Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 27 July 2014

6 gambar kemalangan maut di Gua Musang




Terima info dari seorang kenalan melalui whatsapp. Gambar tempat kejadian kemalangan ngeri siang tadi (26 Julai 2014-Sabtu). Untuk maklumat lanjut korang boleh baca SINI.

Kat bawah ni gambar2 yang sempat di rakam di tempat kejadian. 










Moga memberi ikhtibar kepada kita semua yang masih hidup dan berkelana di bumi Tuhan ini. Sesungguhnya mati itu ada. Datang ia tak kira masa dan tak kenal sesiapa. Takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa. Al-fatihah.

Kepada anda yang ingin menyalurkan maklumat atau sebarang pengkongsian sama ada gambar/cerita/info dan sebagainya boleh la whatsapp ke nombor 019-2038292. Sila nyatakan butir-butir diri dan maklumat yang ingin dikongsikan.

Semoga pengkongsian kita memberi manfaat buat semua. InsyaAllah...



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday 26 July 2014

Tragedi Menjelang Aidilfitri




GUA MUSANG : Lima maut manakala empat lagi cedera dalam dua nahas berasingan di daerah Gua Musang, siang tadi.

Dalam kemalangan pertama, tiga maut di tempat kejadian apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas di kilometer 17, Jalan Gua Musang-Kuala Lumpur berhampiran Rantau Manis.

Dalam kejadian sekitar jam 1.30 tengahari itu mangsa  yang maut di tempat kejadian dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Mangsa adalah Zulkifli Talib, 46, Suhariza Hasan, 36 dan Mohd Zuki Arriffin, 41 tahun.

Kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya yang dijangka jatuh pada Isnin ini.

Dalam kejadian tersebut kereta yang dipandu salah seorang mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal dan bertembung dengan sebuah bas persiaran yang datang dari arah bertentangan.



Manakala dalam kemalangan kedua yang berlaku di Aring Lapan, jam 10 pagi tadi, dua terbunuh  dan empat lagi cedera.

Mangsa yang maut adalah Mohd Kosim Rashid, 39, dan adik iparnya, Azliana Abdul Kadir, 30.

Manakala empat mangsa yang cedera adalah isteri mangsa, Arini Abdul Kadir, 37, serta tiga anaknya iaitu Umaira, 9, Mohd Aniq Aizat, 10, dan Alisa Balqis, 6.

Dalam kejadian tersebut kereta yang dipandu mangsa dikatakan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan lain.


Keluarga ini dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dari Kuala Terengganu ke Kampung Bertam.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.  Sumber


Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Kepada u all yang baru nak memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman berhati-hati ketika memandu. Patuhi undang-undang jalan raya dan segala papan tanda yang ada. Ingat, kelajuan itu adalah pembunuh.

Tak perlu gopoh-gapah. Tak ke mana pun destinasi yang u all tujui. Orang berpuasa kena banyak2 bersabar. Tak kira la berjalan waktu siang atau malam. Sabar itu kan sebahagian dari iman. 

Dapatkan info trafik terkini di SINI.

Moga u all amik ikhtibar atas apa yang telah berlaku. Al-fatihah untuk mangsa.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS




___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Persiapan Terakhir Aidilfitri.




Blog semua dah sunyi sepi. Semuanya sibuk membuat persiapan raya dan memulakan perjalanan balik ke kamgpung halaman untuk menyambut hari bahagia bersama yang tercinta. 

Aku pula masih lagi kat dalam ladang di kawasan pedalaman ni. masih membuat saki baki persiapan terakhir aidilfitri. Alhamdulillah, baru siap kiwi kasut untuk buat raya nanti. Raya tahun ni sekadar sahaja. Pakai mana yang ada. 


Kasut ni pun baik dan ohsem lagi. Bukan kedekut nak beli yang baru, tapi jenuh mencari tak juga jumpa yang berkenan tang hati. Dari Kota Bharu sampai ke kuantan mencari, takde juga yang berkenan. Payah maha benar nak memuaskan nafsu diri. Last2 angkat pakai je yang dah ada.

