Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 22 February 2014

Kempen #MansuhPBS sampai ke kemuncaknya



Nampaknya kempen #MansuhPBS kini berada pada fasa terakhir. Segala persiapan untuk merealiasikannya telah pun berada pada gerak kerja terakhir. Segalanya telah disetup....semua telah disusun rapi. Ternyata, gerakan #MasnsuhPBS telah menjadi bom jangka buat penguasa disinggahsana. 

Esok, 22 Februari 2014 bakal mencipta sejarah sekali lagi bilamana ramai guru yang akan turun ke jalanraya mengerakkan suara rakyat dalam memperjuangkan agenda pendidikan yang semakin pelik dan huru hara.



Walaupun koordinator atau pengerusi penaja SGMM (Suara Guru Masyarakat Malaysia) yang lantang bersuara menentang kepincangan KPM (Kememterian Pelajaran Malaysia) dan SPPBS itu sendiri telah dikenakan tindakan tatatertib, dipindahkan sekolah dengan notis 24 jam, namun ugutan tersebut sedikit pun tidak mengusarkan para guru untuk turun menunjuk rasa terhadap sistem SPPBS yang pincang dan penguasa KPM yang ego setinggi bangunan KPM.

Nampaknya, sekali lagi parti pemerintah (UMNO-BN) terpaksa berdepan dengan kebangkitan guru dan masyarakat setelah sekian lama golongan ini hanya menjadi 'pak turut'. Himpunan Mansuh PBS 222 pasti akan menjadi momentum untuk para guru bangkit menyelamatkan sistem pendidikan Malaysia yang kini berada ditangga ke-2 tercorot di asia tenggara. Himpunan ini pasti menjadi permulaan untuk perjuangan seterusnya. Terutamanya hal2 kebajikan para guru dan pelajar sekolah.

Sedikit sebanyak Himpunan 222 mansuhkan SPPBS dan sistem SPPBS bakal menjadi duri dalam daging YB TPM yang memegang portfolio Menteri Pendidikan. Nampaknya, isu ini menjadi bola tanggung untuk PM menyekat kemaraan TPM yang kini umum mengetahui tidak senada dengan PM dalam mentadbir negara (betulkan aku jika kenyataan aku ni tersasar).

Pengerusi penaja SGGM berharap agar Himpunan 222 Mansuhkan PBS esok akan diserta oleh ibu bapa dan pelajar sendiri. Kerana, perjuangan ini bukan perjuangan untuk guru semata tetapi untuk pelajar2 dan ibu bapa serta generasi Malaysia seluruhnya. 

Kenapa seluruh warga Malaysia harus bersolidariti dengan Himpunan 222 mansuhkan SPPBS ini? Jawapannya, ini adalah isu nasional. Isu pendidikan. Isu untuk semua warga Malaysia. Anda tentu ada adik beradik yang masih dibangku sekolah.....anda tentu ada anak2 di bangku sekolah (setidak2nya bakal ada anak)......anda tentu sahaja ada cucu cicit yang masih bersekolah......adakah anda ingin melihat zuriat anda belajar dibawah sistem yang korup dan pincang? Sistem pendidikan yang ke-2 tercorot diasia tenggara? Mahukah anda?? Well, tepuk dada tanya nafsu anda masing2.

Isu permasalah SPPBS ini juga telah mendapat perhatian dan kritikan dari bijak pandai seperti Profesor Dr Mohammad Agus Yusof dalam tulisan beliau Kesesuaian Sistem Pentaksiran Sekolah Dalam Membangunkan Murid Cemerlang. Pendapat Profesor Dr Mohamad Agus Yusof juga sahkan oleh Ungku Aziz.



Jadi, kepada para guru yang kelapangan...ibu bapa yang ada waktu senggang serta pelajar yang terkesan dengan sistem ke-2 tercorot diasia tenggara ni ada eloknya berkumpul ramai2 untuk menunjukan SATU SOKOGAN - SATU USAHA - SATU SUARA demi masa depan pendidikan yang lebih gemilang.

Orang ramai dijemput hadir ke Himpunan 222 Mansuhkan PBS sepertimana yang telah diwar-warkan seperti banner di bawah. 



