AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 31 October 2014

Novel Review | Tasbih Buat Aishah







Sepatutnya aku buat review pasal novel Tasbih Buat Aishah sepurnama yang lalu. Namun, atas sebab² yang tak dapat dielakkan maka aku biarkan sahaja entri tersadai dalam draf. Mohon maaf buat sahabat Cikgu Ahmad Safarman atas kelewatan ini. Kesulitan amat dikesali....HiHiHi....jangan ketat² tau...

Untuk pengetahuan semua. Tasbih Buat Aishah ini adalah novel ke-2 yang dihasilkan oleh beliau. Sebelum ini beliau penah menghasilkan novel pasal ikan. Mesti u all tertanya², pasal ikan pun boleh buat novel ke?.....HeHeHe....Nak tahu boleh ke tak boleh....nak tahu ikan apa, u all borang boleh terjah entri INI.

Tasbih Buat Aishah kali ini digarap berbeza berbanding novel beliau yang pertama. Namun begitu, ia tetap mengandungi pengajaran buat pembaca. Tasbih Buat Aishah digarap secara lembut dan berhalus.

Serba sedikit tentang Tasbih Buat Aishah.

Mengisahkan dua orang sahabat baik yang tinggal sekampung, Aishah dan Ain.  Keputusan Aishah untuk berpurdah telah menimbulkan rasa kurang senang Ain terhadap dirinya. Patang mereka terserempak pasti Aishah akan menjadi bahan permainan buat Ain.

Suatu hari, ketika berlaku pergaduhan antara merteka, Alif muncul menyelamatkan Aishah. Saat itu la cinta antara Aishah dan Alif mula berputik. U all faham² je la macam mana dunia akan berwarna-warni bila cinta sudah bersemi. 

Tapi kan, pada masa yang sama Ain juga telah jatuh cinta pandang pertama kepada Alif. Jeng....jeng...jengggggggg.......tapi ini bukan klimaks lagi tau. Panjang lagi kisah Aishah ni.

Ok, aku sambung lagi......Ain ni punya la dengki dengan Aishah, pelbagai cara dia guna untuk memisahkan Aishah daripada Alif. Dalam mereka berkonflik tetiba mucul Firdaus. Last² Aishah mengambil keputusan menerima lamaran dari Firdaus. Opppssssssss......Siapa Firdaus?  Jeng....jeng...jenggggg......Ini bukan klimaks untuk novel Tasbih Buat Aishah lagi tau.....HiHiHi...

Aku sambung sikit lagi........Sebelum majlis pernikahan antara Aishah dengan Firdaus tetiba muncul seorang wanita yang mengaku isteri kepada Firdaus. Kejutan yang amat dasat buat sebuah jiwa wanita milik Aishah. Kenapa wanita itu misteri itu tiba² muncul disaat Aishah ingin mengapai pelangi bahagia dalam hidupnya? 

U all suspen tak? U all rasa la kan, siapakah wanita misteri itu? Betulkah wanita itu isteri kepada Firdaus? Mampukah Aishah mencapai bahagia sedangkan gelombang hidupnya tidak pernah berakhir? Bagaimana Ain dengan Alif? Bahagiakah Ain setelah merampas Alif dari Aishah?

HaHaHa......Malas aku nak taip pepanjang. Semua persoalan itu terjawab bila u all dapatkan naskah novel Tasbih Buat Aishah di book store berhampiran tempat u all. 


Tasbih Buat Aishah
Memberi seluruh cinta kepada seseorang bukanlah jaminan cinta itu akan dibalas


Alhamdulillah, akhirannya dapat juga aku tunaikan janji aku pada Cikgu Ahmad Safarman untuk conteng blog aku pasal novel beliau.. Jika tidak, tentu aku akan tergolong dalam kalangan orang² hensem dan sweet yang munafik. Kepada cikgu Ahmad Safarman, taniah diucapkan atas kelahiran baby ke-2 anda ini. Keep writing bro!

Jangan lupa balik Kelantan cuti nanti belanja aku nasi kerabu ayam bakar dekat Warung Su, Batu 11, Ketereh.....HaHaHa!!!

Kepada u all yang sudi singgah baca terima kasih aku ucapkan. Kepada kaki² novel, jangan lupa untuk menjadikan Tasbih Buat Aishah karya Cikgu Ahmad Safarman ini sebagai koleksi peribadi atau hadiah istimewa buat yang tersayang.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Pengumuman! Untuk followers dan kaki terjah blog aku.