Baju melayu pun sama, pakai yang tahun2 sudah. Malas nak bikin baru. Yang lama pun masih elok lagi. Bukan pakai mana pun, cuma pakai time solat aidilfitri dan aidiladha. Selebihnya pakai masa ada event kat tempat kerja. Banyak mana sangat dalam setahun pakai-guna. Orang lain yang susah lagi ada, elok je sambut raya. Betul tak?

Raya tahun ni simple2 sahaja. Bersolidariti dengan saudara-saudara seagama yang hidup melarat akibat perang dan sengketa di negara mereka. Mudah-mudahan aku mampu merasai sama apa yang mereka rasa. Amin.

Insyallah, kejap lagi uasai solat asar akan memulakan kayuhan. Akan turut serta dalam keramaian orang ramai berpusu-pusu menyesakkan jalan raya. Mudah-mudahan kayuhan hari ini diredhai dan diberkati Ilahi. 

Sama-sama la kita merempuh jem dan bawa kenderaan memasing dengan penuh kesabaran. Bulan puasa kan bulan kesabaran. Tak gitu? Nak lelaju buat apa, destinasi yang kita tujui tak kan ke mana pun. Kat situ je dia tunggu kita. Biar lambat asal selamat.

Kepada u all yang nak gerak balik kampung tu rancang perjalanan. Service dulu kenderaan. Elakkan memandu tika mengantuk. Lebih afdal jika ada co-pilot kat sebelah. Mudah nak gilir2 jika penat drive. Maklum la kan, perjalanan balik beraya bukan macam hari-hari biasa. 

Well, pandu dengan cermat.......ingat la kenderaan belum langsai hutang. HiHiHi....(◕‿◕)☆™

Ok la, aku nak pen off dulu. Nanti aku sambung lagi bebel kat blog ni. Ada masa berbaki beberapa hari lagi sebelum sibukkan diri melayan perut makan ketupang-lemang dan rendang.

Terima kasih kepada u all yang sudi singgah baca blog aku ni. Jangan lupa tinggalkan sepatah dua kata untuk aku blogwalking hari raya kat blog u all.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS





___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 23 July 2014

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #41

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Biar sahaja gambar yang berbicara. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 




Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotography yang tak seberapa dari akutukang gambar nubis kubis tahap teletubbies.
 
Jazakallah fiikum.



Support us MansuhPBS

kredit photo: lebai Google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 22 July 2014

Kisah seorang 'Mok Cik'





Mok Cik dulu di era mudanya merupakan seorang bisneswoman yang berjaya. Kedai runcit beliau pada masa itu menjadi rujukan masyarakat kampung untuk mencari keperluan harian. Beliau juga rajin ke bendang bermandi lumpur untuk bercucuk tanam. Beliau gigih membantu arwah suami mencari rezeki demi keluarga dan anak yang dikasihi. 


Beliau juga antara otai2 dalam bidang masakan. Walaupun zaman gemilang beliau dahulu sudah berlalu. Namun beliau tidak pernah lokek menyumbang keringat untuk majlis yang diadakan. Setiap kali ada majlis gotong royong untuk jamuan besar di kampung, Mok Cik akan turut serta membanting tulang dan membantu apa adanya. 

Moga aura positif dan semangat yang ada pada orang lama seperti Mok Cik ini bisa dicontohi oleh anak2 muda masa kini. 

Tersangat la rugi jika orang2 muda malu dan jelek untuk mendekati 'si tua' kerana ilmu kehidupan belum tentu ada dalam buku yang mereka baca. Dan sesunggguhnya, pengalaman yang ada antara kita juga berbeda.

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang sudi singgah-baca. Untuk melihat hasil kraf keras tangan aku dalam berphotography u all boleh terjah SINI.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS




___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-


Antara Dua Pintu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة





Menunggu,
Menanti,
.....pintu mana satu milik diri. 
Kelak 'di sana'....apa untung kita, Surga atau Neraka. 



Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-


Akhirnya Israel menangis




Aku nak bersimpati pun tak boleh. Takde sikit pun feel sedih tu dalam merah hati. Sebagai manusia, kita biasanya tebal dengan nilai2 empati dalam diri, tapi untuk gambar2 kat bawah ni nilai2 tersebut bagaikan tidak wujud dalam diri.









Alhamdulillah, akhirnya briged Al-qassam telah berjaya membuatkan Isreal menangis dan terluka. Ini baru sedikit yang mereka alami dan rasai berbanding apa yang penduduk Gaza lalui. Aku ingat orang2 yahudi (zionis laknatullah) yang sering kali membantai penduduk Gaza serta melakukan kerosakkan dibumi ini bangsa yang takde perasaan, tapi rupanya mereka lagi lemah dari apa yang dijangkakan. Secara jujur....memang aku tak faham macam mana diorang ada perasaan untuk menangis setelah apa yang diperlakukan pada penduduk Gaza. Diorang yang serang orang diorang yang menangis.

Masa pergi membunuh dan membantai penduduk Gaza boleh pulak pula zionis ni gelak tawa, sikit pun tak pikir mati. Bila dah mati menangis bagai nak rak. Aku ingat hati kering puak2 zionis laknatullah ni tapi rupanya tidak. 

Well, mungkin ini baru hukuman kecil buat khilaf dan dosa yang telah mereka lakukan. Mungkin ini juga satu peringatan untuk mereka jadikan pedoman. Bak kata pepatah inggeris, "what you give you get back". Sekarang baru diorang tahu antara buku Al-Qassam dengan belacan.

Bagi aku, zionis laknatullah ini sepatutnya dapat lebih dari apa yang mereka rasai kini. Hutang darah di bayar darah.....hutang nyawa di balas nyawa. 

Akhirnya...mereka kenal erti kesedihan
Akhirnya...mereka kenal erti kesakitan
Akhirnya...mereka kenal erti kesengsaraan
Akhirnya...mereka kenal erti kehilangan
Akhirnya...mereka sedar pembalasan Tuhan.
Akhirnya...mereka tahu rasa ketakutan.



Support us MansuhPBS

kredit foto: Chada FM
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday 21 July 2014

MH17 | Kematian yang telah dirancang?





Lima hari dah berlaku tragedi menyayat hati MH17 terhempas (di dakwa di tembak) di Ukraine. Namun, masih belum ada tanda2 pihak yang bertanggungjawab akan diheret ke muka pengadilan. Antara Rusia dan Ukraine masing2 saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Semuanya bagaikan pakat jaga ''monggeng' sendiri! Yang jadi mangsa telah pun tak bernyawa. 


Timbul persoalan di sini, apakah benar tragedi MH17 ini telah dirancang? Sama seperti apa yang berlaku pada MH370 yang hilang hingga kini tanpa khabar berita. Hidupkah? atau matikah semuanya? Jika tidak bernyawa lagi, kubur mereka tak tahu ntah di mana. Tiada lagi cerita ceriti dan dakwa dakwi fakta2 tentang MH370 yang hilang belum ditemui. Tumpuan kini pada MH17,  MH370 kian dilupai. 

Secara peribadi, aku akui bahawa tragedi MH17 ini adalah qada dan qadar dari Allah swt.  Kifarah untuk kita semua (rakyat sampai ke pemimpin) di Malaysia untuk bermuhasabah diri. Sebagai muslim yang beriman WAJIB menerima ketentuan takdir ini dengan berlapang dada dan merasai kekerdilan diri seorang yang berjiwa hamba. Namun, bagi aku, keadilan buat MH17 perlu juga ditegakkan terutama buat seluruh nyawa yang tak berdosa yang menjadi mangsa. 

Mengikut satu sumber, bahawasanya tragedi MH17 ini seperti telah dirancang. Bagaikan ada tangan2 jahat yang menginginkan ia berlaku. Aku cuba untuk mendapatkan kesahihan maklumat tersebut, namun buntu. Jika ada pihak yang mengetahui lanjut setelah baca entri ini boleh emel aku atau inbox aku kat sini.