Jika hari ini perjuangan ini tidak disambut, maka kita akan merintih dan menangis dimasa hadapan. Jangan sampai generasi kita nanti menyalahkan kita kerana sikap berdiam diri dan dayus yang kita miliki. 
Katakan kepada penguasa disinggahsana sana, sudah cukup sudah menjadikan sistem pendidikan untuk kayakan kroni. 

Menentang bukan pertualang, tetapi berjuang. 





Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Jodoh dan cinta pandang pertama.




Apa ada pada cinta pandang pertama? Aku rasa setiap orang pernah merasainya.......pernah melaluinya....pernah juga tersadung kerananya.

Biasanya jatuh cinta pada pandang pertama dipandu oleh bertemunya unsur daya tarik tertentu dan selera tertentu antara satu hati dengan satu hati yang lain. Daya tarik itu mungkin sahaja berlaku akibat panahan renungan mata, mungkin juga oleh senyuman yang menawan.....mungkin juga oleh suara si dia yang sangat merdu atau tingkah si dia yang memukau sanubari. Dan semua daya tarik ini sangat2 mengesankan untuk 'jatuh cinta pandang pertama'.

Cinta mana mungkin dianalisa secara ilmiah, kerana cinta bukan sebahagian dari ilmu, tetapi ia sebahagian dari rasa. Sebagaimana sulit menerangkan rasa manis gula, demikian juga sulit menguraikan gemuruh cinta pada pandangan pertama. Bagi orang yang sudah merasai manisnya gula, mereka tidak mampu untuk menghuraikan manis gula itu secara ilmiah. Tetapi manisnya gula sudah menjadi haqqul yaqin yang tidak mungkin akan goyah oleh hujah apapun yang mengatakan bahawa gula tidak manis. 

Demikian juga orang yang telah merasakan manisnya cinta, ia tak pernah mahu mendengar penilaian orang lain. Cinta pandang pertama biasanya tulus, murni dan tidak berkonotasi 18sx. Tidak ada sakit menyakiti...tidak ada luka melukai......tidak ada sengketa merobek jiwa.

Bila memang bertemu jodoh pada cinta pandangan pertama maka segerakanlah untuk memohon pada Allah agar diberikan kemudahan untuk segera mewujudkan ikatan yang sah. Benda molek nak tunggu dan tangguh buat apa kan? Menyegerakan bukannya apa, untuk  elak  dari merasa lelah hati dan lelas diri dikemudian hari.


Ada yang kata, cinta pandang pertama tak semestinya jodoh kita. Aku tak menafikannya. Memang benar, tak semestinya cinta pandang pertama itu akan menjadi jodoh kita. Sekiranya apa yang diidam tidak menjadi kenyataan, bagaikan kaca merah hati akan retak binasa tanpa boleh digam UHU kan semula. Memang berat untuk melupakan cinta pandang pertama. Namun, haruslah yakin pada Allah atas apa jua suratan dan perancangan dariNYA. Dia kan sebest-best tempat untuk kita mengadu...

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Dan sesungguhnya doa itu pemberi manfaat kepada yang telah diturunkan dan kepada yang belum diturunkan, dan tidak ada yang dapat menangkis ketetepan Allah swt kecuali doa, kerana itu berdoalah kamu." [HR - Al-Tarmizi]

Firman Allah swt yang bermaksud,
"Dan apabila hemba-hambaKu itu bertanya kepada engkau dari hal Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat, Aku perkenankan doa orang yang memohon apabila ia bermohon kepada Ku" [Al-Baqarah:186]

Berpesan para pujangga cinta, "Mencintai tidak bermakna memiliki. Memiliki bukan bermakna mencintai. Cinta itu pengorbanan dan kesabaran." Dan aku selalu bagi tahu,  pesan pada diri, pesan pada semua.....sabar itu cantik.

Jodoh itu sesungguhnya rahsia Allah swt. Tapi kita boleh sahaja berusaha agar bertemu dengan jodoh yang diredhai. 

"Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah." Ertinya. "Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yang terbaik dari sisiMu, pasangan yang juga menjadi sahabat kami dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat."

Cinta pandang pertama sesiapa pun bisa merasainya. Jodoh? Itu rahsia dan urusan Allah swt buat hambaNYA.  

