.
☞Meningkatkan tenaga serta-merta.
☞Menghilangkan masalah cepat letih.
☞Mengurangkan masalah batuk yang berpanjangan.
☞Merawat masalah angin ahmar.
☞Anti-Penuaan.
☞Menegangkan kulit dan menutup liang-liang pori.
☞Mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.
☞Mencerahkan mata yang kabur.
☞Merawat masalah penyakit busung/pasang surut.
☞Mengandungi pemakanan sunnah seperti kurma, madu dan delima.
☞Dalam bentuk sachet yang mudah dibawa (boleh letak dalam bag)
☞Mengandungi ramuan dan kandungi aktif.
☞Tanpa sapuan.
☞Tanpa bahan terlarang.
☞100% natural base.
☞Produk berstatus GMP
☞Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia - KKM 030614/05/431
☞Mendapat kelulusan HALAL
☞Produk selamat & berkesan



Bagaimanakah cara pemakanan SII FORMULA™ ?
► Hanya koyak dan minum.
► Hanya perlukan satu sachet satu hari.
► Satu sachet sebelum breakfast atau sebelum tidur.

*Kesan terbaik
► Minum air yang banyak. 

Namun, adalah diingatkan bahawa kesembuhan yang berlaku adalah hanya dengan izin daripada Allah SWT. SII FORMULA™  hanyalah satu usaha dan ikthiar manusia untuk penyembuhan.

Untuk pertanyaan dan tempahan.
📱call/whatsapp: 019-2038292.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Come back bersama kisah 'penyakit misteri'.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah....akhirnya aku berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu diblog yang aku kira sudah usang dan bersawang ini. Sudah banyak lama jemari aku tidak menari² di blog 'diari' kehidupan aku. Last entri 30 june 2015 yang lalu...yang mengisahkan tentang penyakit misteri yang membelenggu kehidupan aku. Terima kasih buat sahabat² yang sudi singgah sini tanpa jemu (walaupun dah banyak lama tanpa entri baru) serta yang sudi mendoakan kesihatan aku.

Rasa kaku pula nak menaip...maklum la, dah banyak lama aku tinggalkan ruangan ini untuk berbicara...meluah rasa dan berkongsi cerita. Sebetulnya, bukan sahaja hobi berblog kian suram, hobi aku berphotography juga kian pudar. Maybe 'penyakit' itu sedikit sebanyak men-drop semangat dan kerajinan aku. Dalam masa aku berpantang berblog aku banyak menghabiskan masa di pages Diari Seorang Lelaki dan di laman muka buku. 

Awal tahun ni aku ingat aku bisa kembali aktif berblog, tapi aku hanya mampu merancang namun perancangan Tuhan lagi terbaik. 

Awal tahun 2016 juga aku telah berpindah tempat kerja dan berubah persekitaran hidup. Mudah²an new life aku ini akan memberi aku lebih kesihatan dan semangat untuk aku terus melakukan yang terbaik terhadap apa yang yang aku sukai dalam hidup.

Apa sangat la penyakit misteri yang membelenggu aku sebelum ni yer...ramai yang bertanya aku sakit apa, tapi aku nak story pun payah lagi susah. Well, aku pendekkan story la yer, lagi pun ni kira entri come back aku kan....taip panjang lebar pun nanti jadi tak menarik dan tak best. Korang pun akan bosan. Macam aku tak tahu, korang bukan rajin sangat nak baca entri blog personal yang duk cerita ceriti ceritu tentang perihal diri sendiri....sedap lagi korang terjah baca blog politik, gosip, sensasi dan retis kan? HiHiHi



Simpton² 'penyakit misteri' yang aku alami.


  1. Rasa macam ada benda tajam ditusuk² dibahagian belakang badan belah kanan. Rasa tusukan tu sampai ke dada dia punya sakit.
  2. Mudah baran. Walaupun dalam hal² remeh-temeh. 
  3. Rasa berat nak mengerjakan solat. Asyik solat penghujung waktu je. Jeng sungguh la aku time tu
  4. Rasa malas je nak pergi kerja dan rasa malas nak buat kerja. Aku rasa kemalasan aku ni berada pada level maksima.
  5. Banyak habiskan masa yang tak banyak ada terlentang atas katil.
  6. Sakit kepala yang amat - Bila sakit kepala je aku tidurkan diri secara marothon.
  7. Walaupun duduk dalam aircond tapi aku rasa panas dibahagian kiri badan aku dari muka sampai ke kaki - tak ke pelik
  8. Seringkali mimpi seram dan pelik². 
Jenuh juga la aku pergi berubat. Bertong² juga la air penawar ustaz² masuk perut aku. Ist aku pergi berubat dengan Ustaz Haji Rahimi di Pengkalan Chepa, Kelantan. Kalau telefon samsung note ii sahabat aku Arman Fariz tak rosak boleh aku kasi upload video untuk korang tengok keadaan aku masa Ustaz Haji Rahimi Mohd Rashid mengubati aku. (Nanti aku story kendian pasal Ustaz Rahim ni untuk next² entri)

Bila aku tengok video yang sahabat aku rakam tu aku punya la terkejut, macam tak percaya.....sebabnya masa Ustaz Rahimi menjalankan ritual dia aku rasa aku cool molek duk ada atas kerusi (kerusi macam yang duk ada dekat opis²).....aku rasa aku berzikir tak putus dalam hati....tetapi, bila tengok video tu punya la aku terpekit terlolong atas kerusi bagaikan menahan kesakitan yang teramat sangat.

Dua kali aku terpekit terlolong dalam video yang sahabat aku rakam kan tu. 1st masa Ustaz Rahim pegang di bahagian tangan antara jari telunjuk dengan ibu jari. Masa tu meliuk lintuk badan aku menahan sakit. Sahabat aku cakap, masa tu dia standby nak buka langkah seribu kalau aku melompat depan dia. Tobat aku tak sedar pun apa yang berlaku, yang aku tahu aku macam tak putus berzikir dalam hati sejak mula Ustaz Rahimi merawat sampai la habis. Tapi .....bila tengok video tu memang tak macam yang aku sangka kan.

2nd nya pula aku terpekit terlolong masa Ustaz Rahimi pegang.....

Well, aku rasa cukup dulu kot mukadimah aku untuk entri come back ni. Nanti aku sambung story lagi apa yang terjadi seterusnya. Tetiba rasa mengantuk yang amat. Ketat tang mata toksah cite. Nampak bantal je sekarang ni.

So, aku titik sini dulu. Nanti aku sambung lagi. Doa kan aku agar punya semangat untuk merapu meraban kat blog ni lagi macam dulu². 



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.