AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 14 December 2014

Alumni ex-follower Sharifah Sofia Syed Rashid ditubuhkan



Alumni ex-follower Sharifah Sofia Syed Rashid ditubuhkan | Macam tak percaya pula bila masa tengah jejalan kat muka buku semalam tetiba terserempak dengan pages alumni ex-follower Sharifah Sofia Syed Rashid. Sesiapa yang pernah mengikuti cerita ceriti ceritu tentang kemisterian kehilangan MH370 dan tragedi MH17 ditembak jatuh tentu afdal dah dengan nama Sharifah Sofia Syed Rashid a.k.a Kapten Sharifah Sofia Syed Rashid. 

Berdasarkan maklumat, pages Sharifah Sofia Syed RashidSharifah Sofia Syed Rashid IISharifah Sofia Syed Rashid III dan pages Kapten Sharifah Sofia Syed Rashid telah pun tidak aktif atau bahasa paling best, 'hilang dari radar' (aku pun tak perasan sejak bila pages tersebut dinyahaktifkan) kerana 'maklumat' yang telah publish di wall tersebut telah dipertikaikan oleh ramai marhean yang mengikuti pages tersebut. Apa yang disalurkan seperti memberi harapan palsu kepada orang ramai terutamanya buat waris² mangsa MH370 dan MH17

Kewujudan pages Alumni ex-follower Sharifah Sofia Syed Rashid tersebut adalah bertujuan untuk membuka pekung manusia yang berselindung disebalik nama Sharifah Sofia Syed Rashid serta menyedarkan orang ramai tentang auta² beliau tentang MH370 dan MH17.


Sama tapi tak serupa. Ini adalah pages untuk Alumni ex-follower Sharifah Sofia Syed Rashid yang dikendalikan oleh individu yang tidak dikenali.

Aku dulu²an ada juga la follow story mori dari admin pages yang aku bold kan kat atas tu pasal kemisterian kehilangan MH370 dan kisah menyayat hati yang berlaku ke atas batang tubuh MH17, tetapi....lama kelamaan aku rasa bagaikan telah dikencing secara marothon oleh admin tersebut. Jadi, aku buat donno je la. Banyak cerita a.k.a maklumat yang disampaikan bagaikan diawangan dan bagaikan satu kisah imaginasi kanak² rebina. Paling aku takleh blah bila admin tersebut asyik copypaste je ayat Tun M dan maklumat² dari blog² yang bertebaran tapi buat² macam maklumat dan buah fikir itu datang dari kegeniusan beliau sendiri. Mak betul la!

Sejak dari itu aku tidak lagi mengharap cerita penglipur lara dari admin pages Sharifah Sofia Syed RashidSharifah Sofia Syed Rashid IISharifah Sofia Syed Rashid III mahupun pages Kapten Sharifah Sofia Syed Rashid. Sikit punya banyak dia punya pages beb. Engkau ada? HaHaHa...

Sebenarnya, aku dan korang semua boleh fikir secara logik akal dalam apa jua isu yang diketengahan di dunia siber ni. Sebab tu, bukan semua maklumat yang kita dapat di alam maya ni boleh kita telan dan enak makan begitu sahaja. Allah bagi kita akal untuk kita menilai. Berfikir secara rasional bukan emosional. 

Bagi aku, semua tragedi ini adalah konspirasi jahat dajjal² kecil dari luar dan dalam negara sendiri. Semuanya saling berkait antara satu sama lain. Aku yakin, kebenaran tentang MH370 dan MH17 akan tersingkap jua diakhiran. Janji Allah itu pasti. Yang benar tetap benar....yang batil tetap batil. Hebat mana perancangan manusia, hebat lagi perancangan Allah buat kita hambaNYA. 

Salam takziah kepada keluarga mangsa MH370 dan MH17. Al-fatihah untuk mangsa yang beragama Islam. Al-fatihah.

Korang boleh terjah Azahar Zanudin untuk mengetahui lanjut kisah tragedi MH17 secara live dari wall muka buku beliau. Sekian untuk hebahan.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. Setuju! Terlalu banyak andaian, pendapat, reporter bebas susulan tragedi mh370, mh17....kebenaran akn tersingkap juga akhirnya

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.