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


photo kredit: incik google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-


Friday 21 February 2014

Bila biadap mengambil tempat beradab | Dari sudut mimbar Jumaat




Setiap laki2 yang akil baligh adalah diwajibkan baginya untuk mendengar khutbah Jumaat dan mendirikan solat Jumaat. Kerana umum mengetahui, bahawa pahala kepada solat Jumaat adalah dengan mendengar khutbah. Jika tak mendengar khutbah Jumaat maka kurang pahala Jumaat buatnya. Sebab tu la semua laki2 disarankan ke masjid awal waktu. 

Firman Allah swt yang bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." [Al-Jumu'ah 62:9]

Photo ini telah dicuri di sini 
Tapi sayang, orang kita sememangnya tak berapa suka nak merebut pahala. Mungkin bagi mereka pahala mendengar khutbah Jumaat itu bukan apa2. Lagi pun, pahala itu tak nampak dimata maka mereka membiarkan sahaja pesanan muazin supaya senyap mendengar khutbah sebelum iman naik ke mimbar. Cuba pahala tu nampak macam duit dan emas berlian, rasanya tak ada seorang pun yang 'biadap' ketika iman membaca khutbah. 

Apa yang aku tengok setiap kali khatib membaca khutbah, bukan sahaja kanak2 yang bising dan bergurau senda sesama mereka, tapi yang besar panjang dan tua bangka yang boleh pikir pakai otak dia pun tak guna otak yang ada. Sesedap rasa bersembang di hall dan sudut masjid. Bukan tak tahu adab2 ketika khatib baca khutbah. Dah didedah sejak dibangku sekolah rendah....Sebelum khatib naik mimbar baca khutbah pun bilal dah pesan suruh makmum senyap ketika khatib baca khutbah. Tak juga makan saman dengan apa yang dah dipesan.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a), bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud, "Jika anda berkata kata kepada teman anda [dengan perkataan] "dengar!" sementara Imam sedang membaca Khutbah, anda telah lagho"  [HR: al-Bukhari dan Muslim]

Kalau bebudak kecik tu boleh la dimaafkan, ini tak...dah tahap bapak budak pun masih berperangai kebudak-budakan. Patutnya bagi contoh yang baik kepada anak2 yang berjumaat bersama. Bukan sebaliknya.

Ada juga yang ralit bermain dengan hp saat khatib baca khutbah. Tak tahu apa yang ditaipnya. Tapi aku husnuzon, maybe dia tengah salin setiap butir fakta khutbah yang khatib tengah sampaikan...husnuzon.....husnuzon.....(~__^)

Jumaat ni akan jadi macam satu budaya, bukan lagi tuntuan agama sekiranya kita masih bersikap acuh tak acuh terhadap apa yang Tuhan larang...apa yang Nabi saw suruh dan apa yang dah muazin pesan. Bila biadap mengambil tempat beradab maka rosaklah kehidupan kita dan institusi yang ada.

Nak dapat pahala ni bukan payah, tapi kita je yang buat2 susah.

Jazakallah.




Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 19 February 2014

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #32

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Biar sahaja gambar yang berbicara. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 


kredit foto: Kami Mahu SPBBS dimansuhkan

Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotography yang tak seberapa dari akutukang gambar nubis kubis tahap teletubbies.
 
Jazakallah fiikum.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Perodua Oh Perodua!




Alhamdulillah.....tadi siang tak menang tangan aku nak menjawab call dari hq perodua atau authorized perodua dealer  (perodua agenda cendana sdn bhd dan perodua Yamud Automobile Sdn.bhd). Semuanya gara2 komplain aku terhadap 'sampah' yang perodua keluarkan. 


Aku amat2 hargai keprihatinan pihak hq perodua atas kesulitan dan kesukaran yang aku hadapi. Namun, aku tetap juga tak puas hati coz solution dari apa yang panggilan bertali arus depa sikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah yang ada. Menambahkan rasa bengang lagi ada.

Rupa2 nye authorized perodua dealer tak link pun dengan hq perodua. hq perodua tak tahu pun apa masalah yang aku pernah komplain dekat authorized perodua dealer (Perodua Agenda Cendana Sdn.Bhd dan perodua Yamud Automobile Sdn.bhd) sebelum2 ni. Bengang je rasa coz kena susun ayat cerita mende sama tiap masa. Lagi best, bila aku bagi tahu masalah aku tu pada wakil hq perodua tadi, boleh dia kata "sebelum2 ni kita takde dapat lagi komplain macam ni" 

Sebelum ni ngko tak dapat komplain macam yang aku komplain, sekarang dah dapat kasi settle je la.....lagi mau dalih pula. Ingat aku beli Bumblebee aku tu pakai daun getah gamaknya.

