AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 28 May 2014

Adab menegur kesalahan orang.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kredit Photo: Lebai Google

Kita menegur kesalahan kawan. Dan, kita punya kesalahan kawan2 pula tolong tegurkan.  Alangkah indah hidup ini bila kita saling melengkapi. Bak kata cikgu aku masa sekolah rendah dulu, "Tegur-menegurlah kamu untuk kebaikan. Berpesan-pesanlah kalian untuk mendapat redha Tuhan."

Aku rasa, setiap dari kita pernah melalui dua situasi seperti mana yang aku nyatakan kat atas. Menegur dan ditegur.

Dalam Islam sememangnya kita di suruh menegur dan saling berpesan untuk kebaikan. Allah SWT sendiri berfirman dalam surah Al-Asr (103) :1-3 tentang perkara tegur-menegur dan pesan-memesan ni (u all boleh klik SINI untuk rujuk maksud ayat)

Namun, tahukah kita adab2 menegur kesalahan orang? Nak menegur kesalahan orang ada adab dia....ada etika dia. Bukan aci main tegur je setiap kesalahan orang. U all harus reti beza antara menegur dan menghina

Nak menegur kesalahan orang haruslah beradab dan penuh hormat. Hormat kat sini bukan aku maksudkan u all harus tunduk sembah dia terlebih dahulu sebelum u all tegur kesalahan dia, maksud aku biar la beretika dan ada tok madninah dia. Bukan dengan cara yang boleh mendatangkan perasaan malu kepada orang yang ditegur tu. 

Tersangat ramai dalam kalangan kita, bila menegur je pasti dengan penuh kasar dan biadab.....intonasi yang bongkak dan bangga. Umpama diri tu sahaja yang betul. Seboleh mungkin kita nak khalayak marhean tahu teguran kita kepada si pulan tu. Nauzubillah....

Dan, harus kita ingat.....jangan sesekali kita mencari kesalahan kawan kita semata2 untuk menegur dan memalukannya di depan khalayak. Usahlah kita menyelinap masuk ke dalam kehidupannya semata2 mahu mencari kesalahan yang belum tentu kesalahan itu sebenar2 kesalahan. Mungkin kesalahan kawan kita itu hanyalah su'udzan kita semata. 

Menyindir. Aku perati sekarang ni berleluasa trend menegur secara menyindir. Dah jadi macam wabak pula. Trend sebegini juga sepatutnya dielakkan. Apakejadahnya u all menyindir kawan yang buat salah tu, cakap dan nasihat la elok2. Jangan dibawa sindrom cadburry tu. Menyindir tu bukan menegur dan menasihati tetapi lebih kepada penyakit hati. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan.
Apabila kita ingin menegur seseorang, tegurlah sebagaimana kita ingin diri kita ditegur. Letakkan diri kita pada tempat orang yang kita hendak tegur tu dulu sebelum kita memuntahkan kata2 teguran kepadanya. Nasihat la dengan hati, bukan nasihat dengan emosi. 

Jangan sekali-kali kita su'udzan pada seseorang. Boleh jadi orang yang kita su'udzan tersebut jauh lebih baik daripada kita. Kadang-kadang kita terlalu cepat mentafsir luaran atau fizikal seseorang. Kadang2 kita rasa sudah betul dalam menegur, tapi sebenarnya kita telah diperdaya oleh makhluk Allah yang bernama setan durjana.

Sebelum kita hendak menegur tu, check balik hati kita. Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang boleh menguris hati, limpa, paru2 serta abdomen2 yang sewaktu dengannya ke atas tubuh badan orang yang kita tegur.

Niat kita tegur nak cari pahala dan redha Allah Yang Esa, tapi dosa pula yang kita kumpul untuk kita bersusah2 'di sana'. Tak nak la cenggitu kan.....(~‿)

Well, tak salah pun nak tegur kesalahan orang tetapi biarlah beradab dan berhikmah. Kat bawah ni ada sedikit ole2 untuk kita renungkan dan fikirkan sesama.  



U all pernah kena tegur tak? Selalu tak u all menegur? Pe pun, dalam menegur yang paling penting adab mau jaga la yer. Y()Y no war!

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.