Dapat mesej dari seorang sahabat kat inbox. Beliau bagitahu yang link blog aku yang aku share kat pages Diari Seorang lelaki tak dapat di akses kerana facebook kata link yang telah diklik itu bermasalah dan punyai masalah untuk diakses. Bukan satu, tapi semua entri yang ada. Musykil pula aku bila dimaklumkan begitu oleh beliau. Sebelum ni molek ada je apa entri yang aku tepek.

Aku try cuba test klik link blog yang ada bertepek kat wall muka aku tu, yeszaaaaaaa......betul la......memang berlaku masalah yang beliau infokan tu. Patut la pagesview untuk blog aku semakin menjunam. Rupa²nya ini salah satu sebab musabab dia.

Jika satu dua entri jadi seperti gambar yang aku print screen kat bawah ni takpe juga, ini hampir semua entri yang aku tepek kat facebook jadi macam tu. Rujuk gambar kat bawah. Klik gambar untuk tumbesarannya.



Aku cuba cari penyakit yang ada tapi tak juga aku jumpa² penyakit dia. Well, kepada sahabat² serta otai² blogger yang singgah blog aku ni ada buah fikir tak how to take action masalah problem yang ada ni? Mana tahu kot² ada yang penah mengalami masalah seperti ini. Sharing is caring.

Sambil² aku godek cari penyakit dia u all yang terjah blog aku melalui facebook boleh terus klik button Follow Link yang tertera seperti dalam gambar kat atas. 

Nampak gayanya kena rujuk pada pakar blog la lepas ni untuk ubati penyakit ni. 

Fening²!!


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”


-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Kisah benar | Main dengan Makcik Hajjah





Terkejut berok mat yeh aku bila baca satu entri berani mati seorang blogger ni. Kisah benar (mengikut kata beliau) yang terjadi antara beliau dengan seorang makcik bertaraf hajjah pada malam itu. 

Aku ingatkan hanya cerita doktor dan nurse cun yang terlampau sahaja yang ada. Rupanya kisah benar tentang seorang hajjah juga ada. Teruskan pembacaan korang selepas gambar dibawah ini.



Aku malas nak buat rumours atau ulasan tentang kisah benar blogger tersebut dengan makcik hajjah tu. Korang baca sendiri kat bawah sini cerita beliau. Sikit pun tiada suntingan dari aku mahupun tapisan dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia (Finas). Apa yang ada semuanya original dari blogger tersebut.

Jom baca dan ketahui kisah benar beliau main dengan makcik hajjah.
Cerita Main Dengan Makcik Hajjah ini sebenarnya adalah kisah nyata yang terjadi dalam hidupku malam tadi.Aku memang tak menyangka sama sekali dapat main dengan seorang makcik bergelar hajjah.Makcik hajjah ni sebenarnya isteri kepada salah seorang kawan/jiran satu tempat tinggal denganku.Walaupun isteri kepada kawan,tetapi nama betul makcik ni memang aku tak tahu. Aku biasanya hanya memanggil beliau dengan panggilan hajjah saja sama seperti panggilan yang digunakan oleh jiran-jiran lain.Maklumlah makcik hajjah ni dah 2 kali pergi ke Mekah, bekerja pula guru mengaji Al-Quran di tempat tinggal kami. Memang layaklah dia dipanggil hajjah berbanding dari nama sebenarnya.

Makcik hajjah ni orangnya sederhana, tak berapa tinggi tak berapa rendah.Umurnya pula dalam lingkungan 50 an,tapi kalau korang tengok memang tak percaya umurnya dah masuk 50 sebab makcik hajjah ni aku fikir memang kuat makan jamu atau pun memang terer awet muda.Kalau tak kenapa dia ni masih lagi cantik,berkulit halus dan putih serta masih cergas dan aktif.Lagipun,badannya yang sering dibalut dengan baju kurung dan tudung labuh,tidaklah nampak gemuk dan layu macam makcik-makcik lain. 