Kat bawah ni maklumat tersebut yang di print screen pada ruangan komen disebuah blog.


"Ten dollars says a false flag will happen in ukraine within the next week. The kikes needs the media and the goyim to focus on big bad Russia so they can holocaust the Palestinians. Either chemical weapons or something big like shooting down a passenger plane. They went us to divert our attention. Just watch..
Cuba korang perhatikan pada kotak yang berwarna merah.  MH17 di dakwa ditembak pada 07/17/14 (fri) 10:15 (waktu Malaysia). Maklumat bakal terjadi sesuatu yang besar di Ukraine teelah ditulis pada 07/15/14 (tue) 10:42:01. Dua hari sebelum MH17 menjadi mangsa.


Adakah ini secara kebetulan? Jika ini betul2, bermakna siasatan menyeluruh perlu dilakukan. Bukan sahaja puak pemisah pro-Rusia dan Rusia sahaja disiasat dalam tragedi ini malahan Ukraine, Uncle Sam dan Zionis juga perlu masuk dalam senarai suspek dan disiasat sama penglibatannya. Kenapa? korang boleh cuba hadam apa yang ada kat SINI dan kat SINI.

Kenapa aku suspek Uncle Sam dan Zionis? Aku ada update pasal ni dah, tapi ramai yang tak cakna mana. Korang boleh baca SINI. Korang cuba cari hubungkait tragedi mh17 dengan zionis. Nak tahu real terrorist korang klik SINI. Dah klik tu jangan lupa LIKE dan SHARE lelaju pada sanak saudara agar seluruh dunia tahu jawapannya.

Bagi aku ini adalah satu hidden agenda. Mengalihkan tumpuan dunia terhadap kekejaman Isreal di bumi Gaza dan juga pengaruh perluasan kuasa yang cuba dimainkan oleh Uncle Sam  Si Dajjal. 

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al-Baqarah : 120 ).
Nak salahkan orang yang baru up benda alah ni kat media sosial tentang penemuan maklumat tersebut juga tak boleh. Mungkin dia pun tak menjangka hal ini akan benar2 berlaku.



Korang boleh copy paste No. 32499711 dan try google. Cuba tengok apa maklumat yang korang jumpa tu. Rasa2 ianya mengejutkan korang tak? Maybe ini antara maklumat yang berguna untuk korang analisis tragedi ini dengan melihat kepada semua penemuan maklumat dan bukan hanya bertumpu pada satu petunjuk sahaja.

MH17 itu hanya 'bahan', senjata serampang dua mata bagi tangan2 ghaib dibelakang tragedi ini. Kenapa MH17 dijadikan senjata serampang dua mata? Korang mampu memikirkannya.

So, adakah ini satu tragedi kematian yang telah dirancang? 

Jika ya, kenapa MH17?

Wallahualam.

Di awal tragedi MH370 aku telah tulis diblog ini. "Aku mulai bimbang ini satu 'permainan' walaupun melibatkan ratusan nyawa dan jiwa, kerana sejarah telah membuktikan kisah 'permainan' ini ada....nauzubillah....". Nah, sekarang ini MH17 pula mengambil tempat untuk permainan ini. Adakah lagi 'permainan' selepas ini?. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Marilah kita sama-sama amalkan membaca Al-Mulk, moga kita terlepas dari seksaaan kubur. Amalkan juga menghafal surah al-kahfi sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir (hafal abis lagi baik jika mampu), mudah-mudahan kita terlepas dari fitnah Dajjal yang dasat.


Jazakallah.


Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday 20 July 2014

Ada

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Ada Dia aku gembira
Tanpa Dia aku derita

Ada Dia aku bahagia
Tanpa Dia aku terseksa

Ada Dia aku berwarna
Tanpa Dia kusam dunia

Aku ada Dia ada
Dia ada terkadang ku alpa
Hidup ini nyata
Mati itu ada
Surga atau neraka,
Pengakhiran sebuah jiwa.