Yang tak boleh blah, nampak sangat dikalangan mereka cuba nak lepas tangan. Wakil Perodua Agenda Cendana ada call aku bertanya pasal masalah aku coz memula penyakit bumblebee aku ni depa yang take action dlu. Masa 1st service dekat tempat depa aku ada komplain dah pasal masalah bumblebee aku tu (bunyi something dekat bawah kenderaan, sistem break dan lampu berkelip dan malp tetiba semasa pemaduan). Alhamdulillah, depa la yang kasi settle bunyi misteri dari bawah perut kenderaan aku sebelum ni. Tapi yang dua lagi masalah tetap takde jalan penyelesaian. Tapi tadi boleh depa tanya aku, "jadi dengan kami dah settle la kan?" 

Memang la urusan dulu dah settle, tapi masalah pada bumblebee aku tak juga settle ni macam mana mau kira?? Depa tanya gitu tak lain dan tak bukan sebab aku dah hantar bumblebee aku tu untuk service kat Perodua Yamud. Aku juga dah buat komplain lagi sekali berkaitan masalah bumblebee aku tu melalui Perodua Yamud pula. Jadi, tendang sana tendang sini la aku diperlakukan selepas ini.

Yang lagi best part wakil Perodua Yamud call aku, boleh dia tanya aku sistem audio yang rosak yang depa cabut pi hantar hq tu dah pasang ke belum......apa punya soalan ntah.....tak kan la tak check sistem dulu sebelum nak call. Buat kerja biar smart.....jangan 'semak'. Biar kita nampak cerdik. Baru la dapat respek.

Malas la aku nak taip pepanjang pasal apa yang aku sembangkan dengan wakil2 perodua tu,. Buang karan rumah aku jer. Kalu korang nak tau cite lanjut pasal ni korang boleh baca komplain berantai aku kat SINI (klik)  atau korang boleh klik pada gambar kat bawah ni untuk tidak mencederakan kornea korang membacanya.


Well, aku rindu sangat untuk menerima panggilan dari wakil2 perodua lagi. Seakan tidak sabar menanti mentari muncul esok hari.

Jadi, untuk menanti esok aku up dulu entri ini. Lepas tu aku kira, ada eloknya aku layan mimpi sweet2.

Pikir banyak pun buat sakit kepala. Masalah yang ada belum tentu boleh settle.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday 15 February 2014

Complaint terhadap produk 'sampah' Perodua



Sebelum ni aku ada tulis dekat wall muka buku aku perihal masalah produk Perodua yang aku terbeli bulan September last year yang lalu. Macam2 masalah yang terjadi ke atas Bumblebee aku.



Aku dah refer masalah terkait itu dekat pusat service Perodua, tapi masalah tak juga settle2. Ketat jiwa sangat2 aku rasa. Korang bayangkan la yer, beli dengan harga puluhan ribu tapi 'sampah' yang aku dapat.

Aku ada emel dan bertanya tentang problem Bumblebee aku pada HQ Perodua, tapi dah masuk minggu ke-3 ni satu hampas pun takde feedback dari mereka. Tak pasal2 suhu darah aku meningkat dengan mendadak.



Aku ingat aku sahaja yang menjadi mangsa keadaan ketidaktelusan dan ketidakcekapan Perodua tapi rupa2nya telah ramai rakyat Malaysia yang terkena dengan mereka. Ramai juga yang telah terbeli 'sampah' dari syarikat Perodua yang konon2 lebih baik dan bermutu dari produk keluaran Proton. Hakikatnya 2x5....5x2....pi mai pi mai depa sama jer.....Hampagas betul.

Korang boleh baca aduan rakyat Malaysia tentang produk 'sampah' dari Perodua dekat link yang aku sertakan kat bawah sini. jadi, kepada korang yang nak beli 'sampah' pikir2 la yer...

1- Lie Aishah - sebulan guna 12 masalah major pada kenderaannya
2- Complaint Board terhadap Perodua 1
3- Complaint Board terhadap Perodua 2
4- Complaint Board terhadap Perodua 3
5- Complaint Board terhadap Perodua 4
6- Complaint terhadap Perodua at Forum
7- Complaint Perodua at NCCC Malaysia
8- Komplen dari incik Asam Jeruk blogspot dot com

Korang bayangkan, dalam masa 4 bulan macam2 penyakit ada pada bumblebee aku. Kalau masalah ni datang setelah tempoh masa 4 tahun aku tak kisah mana. Ini baru 4 bulan. Siot je baq ang. Apa masalah Bumblebee aku??