Cerita aku dan makcik hajjah ni main berlaku kat sebuah dewan yang tak jauh dari tempat tinggal kami. Malam tu sebenarnya wifeku tak ada jadi terpaksalah aku bersendiri. Nak dijadikan cerita,malam tu juga makcik hajjah tu pun tak berpartner sebab suaminya dah berpartner ngan orang lain.Melihat makcik hajjah yang malam tu cantik memakai track suit dan t-shirt dengan tudung yang tak berapa labuh, hanya duduk menunggu suaminya, jadi daripada aku sendiri-sendiri, aku cuba ler ajak makcik hajjah tu main ngan aku.Lagipun ada tempat tak ada orang untuk kami main.

Mula-mula makcik hajjah tu menolak, katanya dia tak berapa pandai.Bila aku kata aku pun bukan pandai sangat, tak sangka pulak dia setuju. Jadi mulalah kami main berdua.Walaupun makcik hajjah ni sudah berusia tapi yang membuat aku terkejut giler bila dia menunjukkan aksi yang benar-benar hebat.Lelah aku mengikut rentak permainannya, sampai berpeluh-peluh walau keadaan dalam dewan masa tu agak dingin.

Agak lama kami berdua main hingga mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke kemuncaknya. Memang makcik hajjah ni cergas dan hebat.Banyak juga skil-skil main yang dia tahu. Sampai 3 round kami main.Round pertama aku bermandi peluh.Memang lenjun habis aku dikerjakan makcik hajjah.Aku bagi dia ambil,dia bagi aku ambil.Round kedua,makcik hajjah pula lelah aku kerjakan.Mandi peluh juga dia menyambut pemberian aku.Begitu juga round ketiga, hingga akhirnya makcik hajjah tewas juga dengan permainanku.

Bila selesai main,makcik hajjah dah puas menelan air dan aku pun lega meneguk air, dalam keadaan tubuh yang masih lenjun oleh peluh,kami duduk melepaskan penat lelah. Dengan nafas yang masih sedikit termengah-mengah,kami berbual dan bercerita.


Ini antara perbualan kami berdua..

Makcik hajjah: Wah!hebat engkau ni ya,penat makcik engkau kerjakan.

Aku: Makcik pun sama.Berpeluh-peluh saya.

Makcik hajjah: Biasa makcik main 2 round je.Dengan engkau sampai 3 round.Seronok pulak.

Aku: ye ke?Makcik nak main lagi?

Makcik hajjah: Tak larat dah makcik malam ni.Malam esok kita main lagi.

Aku: Ye lah cik,senang-senang kita main lagi.Best main dengan makcik ni,macam..

Makcik hajjah: Macam apa tu?(belum habis cakap makcik dah menyampuk)

Aku: Kita main tadi tu kan cik.. lebih kurang cam Chong Wei main sama Lin Dan cik.

Makcik hajjah: Chong wei sama Lin Dan?

Aku: Ala masa diaorang main kat London baru-baru ni.

Makcik hajjah: Ooo...yang itu.Ada makcik tengok..tapi lupa pulak makcik kejohanan apa tu..

Aku: Kejohanan badminton dunia cik.Kan 3 round juga diaorang main.Sama cam kita main tadi,3 round. 

Selepas seketika berbual-bual dan peluh di tubuhku dah agak kering,aku pun meminta diri untuk pulang dulu.Sementara makcik hajjah masih menunggu suaminya yang masih lagi bermain di round ke-3 (set penentuan) dengan partnernya.

Dalam perjalanan pulang,aku berkira-kira dalam hati untuk membeli raket baru.Seronok pula rasanya dapat partner bermain yang 'boleh lawan' macam makcik hajjah.

Well, macam mana? Apa pendapat korang? Hebat tak makcik hajjah tu? Kepada korang semua, jom amalkan gaya hidup sihat. Dengan izin Allah, akan diberi kesihatan yang baik pada kita untuk kita terus beramal kepadaNYA.

Terima kasih kepada korang semua coz korang sudi baca sampai habis entri aku ni. Mohon maaf atas kesulitan yang ada. Kalau korang nak baca yang betul² dan real boleh klik entri INI.



