Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 25 August 2014

Usah


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Usah bilang kamu cinta jika kamu sekadar mempersenda.
Usah bilang kamu setia sedangkan kamu hanya bersandiwara.
Usah bilang kamu bersedia jika kamu masih berkira-kira.
Usah bilang kamu luka derita jika hakikatnya kamu berbahagia.
Usah bilang apa-apa...
Andai bicara hanya dusta.
Usah bilang apa-apa....
Andai kata tak terkota
Usah bilang apa-apa....
Kerna ia bisa membunuh sebuah jiwa.


[Munsyi Love]




Support us MansuhPBS

kredit foto: Google


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-








Wednesday 20 August 2014

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #42

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Biar sahaja gambar yang berbicara. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 




Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotography yang tak seberapa dari akutukang gambar nubis kubis tahap teletubbies.
 
Jazakallah fiikum.



Support us MansuhPBS

kredit photo: lebai Google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 19 August 2014

Frust bercinta remaja sanggup kelar tangan




Sejak ada facebook dan media sosial ni macam2 hal...macam2 cite...macam2 kes yang menjadi santapan minda khalayak. Macam2 duk ada....ada antaranya sampai tak terjangkau dek akal. 

Terkini, gambar seorang remaja yang mengelar pergelangan tangan menjadi viral di facebook dan media sosial. Khabarnya 'balak' remaja tersebut telah lari meninggalkan dunia beliau hinggakan beliau nekad mencederakan diri sendiri pantas mengupload gambar kecederaan manja-manja yang dialami berserta captionnya sekali.


Antara komen2 khalayak terhadap tragedi tragis remaja tersebut membuatkan aku rasa seperti sedang membuat sauna otak.

Kentut pon bau nestum lg dah pandai nk bercinta. bila frust toreh2 tgn. ape benda lahai
Manusia skrg mnjadi semakin pelik dgn pengunaan gaya bahasa yg aneh.
Setakat buat tu boleh la,ce cuba botakkan pale tu..ada bran tak...
Dik, sekolah habiskan dulu, ejaan pun tak betul nak kelar tangan bagai..
Bagi aku, cinta itu tidak salah. Cinta itu adalah anugerah. Anugerah Allah buat orang2 yang berhati dan berperasaan. Tapi, ia jadi salah bila kita mengemudi cinta itu dengan cara yang salah dan tiada arah.

Dalam islam itu ada cara2 untuk bercinta. Nak tahu u all boleh baca SINI.

Kepada adik2 remaja kat luar sana dan yang tersesat datang terjah sini...apa2 tindakan yang u all nak buat kelak, pastikan sel2 otak anda berhubung terlebih dahulu. Fikir dulu sebelum buang membuat apa2 tindakan terburu2 yang boleh merugikan diri sendiri.

Malu la pada anak2 dan remaja di Gaza sana. Mereka sanggup luka berdarah dan mati demi agama Allah. Sedangkan anak2 dan remaja di bumi Malaysia yang merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio sanggup melakukan aksi lagak ngeri yang tiada membawa apa2 erti.

Akhir kata, selamat menyambut hari kemerdekaan negara......"Di sini lahirnya sebuah cinta".




Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-


Sebab-sebab gagal permohonan melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi STPM/Setaraf sesi Akademik 2014/2015.




Anda memohon melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tetapi tidak berjaya?

Jika anda gagal untuk ditempatkan dimana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara mungkin permohonan anda sebelum ini ada masalah. 

Melalui laman facebook rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi telah menyenaraikan beberapa sebab yang mengakibatkan kegagalan calon untuk menempatkan diri ke IPTA.


Sebab-sebab gagal permohonan melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi STPM/Setaraf sesi Akademik 2014/2015.
  1. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT.
  2. Tidak memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program pengajian.
  3. Permohonan yang tidak lengkap.
  4. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan.
  5. Memohon program luar bidang aliran.
  6. Tidak Tekan butang ‘Sah & Hantar’ semasa permohonan.
  7. Pemohon sedang belajar.
  8. Penghantaran dokumen yang lewat selepas tarikh tutup permohonan (Kategori Diploma Setaraf).
Kepada calon-calon yang tidak berjaya tidak perlu berputus asa kerana anda masih boleh membuat rayuan melalui sistem online e-rayuan. Anda hanya perlu memasukkan 1. Jenis pemohonan 2. Program pengajian 3. Kategori sebelum membuat rayuan. Anda perlu mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh BPKP. Klik SINI untuk  maklumat lanjut.