A|M|I|R|A|I|M|A|N|A|K|A|S|H|A|H
5th July 2014 | 7 Ramadhan 1435H
12:30am
Teratak Bonda Ayahanda.


Gambar sekadar hiasan.
Kredit foto: Mehrdad Garousi



Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

MH17 | Ditembak jet pejuang Ukraine?




Nampaknya Rusia dan puak pemisah Donetsk yang menjadi sekutu mereka boleh berdada lapang buat seketika bilamana ada sumber maklumat baru yang mengatakan bahawa MH17 bukan  ditembak dari darat ke udara tetapi telah ditembak oleh kapal pejuang Ukraine.

Mengikut laporan tersebut, seorang pegawal trafik udara di Kiev bernama Carlos didakwa memuatnaik tweet perihal MH17 ketika kejadian berlaku menggunakan akaun bernama @spainbuca (akaun telah ditutup).

Gambar hiasan: Jet pejuang Ukraine
Kredit foto: Google images

Sedikit pengenalan mengenai Carlos, beliau adalah seorang pengawal trafik udara berwarganegara sepanyol yang bertugas bersama-sama dengan pegawai asing yang lain di Kiev Ukraine. 

Berdasarkan tweet-tweet beliau di laman twitternya, dia memberitahu bahawa kerajaan Ukraine yang menembak jatuh kapal MH17, dan yang lebih menarik, pesawat MH17 ditembak oleh jet pejuang, bukannya misil seperti yang diberitahu media.

Untuk melihat kronologi tweet-tweet beliau korang boleh baca SINI. Terpulang pada kebijaksanaan serembrum korang untuk bersetuju atau sebaliknya. Bagi aku semua ini telah disetting dari mula sebelum kejadian terjadi. Adakah kemungkinan pihak berkuasa Malaysia telah mengetahui tragedi ini lebih awal? atau mungkinkah ada tekanan peringkat antarabangsa menyebabkan Malaysia terpaksa membatukan diri dan hanya menerima apa sahaja yang disuap oleh media dan kuasa besar diluar sana?

Melihat cara menjawab para pemimpin utama Malaysia semasa PC serta menjawab pertanyaan wakil media juga lemah, seperti tidak berkeyakinan dan seperti ada kegusaran dibenak mereka. Mungkin takut tersalah cakap dan tidak selari dengan apa yang dikehendaki oleh 'seseorang'.

Di awal penulisan aku sebelum ni aku ada juga menyentuh tentang logikal untuk pihak pemisah Donetsk menembak jatuh kapal Putin, Presiden Rusia yang menjadi sekutu mereka. Klik sini untuk bacaan lanjut.

Kebijaksanaan pemimpin Malaysia dalam menangani situasi amat2 diperlukan oleh seluruh rakyat Malaysia dan keluarga mangsa yang terdiri dari pelbagai negara. Aku amat berharap agar hikayat MH370 tidak berulang lagi ke atas batang tubuh MH17 yang telah hancur berkecai. Mudah-mudahan kebenaran akan menenggelamkan kebatilan.

MH17 sepertimana MH370 adalah nasib malang yang telah direncanakan oleh tangan2 jahat yang cuba untuk mencengkam dan menguasai dunia. Kita lihat apa skrip yang bakal mereka pentaskan lagi nanti.

Takziah dan Al-fatihah diucapkan buat semua yang dimangsakan. 

Marilah kita sama-sama amalkan membaca Al-Mulk, moga kita terlepas dari seksaaan kubur. Amalkan juga menghafal surah al-kahfi sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir (hafal abis lagi baik jika mampu), mudah-mudahan kita terlepas dari fitnah Dajjal yang dasat.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

MH17 | Mengapa ditembak jatuh?




Mengapa MH17 ditembak jatuh?. Ini teori sahaja. Betul atau salah itu terpulang pada neraca pertimbangan korang. Aku tak suruh korang percaya bulat2. Tapi aku tulis ni berdasarkan apa yang aku baca dari segenap sumber yang ada di muka buku, blog atau saluran berita online (yang konon2 berwibawa). 