Sumber cerita: Spices of heart



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-



Jom terjah Digital Raudhah Photography




Dah lama nak publish entri ni tapi rasa macam segan dan malu alah pula. Maklum la kan, rasa rendah diri itu lebih rendah dari diri aku yang sememangnya sudah rendah ni....HiHiHi....(◕‿◕)

Well, kepada u all semua.....yang suka tengok gambar....suka tengok keindahan milik Tuhan....suka digital kamera.....suka selfie....suka hal² berkaitan dengan photography.... nak invite u all untuk terjah dan like muka buku Digital Raudhah Photography



Pages Digital Raudhah Photography ni dah lama ada kewujudannya. Aku create bersempena dengan tarikh hari menjadian aku 0702 yang lalu. Tapi segan silu pula nak war² kan. Maklum la, hasil yang ada tak seberapa. Ilmu pun tak banyak mana. Masih lagi tengah merangkak belajar kenal kehidupan berkamera. 

Aku harap, dengan sokongan dan dokongan u all semua aku tegar berlari² selepas ni. Dan, aku harap.....semasa aku berlari nanti aku tak tersadung akar kehidupan yang bisa melelaskan jiwa. 

Buat masa ni stok yang ada dalam HDD tak sempat nak pp (picture processing) sebab adobe photoshop ada sedikit masalah problem yang perlu aku santuni.

Well, kepada all of u.....welcome to Digital Raudhah Photography | story of my journey - a picture speaks a thousand words

Jangan lupa terjah taw. U ar my prens!

Jazakallah fiikum.

Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday, 30 October 2014

Sebab parking nurse Kelantan kena maki?





Sekadar gambar hiasan.

Siapa pernah pergi hospital awam tentu punya pengalaman bagaimana 'ketat' nya jiwa nak dapatkan parking. Masalah ini berlaku hampir diseluruh negara. Parking dihospital menjadi masalah utama untuk staff, pesakit dan pelawat. Bagi aku, ini bukan masalah baru. Tapi menyalahkan orang lain atas sebab² yang tak sepatutnya memang kurang asam boi bagi aku. Bagaikan sel² otak tidak berhubung sewajarnya.

Tak kira la nurse tu dari planet mana sekali pun, kalau pun yer salah nurse tu sebab payah nak dapat parking tak perlu kot sampai nak mention bagai....apa lagi jika permasalahan yang dihadapi tu sikit pun tak terkait dengan insan yang dimaki.

Akan ada yang cakap nanti, biasa la media sosial......dah nama pun media sosial.....suka ati la nak text gajah rimau apa yang ada dalam kepala......yang disusahkan kenapa.....Ayooooooo......meh nak habaq mai, sebelum ang text sesuatu tu ang pikiaq pakai pa? Ada hati, ada otak...ada akai.....guna la seeloknya. Bukan ke hati sendiri yang kawal perlakuan diri? Bukahkah apa yang kita tulis tu adalah diri kita? Apa yang kita rasa.....apa yang kita punya? Tapi tak tahu la pula jika ada orang text something kat media sosial dibawah kewarasan akal.....Mabuk ketum dan pil kuda tu lain cite....Apa pun, bahasa menunjukan bangsa okey! Kalau hati kita comei maka indah dan sweet la hari² yang kita tempuh......tak gitu?

Sumber
Bab tak dapat parking and kaitkan nurse Kelantan macam hare*** tu satu hal. Yang aku duk kompius ni apa perkaitan engineer dengan tempat parking. 

Ok la, aku nak hubungkan sel² otak aku kejap demi mencari jawapan pada kenyataan yang sedikit bangang. 

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Perompak tikam perut dan kelar leher peniaga




Ngeri. Sedih. Marah. Itu saja yang mampu aku catatkan bila dapat tahu tragedi yang menimpa seorang peniaga di Sri Bandi semalam. Kesian aku tengok gambar mangsa yang anak sedara beliau share dalam wassap group. Kena kelar tengkuk dan kena tikam kat perut. Katanya, mangsa sempat bergelut dengan ketiga-tiga perompak sebelum kekecohan tersebut disedari oleh seorang pengawal keselamatan kilang bersebelahan kedai mangsa.

Tiga orang perompak yang bersenjata itu akhirnya melarikan diri. Dipercayai ketiga-tiga perompak tersebut menaiki kereta Volvo. Perompak berjaya melarikan wang tunai RM2000 dan telefon bimbit mangsa. Lain² belum dikenal pasti.



Selepas kejadian, mangsa telah dihantar ke klinik Sri Bandi untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana mangsa mengalami kecederaan yang serius, pihak klinik telah membawa beliau ke hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut. Melalui wassap group semalam, diberitakan doktor dah pun jahit dan rawat kecederaan mangsa. Alhamdulillah......mangsa kini dalam keadaan stabil.