Pastikan anda tidak mengulangi lagi sebab-sebab yang mengakibatkan permohonan anda gagal seperti yang dinyatakan di atas. Cermat la ketika mengisi borang e-rayuan anda. Harap menjadi ikhtibar buat semua pemohon dan bakal-bakal calon pada masa akan datang.

Moga kejayaan milik anda.



Kredit foto: FB rasmi UPU



Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Calon Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015




Berita baik!!!


Kepada calon-calon lepasan STPM atau setaraf yang telah membuat permohonan bagi melajutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi boleh mula menyemak keputusan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2014/2015 di laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajaran (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di SINI.

Calon-calon yang telah memohon boleh juga membuat semakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Calon hanya perlu menaip UPU <jarak> RESULT <jarak> NOKP dan SMS ke 15888. Contoh seperti bahan grafik di bawah.


Semakan boleh dibuat mulai 12 Ogos 2014 sehingga 11 September 2014 (11.59 malam). 

Calon juga boleh mengikuti Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajaran (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dengan klik butang like akaun facebook BPKP JPT - FB rasmi UPU.

Selamat melanjutkan pelajaran buat semua. Taniah kepada yang berjaya. Kepada yang tak berjaya, jangan putus asa. InsyaAllah, rezeki anda ada dimana-mana. Husnudzon la pada Allah.


Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday 16 August 2014

Panduan Jadikan Media Sosial Saham Akhirat.




Aci tak kalau entri aku kali ni takde mukadimah. Kira terjah terus pada maksud tajuk entri. Kan tulis pepanjang korang malas pula nak membaca. Sebab aku baru baca laporan yang mengatakan rakyat Malaysia ni sebenarnya malas membaca (bukan semua malas membaca tau tapi ramai yang malas membaca). Terutamanya bahan bacaan berat yang ada unsur2 ilmu dan manfaat untuk kehidupan. Yang banyak masyarakat Malaysia baca (terutamanya Melayu - segelintir melayu sebetulnya) adalah bahan bacaan berkonsepkan hiburan......for example majalah URTV, Mangga, Harmoni....majalah hiburan yang lain2 dan novel2 cintan cintun (mungkin blog aku pun termasuk dalam skop ni juga kot...HiHiHi...)

Statement pada perengan kat atas tu bukan aku yang cakap tau. Tapi para pengkaji yang mengkaji. Nak tahu lanjut pasal pengkaji yang mengkaji tu u all  boleh tanya je lebai Google. Sebab entri ni bukan aku nak bebel pasal depa pun....HeHeHe....



Ok, berbalik pada tajuk (dah macam mukadimah pula perenggan2 kat atas tu).....Well, Macam mana media sosial boleh dijadikan sebagai saham akhirat untuk kita???? (cuba u all buat2 garu kepala). Ni hah....aku nak habaq dan ingatkan kat diri aku sendiri dan juga u all yang aku sayangi.....Ada tiga aliran pahala yang tidak akan putus sampai kepada kita meskipun kita telah meninggal dunia. Apakah itu?
  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang diamalkan
  3. Anak soleh.
Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya[HR: Iman Muslim]
Jadi, cuba u all kaitkan yang no.2 tu dengan media sosial (facebook, blog, twitter, wassup dll). Well......penah tak u all terfikir bahawa status dan entri kita kat media sosial itu boleh dikategorikan sebagai ilmu yang diamalkan....yang boleh dijadikan saham akhirat....yang boleh buat kita bersenang-senang 'di sana'? 

Ilmu itu maksud dia luas maha benar. Tidak semestinya ilmu agama semata-mata. Apa sahaja ilmu yang boleh diamalkan dan bermanfaat kepada orang lain sehingga memberi kebaikan kepadanya maka dengan izin Allah SWT kita bakal mendapat pahala yang tidak putus-putus. Jadi, tulis la status dan entri yang baik-baik di media sosial, yang memberi manfaat kepada orang ramai dengan ikhlas dan sabar. Jangan sesekali kita menyebarkan fitnah dan menulis sesuatu yang merugikan kita diakhirat kelak. Rugi dan muflis atas dunia takpe lagi.....rugi kat akhirat memang sadis wooooooo....