1- Bunyi bising pada bahagian body kenderaan. 
Bunyi sangat bising pada bahagian bawah perut kenderaan. Boleh dengar sehingga ke dalam kenderaan walapun pintu dan tingkap ditutup rapat.(alhamdulillah dah settle)

2- Lampu depan berkelip2 dan malap secara tiba2 semasa pemanduan.
Lampu depan sentiasa berkelip2 dan menjadi malap tiba2 setiap kali pemanduan (terutama diwaktu malam). Aku dimaklumkan bahawa ini mungkin disebabkan oleh tarikan tenaga dari kompresor aircond yang dihidupkan. Bila komplen pada dealer dan pusat service Perodua serta compare dgn kereta toyota yang pernah aku milik, mereka mengatakan memang itu teknologi Perodua, lain dari yang lain dan ia memang direka khas untuk keselamatan pengguna. Persoalannya, keselamatan apakah jika ia menyebabkan penglihatan pengguna menjadi terhad tiba2? Jika ada binatang melintas atas jalan ketika lampu menjadi malap tentu sahaja ia merbahayakan pengguna, terutamanya bila pemanduaan di waktu malam. Sehingga kini masalah ini tak juga dapat diatasi.

3- Masalah pada break kenderaan. 
Setiap kali break ditekan dan lampu break belakang sudah pun menyala namun kenderaan tetap juga meluncur. Bila komplen pada dealer dan pusat service Perodua, mereka mengatakan itu adalah teknologi ABS yang mereka miliki. Kena tekan break kuat2. Tapi, bila tekan kuat2 orang dibelakang pula melambung ke depan. Sangat2 tidak efisen dan tidak selamat. Bila aku compare dengan sistem ABS pada kereta Toyota yang aku miliki sebelum ini mereka diam. Masalah ini tak juga dapat diatasi. Alasan mereka, itulah teknologi yang perlu ada pada produk perodua.

4- Masalah sistem audio.
Sistem audio kadang2 berbunyi kadang2 tak bunyi langsung. Pergi jumpa dealer dan pusat service Perodua komplen lagi. Baru pakai beberapa bulan sistem audio pula bermasalah. Speaker sebelah pemandu kadang2 bunyi (itu pun bunyi pelahan) dan kekadang tak berbunyi langsung. Mereka kata masalah pada speaker. Cabut speaker dan hantar pd HQ Perodua. Berbulan2 juga tunggu speaker baru.


Pada 2/2/2014 speaker baru sudah sampai dan telah pun dipasang pada kenderaan aku. Tapi penyakit tetap juga tak terubat dan menjadi baik. Masih juga sama. Alasan terkini pihak perodua, sistem audio seketul mungkin bermasalah. sistem audio perlu dibuka dan hantar rujuk pada HQ Perodua semula. 



Aku ada bertanya, "jika berlaku juga masalah sama bagaimana?". Mereka jawab, "perlu tinggalkan kenderaan untuk beberapa hari untuk check wayaring pula".

Kegilaan apakah ini????

5- Setiap kali break, menghasilkan bunyi yang pelik.
Baru terperasan, sehari dua ni setiap kali tekan break bukan sahaja kenderaan meluncur tapi terkini ia menghasilkan bunyi pula. 'Sampah' apakah yang perodua hasilkan ini????

Persoalannya, kenapa dan bagaimana kenderaan yang berpenyakit sedemikian rupa boleh terlepas keluar dari kilang sehingga sampai ke tangan pengguna??.

Dimanakah fungsi 'quality control' syarikat Perodua??
Pihak R&D Perodua buat apa??

Ya.....mungkin kes aku ni satu antara beribu. Namun, adakah berbaloi jika aku dan korang semua berabisan puluhan ribu semata-mata untuk memiliki sebuah 'sampah'?. 


Kerana kecuaian pihak Perodua, pengguna terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit semata2 untuk berulang alik ke syarikat Perodua untuk settle kes seperti yang aku nyatakan diatas.

