Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 8 November 2014

Selepas 12 Tahun Ada Apa Dengan Cinta?




Rangga dan Cinta dipertemukan semula selepas 12 Tahun 'Ada Apa Dengan Cinta?' | Tentu ramai yang tahu pesona percintaan serta persahabatan antara Rangga (Nicholas Saputra) dengan Cinta (Dian Sastrowardoyo) dalam sekuel 'Ada Apa Dengan Cinta?' (AADC). Kisah persahabatan dan percintaan yang menjadi fenomena tahun 2002. Siapa yang pernah lalui era AADC ni tentu akan merasai kehebatan auranya. 



Kemuncak kepada sekuel AADC 2002 adalah saat perpisahan antara Rangga dan Cinta di lapangan terbang. Rangga ketika itu ingin meneruskan pengajiannya di Amerika Syarikat. Ramai gadis yang menitis air mata masa menonton part kat lapangan tu. Very touching scene tersebut.....eleh....tak nangis kunon....tak payah konar baring la dengan aku...

Kini, setelah 12 tahun Rangga dan Cinta terpisah akhirnya LINE Indonesia (Aplikasi Pemesejan sosial) menyatukan mereka kembali dalam drama mini Ada Apa Dengan Cinta 2014. 12 tahun bukan satu tempoh masa yang singkat beb......macam² yang dilalui....Rangga selepas habis study telah menjadi wartawan kat New York, Amerika Syarikat. Part yang paling aku teruja tengok video drama mini Ada Apa Dengan Cinta 2014 ni masa Rangga tengah pegang kamera Canon 5D berlenskan lemang putih. Perhhhhhhh.....rasa macam aku pula yang jadi Rangga sekejap....HaHaHa....

Cinta? Dia bekerja dengan sebuah majalah terkemuka di Jakarta, Indonesia. Makin ayu Cinta sekarang beb.....pelakon² asal AADC seperti Alya yang dilakonkan Ladya Cherill, Carmen (Adinia Wirasti), Maura (Titi Kamal), dan Milly (Sissy Priscillia) turut sama menjayakan drama mini AADC 2014.

Siapa yang tengok drama mini AADC 2014 pasti akan mengulit kenangan. Sumpah akan cari DVD AADC edisi 2002 yang tersimpan di dalam kotak atau tin biskut. 

Tapi siyes beb......Apa yang Rangga titipkan dalam puisi dia lewat AADC 2002 benar² jadi kenytaan bila mana drama mini AADC 2014 ini terhasil. Korang tahu tak puisi Rangga yang mana satu aku maksudkan? HeHeHe (gelak gedik). Aku yakin korang tak kan ingat punya....

Well, baru dua hari (6 November) drama mini AADC 2014 dimuat naik di youtube LINE Indonesia, sekuel itu telah mengumpul 1,437,360 tontonan. Ramai peminat yang meninggalkan komen meminta agar drama mini 2014 ini diangkat menjadi versi penuh. Macam² komen ada. Kelakar je bila baca.....HaHaHa...Tapi kan, kalau betul ada kesinambungan AADC pun macam best je....macam sedap je.....kan? kan? kan?

Nah, aku belanja korang klip video drama mini Ada Apa Dengan Cinta 2014. Harap korang boleh feeling² macam korang feeling tengok AADC sebelom ni.




Khas buat darling² dan arjuna beta yang suka singgah blog aku ni, ❝Bahagia tetap ada andai kita percaya pada cinta dan takdirnya.❞  ..... amacam? aku boleh jadi Rangga tak dengan ayat jiwang begitu? HaHaHa.....

Semoga korang terhibur.

Sharing is caring.





Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.