Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 29 October 2014

Kek puding dan white coffee kala hujan.





Hujan turun. Boleh tahan juga lebat. Yang pasti, moment 'hilang akal' menjelma lagi tadi. Rasa malas pula nak keluarkan kamera dari dalam Sun-Dry. Biar je la dia rehat secukup rasa sebelum mood mengeshoot datang semula. Untung buat kengkawan yang turun petang ni kat lokasi. Rezeki buat mereka....Aku? Santai kat rumah je sambil godek blog yang dah bersawang ni. Conteng apa yang patut. 


Kredit foto: Digital Raudhah Photography

Asal hujan je perut jadi lapar. Asal lapar je mesti time hujan. Kenapa erk? Ada kena mengena dengan teori sains tak? Perut tetiba jadi lapar.....Kalau kat kampung kalau hujan² sedap dah pekena ubi kayu rebus sama air kopi. 

Godek² peti ais......ada lagi kek puding semalam yang berbaki. Pemberian jiran depan rumah yang baik hati. Mak aku selalu pesan, "Dengan jiran jangan dibuat seteru madu. Hidup muafakat baru berkat"

Kredit foto: Digital Raudhah Photography

Teringat masa dolu²....masa baru nak kenal erti kehidupan....jauh berkelana ke kota metropolitan. Menyewa reramai dengan rakan. Duduk satu taman tapi dengan jiran² sikit pun tiada tali persaudaraan. Memasing buat hal sendiri.......sibuknya 25 jam sehari. Sampai jiran sebelah menyebelah pun tak tak tahu nama dan tak kenal rupa.

Moral off story...mesra² la dengan jiran tetangga. Sesungguhnya hak² jiran itu ada pada bahu kita dan kita wajib untuk meraikannya. Perlu penuhi hak dia. Nak tahu hak² jiran yang ada pada kita? Salah satunya adalah menziarahi ketika dia sakit. Hadir ke majlis jika dijemput dan banyak lagi hak²  jiran yang kita perlu penuhi dan santuni.....

Sabda Baginda SAW bermaksud: 

Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.❞ [Hadis riwayat Muslim]


Hujan.....kek puding dan white coffee sememangnya menu petang yang awesome.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.