U all perasan tak, penjenayah sekarang ni dah tak segan silu dah nak buat kerja jahat depa. Kalau dulu pandai juga depa buat kerja jahat sembunyi² atau di malam hari, tapi sekarang ni tak lagi.......asal jadi je depa buat kerja jahat depa. Bagi depa ni undang² yang ada kat Malaysiaa hanya bahan lawak jenaka.....sikit pun depa tak rasa gerun.....

Kalau u all tak percaya u all try buka dengaq berita tv.......mesti ada berita pasal jenayah tiap hari. Aci potong la kalau sehari tak ada berita pasal kes² jenayah........itu dalam tv, yang dalam surat khabar apa pun ada lagi....Itu yang di laporkan, yang tak lapor banyak mana duk ada.....sendiri mau pikir la sahabat semua....

Tapi yang aku cukup² heran....ada je bijak pandai dikalangan menteri pasola kata indek jenayah kita masih rendah jika nak dibandingkan dengan negara² pasir berdengung....bal...bla...bla.....Malaysia masih aman. Itu kata menteri pasola. Bagi aku, aman tapi tidak selamat. Siapa²  pun selayaknya menjadi mangsa.

Kenapa jenayah semakin menjadi² kini? Pemimpin....pihak berkuasa dan kita² semua kena la pikiaq secara berjemaah. Cari jalan....cari penyelesaian. Kenapa penjenayah tak takut pada undang² sedia ada? Ringan dan longgar ke undang² yang ada kat bumi bertuah ini? Jika diperketatkan sekali pun tapi jenayah makin menjadi² maka kita kena balik semula la pada asas agama (islam). Masing² kena duduk renung dalam lubuk hati, paru², ginjal, pankreas dan yang sewaktu dengannya why semua ini terjadi.

Mungkin undang² manusia yang ada sekarang tidak sempurna. Sebab tu nak menangani kusut semacam kes² yang duk ada. Mungkin dah tiba masanya untuk kita (orang islam yang beriman dan bertakwa) mempraktik dan mengangkat undang² Allah (hudud dan qisas) dalam kehidupan seharian kita. 

Aku malas cakap banyak pasal ni. Masing² Allah kurniakan otak dan akal maka pakat² la pikiaq. Hari ini mungkin kena kat keluarga orang lain. Esok² mana tahu kena atas tubuh badan kita dan ahli keluarga kita pula....nauzubillah......




Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday, 29 October 2014

Kek puding dan white coffee kala hujan.





Hujan turun. Boleh tahan juga lebat. Yang pasti, moment 'hilang akal' menjelma lagi tadi. Rasa malas pula nak keluarkan kamera dari dalam Sun-Dry. Biar je la dia rehat secukup rasa sebelum mood mengeshoot datang semula. Untung buat kengkawan yang turun petang ni kat lokasi. Rezeki buat mereka....Aku? Santai kat rumah je sambil godek blog yang dah bersawang ni. Conteng apa yang patut. 


Kredit foto: Digital Raudhah Photography

Asal hujan je perut jadi lapar. Asal lapar je mesti time hujan. Kenapa erk? Ada kena mengena dengan teori sains tak? Perut tetiba jadi lapar.....Kalau kat kampung kalau hujan² sedap dah pekena ubi kayu rebus sama air kopi. 

Godek² peti ais......ada lagi kek puding semalam yang berbaki. Pemberian jiran depan rumah yang baik hati. Mak aku selalu pesan, "Dengan jiran jangan dibuat seteru madu. Hidup muafakat baru berkat"

Kredit foto: Digital Raudhah Photography

Teringat masa dolu²....masa baru nak kenal erti kehidupan....jauh berkelana ke kota metropolitan. Menyewa reramai dengan rakan. Duduk satu taman tapi dengan jiran² sikit pun tiada tali persaudaraan. Memasing buat hal sendiri.......sibuknya 25 jam sehari. Sampai jiran sebelah menyebelah pun tak tak tahu nama dan tak kenal rupa.

Moral off story...mesra² la dengan jiran tetangga. Sesungguhnya hak² jiran itu ada pada bahu kita dan kita wajib untuk meraikannya. Perlu penuhi hak dia. Nak tahu hak² jiran yang ada pada kita? Salah satunya adalah menziarahi ketika dia sakit. Hadir ke majlis jika dijemput dan banyak lagi hak²  jiran yang kita perlu penuhi dan santuni.....