1. Berdasarkan maklumat awal Syarikat MAS, MH17 tiba-tiba tidak dapat dihubungi diruang udara Belanda. Apesal boleh lost contact? MH17 ialah kapal terbang jenis Boeing 777 iaitu kapal terbang yg sama spesis dengan MH370 yang hilang tak jumpa-jumpa kat Lautan Hindi tu. Boeing 777 adalah kapal terbang yang boleh Flight By Wire, bermaksud ia boleh diremote control daripada ground atau satelit. Negara Uncle Sam sekutu kuat Isreal je ada teknologi ni. Maka untuk agenda tertentu, pihak Uncle Sam mungkin telah mengambil alih MH17 lalu menerbangkannya ke kawasan konflik Rusia-Ukraine. 

2. Berita Agensi Interfax melaporkan bahawa MH17 ditembak jatuh pada aras 10KM di ruang udara timur Ukraine. 10KM ialah lebih kurang 35 ribu  kaki. Yang ada keupayaan dan teknologi menembak jatuh pesawat pada altitud 35 ribu kaki ke atas ialah Rusia. Melalui proksinya (pemisah Donetsk) yang menentang kerajaan Ukraine (proksi Uncle Sam).

3. Jadi mungkin pada radar pihak pemisah Donetsk ia telah membaca bahawa pesawat MH17 ialah pesawat musuh kerana bagi mereka mana mungkin pesawat komersial terbang ke kawasan konflik. Dari situ pihak pemisah telah melancarkan peluru anti pesawat SAM (surface to air missile) ke arah MH17. Lalu terkena MH17 dan jatuh ke bumi. Ini kes tersalah tembak. Macam Soviet menembak jatuh pesawat komersial Korea suatu masa dahulu. Tetapi apakah agenda Uncle Sam mengambil alih MH17 dan membawanya ke kawasan konflik Rusia-Ukraine?

4. Memang benar ada penerbangan pesawat komersil lain diruang udara Ukraine semasa MH17  terhempas kononnya ditembak tetapi berapa jarak penerbangan tersebut? 20KM dan 30KM bukan satu jarak yang dekat antaranya. Mungkin MH17 telah diterbangkan betul2 dikawasan Ukraine yang berkonflik.



5. Jurucakap Malaysia Airlines (MAS) telah mengesahkan ia terputus hubungan dengan penerbangan MH17 tersebut selepas ia berlepas dari Amsterdam pada jam 12.14 pagi waktu tempatan (Amsterdam). Cuba lihat tempoh waktu MH17 dikatakan terputus hubungan komunikasi dengan pihak MAS ketika memasuki ruang udara Ukraine serta tempoh masa MH17 terhempas. Klik SINI


6. BRICS: Sebuah pakatan 5 negara telah lancarkan dana rizab yang baru libatkan jumlah sebesar $100 bilion. Ini menunjukkan negara-negara ini makin serius nak lawan dengan matawang USD. Dan, hari yang sama juga berlakunya tragedi MH17 pesawat Boeing 777 milik MAS telah terhempas dan didakwa telah ditembak dengan misil BUK milik pemisah yang di sokong oleh Rusia. Korang faham tak?



7. Secara tergedik2 pihak Boeing tetiba bagitahu akan memberi kerjasama untuk siasatan tragedi MH17. Masa tragedi MH370 dulu senyap sunyi Boeing tanpa apa2 maklumat yang membantu. Why MH17 cepat je penyanggak Boeing ni nak bagi kerjasama? Adakah kerana MH17 musnah teruk berbanding MH370 yang hilang secara misteri? Boeing ni bukan ke Uncle Sam yang punya?

8. Ketua negara Uncle Sam si Berak Oboma secara lelaju telah mengeluarkan kenyataan keras terhadap pihak yang terlibat agar tidak mengubah 'bukti' ke atas apa yang berlaku terhadap MH17. Beliau merupakan pemimpin dunia yang pertama mengeluarkan kenyataan terhadap tragedi MH17. Ini boleh la dikatakan cuba menaguk di air yang keruh. Sebab umum telah tahu betapa seterunya negara Uncle Sam terhadap Rusia. Sokongan kuat Uncle Sam terhadap Ukraine juga bukan lagi menjadi rahsia umum. Klik SINI.

