Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 16 December 2014

Kecoh pasal memancing dikenakan lesen tahun 2015.



Kecoh laman sosial pasal memancing dikenakan lesen tahun 2015 | Sejak pecah berita yang dibuat oleh sebuah laman blog tentang pemancing kini perlu ada lesen untuk memancing tahun 2015 maka penuh la laman² sosial seperti muka buku, twitter dan wassap memuat naik isu tersebut. 

Bagi rakyat marhean terutamanya kaki pancing, tindakan mengenakan lesen memancing terhadap pemancing (walaupun diperingkat cadangan dan kajian) yang dicadangkan oleh Jabatan Perikanan, namun ia dilihat sebagai salah satu cara pihak kerajaan Dato Sri Najib Razak cuba memeras rakyat marhean. Polisi ini amat² tidak disenangi oleh geng² pemancing terutamanya kaki pancing tegar.

Sehinggakan ada pengguna² laman sosial seperti facebook yang menggunakan DP 'kami bantah penggunaan lesen memancing' sebagai tanda solidariti mereka terhadap nasib kaki pemancing seluruh tanah melayu ni.



Isu ini bukan sahaja dapat menyatukan geng² kaki pancing seluruh pelosok tanah melayu, malahan polisi yang cuba diangkat oleh Jabatan Perikanan yang terletak dibawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani ini siap jadi viral dan troll pengguna laman sosial.

Para pengguna media sosial seakan² cuba memberi tekanan kepada pihak berkuasa berkenaan dan kerajaan pusat agar menimbang tara polisi tersebut sebelum ia benar² dilaksanakan.

Antara troll yang sempat berada dalam radar pengesan aku.

Tak sangka, meran a.k.a Armran orang yang pertama dapat lesen memancing. 
Aku syak meran ni mesti pakai orang dalam. 
Sampai ke sungai bapak polisi pi cari......ko jangan memain.....HaHaHa!
Lari jangan tak lari.......lesen memancing punya pasal....macam² hal
Kat bawah ni pula pertanyaan dari hati yang tulus seorang marhean yang sememangnya kaki pancing mungkin.



Aku rasa bersepah lagi kot troll² yang menjadi viral kat media sosial. Korang boleh terjah pages geng² kaki pancing yang ada di muka buku untuk selami rintihan jiwa mereka sekiranya polisi ini benar² dilaksanakan kelak. 

Aku ni bukan kaki pancing tegar, tetapi sesekali tu sekiranya ada kawan yang kaki pancing ajak memancing nak juga aku rasa nikmat memegang joran dan menaikkan ikan. Kalau kerana tu pun aku kena buat lesen alamatnya kirim salam je la. Tak kuasa aku nak melayan cengkadak kerajaan.

Aku cuba godek² HDD....cari gambar aku yang berplastik atas kepala berhujan memegang joran di jambatan Marang setahun yang lalu untuk paparan eksklusif kornea korang....tapi sayang, dah takde dalam simpanan. Korang memang takde luck la...apa.....Ingat memancing je ke kena ada luck, nak tengok gambar aku yang limited edition tu pun korang perlu luck juga tau....HaHaHa!

Start next year (2015), jika benar ura² nak memancing kena ada lesen....tak kira la....memancing laut dalam ke, laut tohor ke, kolam buatan ke.....tasik atau sungai....sesungguhnya polisi sedemikian betul² satu cobaan dan dugaan buat kaki pancing.

Namun, masih ada berita gembira buat kaki pancing.....memancing awek je masih belum memerlukan lesen. Tetapiiiiiiiii!! ia hanya termaktub untuk si 'bujang senang' sahaja....bagi laki² yang dah punya isterilesen dari isteri² diperlukan sebelum memancing awek.....KihKihKih!

Apa pun....aku harap kerajaan Dato Sri Najib Razak betul lagi benar untuk berpegang pada tagline kerajaan yang beliau warisi....mendengar denyut nadi rakyat dan mendahulukan rakyat seperti mana slogan yang selalu disembangkan ❝rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.....Ayat penutup kena skema dewan bahasa dan pustaka sikit....kalau tak, nanti aku kena 'sudi'....HiHiHi!

Jazakallah.


Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.