Sabda Baginda SAW bermaksud: 

Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.❞ [Hadis riwayat Muslim]


Hujan.....kek puding dan white coffee sememangnya menu petang yang awesome.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)





Kredit foto: Lebai Google

Sedikit pengkongsian untuk rakan² pendidik. Mohon maaf pada yang yang bertanya sebab tak sempat nak reply emel. Harapnya, sedikit pengkongsian ini mampu meringankan beban rakan² pendidik. 

Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2). Rakan² pendidik boleh klik download untuk memuat turun contoh soalan ini. 




Aras soalan tersebut untuk aliran SJK tapi nak guna untuk SK pun rasanya tak ada masalah. Ubah dan modified la apa yang difikirkan perlu yer.

Bagi kertas peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 kertas 1, rakan² pendidik boleh rujuk entri Kertas 1. Klik donwload untuk menyimpan.

Semoga pengkongsian kecil ini memberi manfaat buat semua. InsyaAllah...

Sharing is caring

Jazakallah.





Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #44

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Biar sahaja gambar yang berbicara. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 




Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotography yang tak seberapa dari akutukang gambar nubis kubis tahap teletubbies.
 
Jazakallah fiikum.



Support us MansuhPBS

kredit photo: lebai Google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)




Sistem pendidikan yang diladeni sekarang ni sedikit berliku.....berlopak dan berlumpur. Masih ramai dikalangan rakan² pendidik yang keliru. Ramai yang buntu. Ramai lagi yang hidup dalam haru biru. Semuanya bertitik tolak dari 'otak² hitam' yang cuba menjadi profesor serba tahu.

Ada rakan yang bertanya tentang bentuk ujian atau peperiksaan yang harus bagaimana perlu mereka jalankan untuk akhir tahun ini. Adakah soalan perlu bergantung pada band dan eviden seperti zaman huru hara suatu ketika itu atau menjalankan ia seperti kaedah normal (peperiksaan). 


kredit foto: Lebai Google

Jika mengikut pada bicara Menteri Pendidikan, UPSR akan dikekalkan.....so......pada hemat serembrum kiri aku, soalan yang perlu disediakan bukan lagi berdasarkan pada band atau evidens. Untuk penilaian band dan evidens ianya telah pun di buat secara offline, lantak cikgu-cikgi la nak taruk band berapa pada setiap pelajar memasing nanti. Untuk peperiksaan akhir tahun, sediakan sahaja soalan berkonsepkan peperiksaan awam seperti sedia kala. Letak tepi soal fening² kapla....tunggu sahaja pencerahan minda dari pihak berwajib seandainya ada perubahan lagi selepas ini.

Apa pun, pesan aku pada rakan² pendidik, bawa la berbincang dengan pihak pentadbiran memasing. Jangan main aci redah pula. Mahzab aku ni jangan di follow sangat, takut sesat......HeHeHe....Well, kepada yang bertanya berkenaan soalan exam akhir tahun boleh la klik pada Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 untuk di donwload.





Aras soalan tersebut untuk aliran SJK tapi nak guna untuk SK pun rasanya tak ada masalah. Ubah dan modified la apa yang difikirkan perlu yer.

Sharing is caring

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 28 October 2014

Cara Rakam Light Trail Untuk Amatur

kredit foto: Google images

Sebelum ni aku ada join kelas shoot light trail (baca entri INI bagi yang tertinggal keretapi) dan aku juga ada berjanji nak kongsi serba sedikit cara² untuk merakam.

Merakam light trail (jalur cahaya) kenderaan yang lalu lalang di atas jalan raya merupakan salah satu cabang photography. Ramai photographer suka bereksperimentasi dengan kamera mereka untuk menghasilkan gambar terbaik merakam light trail. Sebelum turun shoot pastikan korang dah study kamera milik korang tu sebaik mungkin. Yang paling penting korang tahu apa itu ISO, Aperture dan Shutter speed.

Untuk menghasilkan rakaman foto light trail, seorang photographer biasanya akan mengawal kelajuan shutter kamera untuk menangkap pergerakan cahaya dalam pendedahan yang panjang. 