Plan terakhir aku lepas ni rujuk kes ni pada NCCC Malaysia atau tribunal dalam masa terdekat. Korang ada any idea tak?? 

Kepada korang semua, sila fikir dulu semasak2 nya sebelum korang buang duit puluhan ribu riban hanya untuk memiliki sebuah 'sampah'.



Korang boleh baca complait rakyat Malaysia terhadap produk Perodua sepertimana link yang telah aku sertakan kat atas. Lepas tu, pandai2 la korang buat pertimbangan. Aku teringat pesan orang lama2, "Alah membeli....menang memakai". Baru sekarang aku nak mengadah, ia dah tak bermakna lagi.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Outing "Kemasik mu tunggu aku datang"



Syukur pada Allah swt atas segala nikmat dan juga kerahmatanNYA untuk program Outing "Kemasik mu tunggu aku datang" tadi petang. Atas limpah kurniaanNYA program yang dirancang julung kali oleh Kemaman Photography Club telah mencatat sejarahnya yang tersendiri.

Alhamdulillah....dapat juga aku turun merai kawan2 yang datang outing petang tadi. Terharu juga coz ada yang sanggup datang dari jauh luar Kemaman. Dari penang pun ada yang mai tadi. Sangat2 awesome.

Photogroup by K-mang Hakim
Cuaca pun amat2 ohsem tadi petang. Anugerah dari yang esa buat hambanya yang cinta akan lukisan alam milik Dia. Kepada korang yang tak sempat nak join, jangan bimbang jangan lelah hati.....masih banyak lagi program yang akan digerakan nanti. Stay tune at Amir Aiman Akashah | Diari Seorang Lelaki untuk perkembangan aktiviti terkini Kemaman Photography Club serta menatap hasil karya photography yang enak2 dari sahabat2 sehobi.

Akibat kekurangan gajet untuk landskep, aku just shoot siluet dan human intrest je tadi. Itu pun tak berapa nak menjadi. Main hentam je sesuka suki hati.....HiHiHi....Harap korang suka la yer dengan hasil karya yang tak seberapa dari aku kat bawah ni.

A picture speaks a thousand word. Terpulang pada korang untuk membuat interprestasi dan komen mengenainya.


exif data - eos 6d | 1/100s | f/11 | iso 100 | FL 24mm | lr5 + cs5 (editing versi cincai)
exif data - eos 6d | 1/400s | f /4 | iso 200 | FL 55mm | lr5 + cs5 (editing versi mengantuk mata)
Terima kasih buat korang semua yang sudi terjah datang sini. Isi ubi isi keladi......mai la singgah blog aku yang ohsem ni lagi.....(~___^)

Alang2 dah singgah terjah, komen la sepatah dua kata. Jangan kedekut taw, orang kedekut Tuhan tak suka...HeHeHe....

Jazakallah.


Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday 14 February 2014

Kewajipan Solat | Dari Mimbar Jumaat



Semua orang muslim yang berilmu dan berakal tahu tentang kewajipan solat. Solat adalah merupakan suruhan Allah swt yang paling utama kepada hambaNYA. Solat merupakan manifestasi sifat kehambaan umat manusia terhadap Tuhannya. Solat juga seringkali diingatkan kepada kita sebagai 'tiang agama'. Jika rosak tiang tersebut, maka rosak juga la agama yang ada pada diri kita.

Khutbah Jumaat tadi khatib sampaikan perihal pentingnya kewajipan solat kepada umat islam. Terutamanya buat kita semua umat akhir zaman. Dengan solat yang sempurna, kita akan terlepas dari fitnah dunia dan segala kemungkaran yang ada. Insyallah...


Jika kita teropong apa yanga ada dipentas dunia ini, apa jua permasalah hidup yang ada kini, segalanya berpunca dari ketidaksempurnaan solat yang telah didirikan. Umum telah mengetahui bahawa dengan mengerjakan solat dan solat yang sempurna dapat menghindarkan diri kita dari melakukan sesuatu yang Dia tidak suka.

Zaman sekarang ni berapa kerat sangat parents yang menitikberatkan solat kepada anak2 mereka? Alasan...anak2 masih kecil dan tidak bersedia......Sedangkan kita maklum tentang peribahasa orang lama2, "melentur buluh biar dari rebungnya". Tak gitu???