9. Selepas kejadian MH17 terhempas dan didakwa telah ditembak, sepantas gaban pihak Ukraine membuat penafian penglibatan mereka. Pantas mereka menyalahkan puak pemisah Donetsk yang disokong Rusia sebagai dalang yang menyebab tragedi MH17. Secara psikologi, biasanya orang yang bersalah akan bertindak dulu sebab dibebani rasa takut dan rasa bersalah. Ada sesiapa pakar psikologi kat sini tak. bagi aku, kenyataan pihak Ukraine ni tak lain tak bukan hanyalah helah bela diri semata.

10. Ada sumber mengatakan puak pemisah tersalah target. Kapal terbang MAS dengan kapal terbang yang dinaiki Putin untuk kembali ke Rusia usai majlis di Brasil adalah seakan-akan sama. Kapal Putin dikatakan terlewat setengah jam berbanding MH17 tiba di lokasi penembakan berlaku. Jika sama sekalipun, tak kan la puak pemisah nak tembak sekutu mereka sendiri. Pendek akal la law macam gitu. 


Kapal Putin lagi gemok berbanding MH17, apa makan dia erk?
11. Sebaik sahaja dunia dikejutkan dengan tragedi MH17. Semua mata, telinga dan serembrum dihala ke Ukraine bagi mengikuti perkembangan tragedi tersebut. Semua orang memperkatakan tentangnya. Namun, dalam masa yang sama, pihak rejim zionis Isreal telah memulakan operasi ground attacknya ke wilayah Gaza. Nampak tak permainan diorang?.

12. Setuju atau tidak, ini semua adalah 'permainan' kuasa besar. Negara Malaysia, melalui MH17 dan MH370 hanyalah bahan buat mereka. Mungkin juga Isreal serta sekutu mereka yakin bahawa Islam akan naik disebelah sini, makanya mereka perlu porak perandakan Malaysia dengan kejadian2 sedemikian rupa. 

MH370 tidak lagi terungkai misteriusnya kini MH17 pula yang menjadi mangsa dan beban buat pemimpin negara kita. Mungkinkah sokongan dan dokongan masyarakat serta pemimpin Islam di Malaysia terhadap perjuangan Palestine menjadikan Malaysia sasaran mereka yang tidak berpuas hati. 

Aku harap pemimpin Malaysia tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar dalam tragedi MH17 ini. Jadikan hikayat MH370 sebagai sempadan dan pedoman dalam berurusan dengan mereka. Kita tunjukkan kepada mereka bahawa kita (bangsa Malaysia) la abang besar yang sebenarnya dan mereka bukanlah siapa2.

Apa pun, bagi aku....Datin Seri Rosmah Mansor memang hot dan awesome. Dengar cite kat media sosial dan blog2, beliau ada menghubungi presiden Rusia supaya menceritakan apa sebenarnya yang berlaku kepada Dato Seri Najib. Korang ada?

Bagi aku, dari kotak hitam jatuh ke tangan Uncle Sam dan sekutunya ada baiknya kotak hitam itu berada ditangan Rusia. Kenapa? Korang pikir la sendiri.

Apa pun, kita semua tidak boleh lagi leka dan alpa. Sekarang ni musuh mengancam kita dari  jauh dengan memangsakan MAS. Mungkin selepas ini musuh akan semakin berani untuk menghampiri kita bila melihat kita lemah.

Apa pun, takziah dan al-fatihah buat semua mangsa MH17 dan MH370. Dengan izin Allah, kebatilan akan terbenam dan kebenaran pasti akan tersingkap juga suatu masa nanti.

Jangan lupa Al Mulk, moga mati kita nanti terlepas dari seksa kubur. Baca juga Al Kahfi 1-10/100-110. Mudah-mudahan kita bisa bebas dari fitnah Dajjal yang dasat. InsyaAllah.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.