Teknik ini memerlukan korang setting kamera korang dalam mod manual terlebih dahulu sebelum korang setting ISO, Aperture dan Shutter Speed dalam bacaan yang betul bagi menghasilkan impak yang ohsem dan foto yang dirakam nanti akan menghasilkan imej yang awesome.

Antara kelengkapan asas yang perlu korang ada untuk merakam photo light trail.
  1. Kamera digital
  2. Tripod
Setelah korang faham gajet yang korang miliki dan korang telah adakan kelengkapan untuk merakam maka korang perlu mengikuti langkah² dibawah.

  • PEMILIHAN LOKASI DAN PENGGUNAAN TRIPOD
Korang perlu memilih lokasi yang bertepatan untuk merakam photo light trail sebab ia melibatkan cahaya yang bergerak. Korang perlu memilih jalan yang mempunyai aliran trafik yang mantap dan berterusan serta tidak menghalang sudut pandang (fokus) lensa untuk merakam.

Penggunaan tripod adalah bertujuan untuk menghalang kamera dari bergoyang. Hal ini kerana korang akan menggunakan setting shutter yang paling rendah.

  • SETTING SHUTTER SPEED
Beralih ke mod manual dan kemudian memilih kelajuan shutter yang perlahan. Tempoh masa shutter koranng perlu terbuka bergantung kepada cahaya yang ada dan kelajuan lalu lintas. Tempoh masa 10 saat adalah titik permulaan yang baik. Jika kamera korang tidak mempunyai mod manual, boleh guna mod pemandangan malam untuk mencapai kesan yang sama.

  • SETTING ISO

Korang telah menggunakan kelajuan shutter yang rendah, cahaya yang cukup harus mencapai sensor korang untuk mengelakkan rakaman menjadi kurang terang. Ini bermakna korang boleh menggunakan ISO yang rendah. Korang boleh set bacaan ISO 100 untuk permulaan. Hal ini bagi mencegah rakaman foto yang terhasil mempunyai banyak noise. Jika gajet korang berbingkai penuh mungkin anda boleh menaikkan ISO lebih tinggi.

  • SETTING APERTURE
korang boleh menggunakan f/10 untuk permulaan rakaman. Rakaman jalur cahaya perlu kejelasan yang jitu untuk menampakkan lagi kesan dramatik pada jalur² kenderaan. Korang boleh pilih bukaan sehingga f/22 namun harus diingat, aperture perlu seimbang dengan ISO dan Shutter Speed untuk mendapatkan pencahayaan yang secukupnya ketika merakam sesuatu gambar.

  • TUKAR WHITE BALANCE
Untuk mengelakkan cast warna yang tidak dikehendaki daripada muncul pada gambar yang korang rakaman, menetapkan white balance yang sesuai dengan sumber cahaya yang korang pilih. Lampu kereta menghasilkan tungsten/lampu pijar menggunakan tetapan ini sehingga mendapatkan warna yang tepat. Sebagai alternatif, korang boleh beralih ke tetapan imbangan putih yang berbeza untuk menghasilkan kesan kreatif.

Kesemua setting di atas ini tidak mandatori. Korang boleh menukar² setting mengikut kesesuaian keadaan lokasi tempat kejadian dan juga kemampuan gajet yang korang miliki. Bagi gajet yang berbingkai penuh mungkin mempunyai kemampuan rakaman yang berbeda jika dibandingkan dengan gajet crop body.

 1/25" | f22 | iso 100 | focal length 17mm

Kredit foto:
K-mang Hakim

SOOC | 1/6" | f13 | iso 320 | focal length 17mm

Kredit foto: Digital Raudhah Photography

Selepas merakam korang perlu pp (picture processing) bahan mentah yang korang rakam tu dalam sofware seperti lightroom atau adobe photoshop serta software² yang sewaktu dengannya untuk mendapat impak yang lebih ohsem dan awesome terhadap gambar yang telah korang rakam.

Korang boleh rujuk youtube How To Add Car Light Trail In Photoshop untuk mempelajari cara
² pp gambar light trail. Korang mungkin boleh baca tutorial How To Shoot Light Trail lebih lanjut.

Well, itu sahaja pengkongsian yang termampu untuk aku kongsikan dengan u all semua. Mohon maaf atas apa yang terkurang dan ketakfahaman. Kepada yang nak tambah lagi agar entri ini lebih berperisa boleh la komen dan kritik di ruangan komen bawah entri ini.

Sharing is caring.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.