AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 2 July 2014

Kesulitan amat dikesali



Ramai yang bertanya, kenapa dan mengapa aku dah tak senafsu dahulu untuk merapu dan meraban kat blog kesayangan aku ni sehinggakan mereka yang datang terjah pun boring tahap panda dah nak menyinggah ekoran takde entri terkini lagi sensasi untuk hadaman minda.  Adakah aku telah mengalami klimaks dalam bebelog? No...No...No... Penyepian aku ini hanya bersifat sementara sahaja. 

Antara sebab2 aku kurang lepaking kat blog Amir Aiman Akashah dan muka buku Diari Seorang Lelaki disebabkan oleh beberapa kesulitan yang ada.

  1. TM Net memberi perkhidmatan yang kurang marbeles. Mentang2 aku berada di dalam ladang jauh dipedalaman, sewenangnya mereka memperkotak-katikkan kewibawaan aku sebagai blogger dan pengguna perkhidmatan mereka. (Ini nanti aku cite lain entri)
  2. Tahap kecergasan mental dan fizikal muktahir ini kurang memuaskan - Maybe kurang rest yang berkualiti serta sakit ati dengan perkhidmatan yang TM Net beri. 
  3. Aku tengah membuat pembersihan untuk blog ini. 





Terima kasih pada yang sudi bertanya khabar dan inbox aku kat pages Diari Seorang Lelaki. Sebarang pertanyaan dan pengkongsian cerita korang boleh emel pada abg long korang yang cool lagi macho ni di amiraimanakashah@yahoo.com atau klik sahaja SINI.

Kepada korang semua yang sudi singgah sini aku ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Selamat berbuka-berterawih-bersahur. Dengan izin Allah, Perbanyakkan amal ibadah kita dibulan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Lemparkanlah sifat mazmumah kita ke hutan belantara. Dan, layarkanlah sikap jahiliah kita jauh ke Lautan Hindi sana. Moga segala kebaikkan dan ibadah kita diterima Allah SWT hendaknya. Ameen.


Barakallah fiikum



Support us MansuhPBS

Kredit foto: Google
Edit by: Digital Raudhah Photography
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.