Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 9 November 2014

Kebocoran Matematik kertas 2 SPM 2014 tidak benar.





Kebocoran Matematik Kertas 2 SPM 2014 tidak benar | Isu ni dah jadi viral dekat facebook dan media sosial yang lain. Berdebar dah semua calon SPM 2014. Takut kena mengulang paper maths tersebut macam adik² diorang yang terpaksa mengulang paper Maths kertas 2, Bahasa Tamil, Science dan Bahasa Inggeris masa exam UPSR yang lepas.

Cuak beb kalau kena mengulang ni. Boleh menganggu gugat konsentrasi untuk menjawab paper yang lain² dan feeling² untuk merasai nikmat 'merdeka' yang sebenar buat seorang pelajar. 

Muktahir ni, aku tengok kegilaan orang kita menge-share something kat facebook dan media dah sampai tahap meroyan mencadburry buta. Asal boleh tekan button 'share' atau 'kongsi'.....suka hati pankreas dia je nak tekan.....tak selidik dulu fakta atau auta bende alah yang hendak dikongsi itu. Semua pakat berlumba² nak jadi penyalur maklumat yang utama dan terhebat dekat planet bumi ini. Dalam penyebaran kebocoran Matematik kertas SPM 2014 yang lepas pun tak terkecuali.

Tukang yang up isu tanpa bukti dan fakta yang sahih dah terang² individu yang mempunyai masalah jiwa yang kronik.....mental problem....kita yang tak tahu kebenaran sesuatu isu terus sahaja share. Yang tak boleh blah bila ramai yang komen macam dia good².....duk caci maki orang lain atas sesuatu yang dia sendiri kabur......fitnah akhir zaman!

Berbalik pada topik. Kebocoran Matematik kertas 2 SPM 2014 tidak benar sepertimana yang di dakwa-dakwi oleh sesetengah pihak. Penafian telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berdasarkan kenyataan akhbar yang dikeluarkan. Korang boleh klik KENYATAAN AKHBAR PENAFIAN DAKWAAN KEBOCORAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN ULANGAN KERTAS 2 MATHEMATICS SPM 2014 untuk maklumat lanjut.



Jika penafian tersebut tidak benar, itu urusan mereka (orang² KPM) dengan Tuhan mereka. Jawab la nanti di masyhar kelak. Berdasarkan kenyataan akhbar dari KPM diharap calon² SPM, guru, ibu bapa dan orang awam dapat berlapang dada dan berhusnuzon. 

Sharing is caring.

Jazakallah.




Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.