Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 28 May 2014

Adab menegur kesalahan orang.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kredit Photo: Lebai Google

Kita menegur kesalahan kawan. Dan, kita punya kesalahan kawan2 pula tolong tegurkan.  Alangkah indah hidup ini bila kita saling melengkapi. Bak kata cikgu aku masa sekolah rendah dulu, "Tegur-menegurlah kamu untuk kebaikan. Berpesan-pesanlah kalian untuk mendapat redha Tuhan."

Aku rasa, setiap dari kita pernah melalui dua situasi seperti mana yang aku nyatakan kat atas. Menegur dan ditegur.

Dalam Islam sememangnya kita di suruh menegur dan saling berpesan untuk kebaikan. Allah SWT sendiri berfirman dalam surah Al-Asr (103) :1-3 tentang perkara tegur-menegur dan pesan-memesan ni (u all boleh klik SINI untuk rujuk maksud ayat)

Namun, tahukah kita adab2 menegur kesalahan orang? Nak menegur kesalahan orang ada adab dia....ada etika dia. Bukan aci main tegur je setiap kesalahan orang. U all harus reti beza antara menegur dan menghina

Nak menegur kesalahan orang haruslah beradab dan penuh hormat. Hormat kat sini bukan aku maksudkan u all harus tunduk sembah dia terlebih dahulu sebelum u all tegur kesalahan dia, maksud aku biar la beretika dan ada tok madninah dia. Bukan dengan cara yang boleh mendatangkan perasaan malu kepada orang yang ditegur tu. 

Tersangat ramai dalam kalangan kita, bila menegur je pasti dengan penuh kasar dan biadab.....intonasi yang bongkak dan bangga. Umpama diri tu sahaja yang betul. Seboleh mungkin kita nak khalayak marhean tahu teguran kita kepada si pulan tu. Nauzubillah....

Dan, harus kita ingat.....jangan sesekali kita mencari kesalahan kawan kita semata2 untuk menegur dan memalukannya di depan khalayak. Usahlah kita menyelinap masuk ke dalam kehidupannya semata2 mahu mencari kesalahan yang belum tentu kesalahan itu sebenar2 kesalahan. Mungkin kesalahan kawan kita itu hanyalah su'udzan kita semata. 

Menyindir. Aku perati sekarang ni berleluasa trend menegur secara menyindir. Dah jadi macam wabak pula. Trend sebegini juga sepatutnya dielakkan. Apakejadahnya u all menyindir kawan yang buat salah tu, cakap dan nasihat la elok2. Jangan dibawa sindrom cadburry tu. Menyindir tu bukan menegur dan menasihati tetapi lebih kepada penyakit hati. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan.
Apabila kita ingin menegur seseorang, tegurlah sebagaimana kita ingin diri kita ditegur. Letakkan diri kita pada tempat orang yang kita hendak tegur tu dulu sebelum kita memuntahkan kata2 teguran kepadanya. Nasihat la dengan hati, bukan nasihat dengan emosi. 

Jangan sekali-kali kita su'udzan pada seseorang. Boleh jadi orang yang kita su'udzan tersebut jauh lebih baik daripada kita. Kadang-kadang kita terlalu cepat mentafsir luaran atau fizikal seseorang. Kadang2 kita rasa sudah betul dalam menegur, tapi sebenarnya kita telah diperdaya oleh makhluk Allah yang bernama setan durjana.

Sebelum kita hendak menegur tu, check balik hati kita. Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang boleh menguris hati, limpa, paru2 serta abdomen2 yang sewaktu dengannya ke atas tubuh badan orang yang kita tegur.

Niat kita tegur nak cari pahala dan redha Allah Yang Esa, tapi dosa pula yang kita kumpul untuk kita bersusah2 'di sana'. Tak nak la cenggitu kan.....(~‿)

Well, tak salah pun nak tegur kesalahan orang tetapi biarlah beradab dan berhikmah. Kat bawah ni ada sedikit ole2 untuk kita renungkan dan fikirkan sesama.  