For example, aku ni takde la pandai mana dalam urusan masak memasak. Tapi aku try juga main campak2. Lepas tu aku up resepi campak2 dan gambar tu kat media sosial yang aku kuasai. Tetiba datang la hamba Allah tu terjah hasil tulisan aku tu.....dia pun cuba la resepi campak2 aku yang konon2 best tu. Nak dijadikan story, hasil resepi campak2 yang dia follow aku buat tu akhirnya membuatkan suami dia bertambah kasih sayang pada dia. Jadi, secara tak langsung entri resepi campak2 dah beri secebis warna hidup buat kehidupan mereka sekeluarga. Lebih kurang gitu la ilmu yang bermanfaat ni. Ni contoh sahaja. Banyak lagi ilmu yang bermafaat yang boleh dicreate untuk santapan minda orang ramai. Segalanya bergantung pada hati memasing apa yang hendak diconteng.

Sebelum ni aku ada juga membebel pasal ni "Apa yang kita tulis itulah kita sebenarnya" (sebenarnya ada lagi entri2 yang sewaktu dengannya tapi aku malas nak carigali linknya). Tapi siapalah aku untuk mengubah pesepsi manusia dan melendik canggung dunia. Aku hanya penulis kerdil. Kekadang terbabas juga dari landasan. Namun, ketidaksempurnaan itu bukan penghalang untuk aku.....kamu dan kita semua berkongsi kebaikan. That rite???

Kekadang aku rasa aman di blog ini dan damai di pages Diari Seorang Lelaki berbanding lepaking di laman acc muka buku peribadi sendiri. Kenapa? Pasal ini nanti aku story lain kali. InsyaAllah...andai Dia beri aku kesihatan dan kekuatan.

Dengan izin Allah, jom kita pakat-pakat amalkan membaca surah Al-Mulk. Moga-moga mati kita nanti kita bebas dari seksaan kubur. Jangan lupa untuk amalkan surah Al-Kahfi ayat 10 pertama dan 10 terakhir. Mudah-mudahan kita semua terhindar dari fitnah akhir zaman yakni fitnah Dajjal yang maha dasat.

So....sekali lagi aku ingat kat diri aku dan u all, kita adalah apa yang kita tulis........"Apa yang kita tulis itulah kita sebenarnya"

Apa yang baik itu datang dari Allah. Apa yang buruk dan hodoh itu terhasil daripada diri aku yang daif ini (ayat skema dewan bahasa dan pustaka la pulop). Lantak la kalau u all nak gelakkan pun, tapi aku siyes baq ang. 

Dan, aku siyes juga nak u all LIKE lelaju pages photography aku yang INI

Aku harap entri Panduan Jadikan Media Sosial Saham Akhirat ini betul-betul menjadi panduan. Walaupun tak banyak, sikit pun jadi la manfaatnya pada u all yang terjah sini. Sekurang-kurangnya aku dah dapat sedikit saham akhirat dengan tulisan entri ini. Hahhhhh....gitu...

fullstop.



Support us MansuhPBS

kredit foto: Lebai Google


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-



Friday 15 August 2014

Izinkan Aku

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Aku bukan sesiapa....
Selayaknya yang kedua,
Sekadar penghibur saat disapa duka,
Tika kamu tak betah mendakap bahagia bersamanya..
Dihati kamu masih ada dia.....
Masih butuh mendambakan gembira bersama,
Aku hanya dermaga....
Perlabuhan sementara cuma,
Kamu kan pergi jua bila tiba saatnya.....
Tinggal nanti aku dalam relung duka....

Lupakan aku....
Usah kapan kamu hadir dalam hidupku
Jika hadir sekadar membunuh warna jiwaku....
Sungguh sulit untuk ku memahami cintamu...
Jika dihati kamu masih ada dia....
Mengapa cintaku harus dipersenda....


Lupakan aku....
Jangan salahkan diriku,
Izinkan aku permisi....
Merawat merah hati.
Agar hilang segala yang tersakiti...

Lupakan aku....
Izinkan aku permisi....
Biar sahaja rindu tak bertepi.....
Biar sahaja cinta ini ku dakap mati menyendiri...
Sedangkan kamu hingga kini,
Tidak pasti.....
Siapa yang harus ada untuk merajai takhta hati.

[Munsyi Love]


Support us MansuhPBS

kredit foto: Google


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.