Berapa ramai parents atau penjaga yang solat berjemaah bersama ahli keluarga (anak-anak) dimasjid waima dirumah??. Lihat sahaja masalah sosial-jiwa yang melanda masyarakat kita muktahir ini.....anak bunuh ibu....ibu buang bayi.....derhaka kepada ibu bapa....derhaka kepada guru2....rogol...curi....dan banyak lagi jikalau nak disenaraikan segala canggung yang ada dalam masyarakat kita terutamanya orang islam kini. Kenapa semua ini terjadi?? Sebabnya 'tiang seri' yang ada pada diri kita tidak kukuh kedudukannya.

Kita semua maklum tentang asal-usul solat 5 lima waktu yang diwajibkan kepada kita. Kita juga maklum tentang fadhilat solat 5 waktu dan juga kesan buruk meninggalkan solat 5 waktu. Tapi kita tetap juga, lupa....leka dan alpa. Sedangkan Allah telah memerintahkan kita untuk mengerjakan solat hatta kita dalam peperangan mahupun dalam keuzuran akibat penyakit sekalipun, solat tetap perlu. Cara dan praktikalnya telah pun Allah swt ajar melalui   al-quran. Terpulang pada diri kita memasing untuk follow atau ingkar arahan.

Antara kelebihan mendirikan solat fardhu

Firman Allah swt bermaksud, "Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka?" Jawab orang-orang yang bersalah, "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang." [Al-Mudassir : 42-43]

Rasulullah saw juga pernah bersabda peripentingnya solat kepada umat islam. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya." [H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei]

Dari mimbar jumaat tadi, khatib ada berpesan. Supaya orang laki2 (terutamanya bapa) supaya mengajari atau praktikan solat berjemaah bersama anak2 dimasjid ataupun dirumah.  Selain dapat mengeratkan kekeluargaan, solat berjemaah dengan anak2 juga dapat mendidik jiwa anak2 lebih mencintai agamanya bila dewasa kelak. Sepertimana yang aku lontarkan buah fikir sebelum ini..... sebenarnya, pendidikan anak2 bermula dari rumah bukan di sekolah.



Well.....mengerjakan solat ni tak susah pun jika kita betul2 faham dan ada sifat kehambaan. Cuba kita pakat2 check diri kita, dimana level kita dalam mengerjakan solat....muhasabah diri itu adalah sebaik2 mengakui khilaf diri...Renung-renungkan dan selamat beramal.

Kalau tak nak solat juga boleh, tapi pastikan korang dalam kategori 'datang bulan' (bagi wanita)....gila dan juga dah tak bernyawa....HeHeHe...

Oppssssssssss.....korang yang baca blog aku ni dah solat ke belum?? Jangan lengah2 kan solat sahabat2 aku yang kacak dan cantik semua.... (~___^)

Jazakallah.




Support us MansuhPBS



kredit photo: Google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Chak de! India



"Chak de! India"

Ungkapan yang selalu kita dengar setiap kali kita menonton 'kebanyakkan' filem India. Semalam melalui saluran Zee 801 aku menonton filem 'Chak de! India'. Memula aku fikir filem ni biasa2 sahaja.....Lagipun filem ni tak sefemes filem2 lain yang pernah dibintangi oleh Shah Rukh Khan (andaianya aku la).



Filem ni dikeluarkan pada tahun 2007. Dah banyak tahun berlalu. Tapi bila aku layan sampai habis, cerita Chak de! India yang biasa2 bagi aku pada mulanya sememangnya tersangat luar biasa. Semangat nasionalisme yang ada pada diri seorang pemuda. Hidupnya hanya untuk negara semata walaupun pelbagai tomahan yang dia terima dari khalayak seluruh negara.

Aspek pendidikan moral dan ketatanegaraan memang banyak terkandung dalam cerita Chak de! India yang aku tonton semalam. Selain isu2 serta birokrasi yang ada dalam lapangan sukan (aku tak nafikan, isu2 dan birikrasi yang dibawa dalam filem Chak de! india ini juga ada dalam kebanyakkan persatuan2 sukan yang ada di Malaysia). Walaupun ia diadaptasi dari kisah sejarah-sebenar hoki negara India, namun setelah ia digarap dan diangkat ke layar putih ternyata kisah benar 'hidup seorang pemain hoki India' itu sangat2 awesome.



Aku terfikir juga, kenapa filem2 India boleh tembus keseluruh pelosok dunia. Apa yang ada pada filem mereka yang tidak ada ada pada filem kita? Nak kata filem Chak de! India ini penuh dengan pelakon wanita2 cantik tak juga.....nak kata ia dihiasi dengan lagu2 best serta liuk badan pelakon wanita yang berpakaian sexy menyanyikannya lagu2 mengasyikan takde pula.....So, apa yang menyebabkan cerita ini awesome?? 

Aku cuba cari kat youtube cerita ni, tapi tak juga jumpa2. Nak download memang aku tak berapa reti. Rabun ict sikit aku ni. Tapi kalau korang nak tahu, korang boleh terjah link Chak de! India untuk menonton dan mengetahui lebih lanjut kenapa India mampu menjual filem mereka keseluruh dunia. Apa yang mereka jual sebenarnya??......tonton.

Chak de! India


Wednesday 12 February 2014

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #31

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Biar sahaja gambar yang berbicara. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 



Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotography yang tak seberapa dari akutukang gambar nubis kubis tahap teletubbies.
 
Jazakallah fiikum.


Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Outing Photography 'Kemasik mu tunggu aku datang'



Semalam aku ada post pasal 'berita baik untuk pengemar photography landscape' dan untuk hebahan kepada semua. Korang ada share tak?? Mana la taw kan, kot2 ada sahabat atau taulan muka buku korang yang berminat. Tak kan la nak tunggu aku minta-rayu kot baru korang nak tolong share....your ar my friends! Y(~__^)Y

Ok....kat bawah ni ada sedikit penambahan maklumat berkaitang outing photography "Kemasik mu tunggu aku datang". Penyertaan dibuka kepada photography landscape, photography human interest dan juga photography macro. Harap korang yang berminat tu take note laju2 360km/j. Nanti jangan kata aku tak war2 kan pulop. tumbuk pusat la jawabnya...HeHeHe...Korang boleh rujuk banner kat bawah.



Dalam hebahan semalam ada sedikit ralat. Ni nak bagi pencerahan mengenai program outing "kemasik mu tunggu aku datang" pada 14hb Feb dan sessi foto kritik pada 23hb Februari 2014. Kekeliruan mungkin timbul kerana ada multiple post dari admin berkenaan dengan poster. Ingin dijelaskan disini bahawa program tersebut adalah 2 program yang berbeza tetapi bersangkut paut. Bermakna ianya saling berkait.

Outing 'Kemasik mu tunggu aku datang'
- Tarikh : 14hb Februari 2014 
- Tempat : Kuala Pantai Kemasik
- Masa : 5.30pm-7.30pm

Sessi FotoKritik Bersama RAJA KAMAL RAJA HUSSAIN
- Tarikh : 23hb Februari 2014
- Tempat : Cahaya Mesra Seafood ( Bangkok Kitchen ) Geliga
- Masa : 9.00pm- 11.30pm

Berikut adalah syarat2 yg telah ditetapkan utk kedua2 program tersebut:

  1. Peserta yg menyertai Outing sahaja LAYAK ke sessi foto kritik kerana gambar yg diambil semasa Outing sahaja yg dibenarkan utk sessi tersebut.
  2. Peserta boleh menghantar 2 keping gambar berbentuk JPEG bersaiz sekurang2nya 5MB secara softcopy kepada mana2 admin selewat-lewatnya pada pukul 8.00 mlm 23hb Februari 2014. Sekiranya ada yg menghantar lebih dr masa ditetapkan penyertaan tersebut akan dibatalkan & tidak diterima.
  3. Peserta dibenarkan melakukan 'editing' pada gambar secara minimal. 
  4. Setiap penyertaan DIWAJIBKAN menyertakan nama & exif data.
  5. Sebarang keputusan mengenai pemilihan pemenang Sessi Fotokritik adalah muktamad. Mana2 rayuan atau bantahan tidak akan dilayan sama sekali.
  6. Kos pengangkutan atau mana2 perbelanjaan adalah tanggungan peserta sendiri.


Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada admin (aku la tuh) atau boleh terjah pages Kemaman Photography Club.

Harap korang yang minat berkumira tu boleh join event yang julung2 kali diadakan ini. Sambil2 tu boleh la kita berukhuwah sesama kita. Ukhuwah tu yang paling utama. Tak gitu??

Sekian untuk makluman dan hebahan.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.