U all pernah kena tegur tak? Selalu tak u all menegur? Pe pun, dalam menegur yang paling penting adab mau jaga la yer. Y()Y no war!

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Husnudzon Itu Indah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Aku ni kalau bab agama bukan arif sangat pun. Tapi apa yang aku tahu, apa yang aku alami.....apa yang aku hadami jika tak kongsi seakan tak bermakna hidup ini. Kekadang aku pun terbabas juga. Bukan aku tulis ni sebab aku baik. Tapi aku tulis ni sebab nak ingatkan diri aku sendiri.....juga kamu...dan kamu yang aku kasihi....u are my prens!

Kupasan kali ni sedikit berat bagi aku. Tapi aku cuba yang terbaik. Aku cuba kongsi hasil dari pengalaman, pemerhatian dan juga pembacaan. Dan sesungguhnya, pengalaman bersama bangsa sendiri banyak mematangkan aku. 

Well, kenapa ramai manusia suka berprangsaka buruk (Su'udzan)?  Tak kira la sesama manusia atau dengan Allah Yang Esa. Walhal mereka punya pilihan untuk berprasangka baik (Husnudzon).



Ilutrasi diatas adalah sebahagian dari kisah su'udzan. Memang sifat manusia suka berprangsaka, tapi kenapa harus Su'udzan jika Husnuzon adalah yang jalan paling comei dan sweet? Sebabnya, ada dark spot dihati mereka. Golongan ini menjadikan sifat2 mazmumah sebagai anutan berbanding sifat2 mazmudah. Mereka rela hati mereka dikuasai hawa nafsu. Mereka lupa....leka dan alpa bahawa pembalasan Tuhan itu ada.

Apabila penyakit su’uzzan menular ke dalam diri seseorang maka dia akan terlalu cepat membuat tuduhan, suka mencari kesalahan orang lain, suka menerima berita keburukan orang, suka mencari dan menyelidik rahsia keburukan orang. Bila dia tidak berpuas hati, dia akan cuba mengorek rahsia, mencari kesalahan demi kesalahan......mengadu domba, mengumpat dan akhir sekali akan menyebarkan fitnah untuk memuaskan nafsu syaitannya. 

Di sini tersembunyi satu bahaya apabila hubungan sesama muslim dibina di atas sikap prasangka su’udzan. Sikap su'udzan ini adalah pembunuh sikap berkasih sayang dan memusnahkan makna mahabbah.


Firman Allah SWT yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain❞  [Al-Hujurat : 12]
Sebelum ini aku ada updates sedikit pesanan dipages Diari Seorang Lelaki perihal peringatan berkaitan nanah2 dan juga kudis2 akibat dari penyakit su'udzan ini. U all boleh klik pada link tersebut untuk maklumat dan bacaan lanjut. 

Su’udzan ini wujud disebabkan persekitaran yang negatif, yang paling banyak terjadi ialah apabila seorang individu itu berada dalam suasana yang terkenal dengan akhlak yang buruk, sama ada di rumah atau bersama kawan-kawan.

Sesetengah manusia ada yang bersikap bongkak, mengagumi kebolehan dirinya, sentiasa merasakan dirinya benar dan orang lain bersalah, membanggakan dirinya dan menghina orang lain, semua ini akan menjadikannya bersikap buruk sangka terhadap orang lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran.❞ [An-Najmi : 28]



Jadi, mengapa harus su'udzan jika husnudzon itu lebih indah. Mengapa harus mengadu domba....mengumpat dan memfitnah menambah dosa jika cara mudah untuk mengumpul pahala itu ada. 

Tak lain tak bukan, sikap su'udzan yang dianuti itu bukan kerana mengharap redha Allah SWT tetapi lebih kepada hawa nafsu diri semata.

Sekiranya anda tersalah kerana berbaik sangka adalah lebih baik daripada anda tersalah kerana cepat menghukum dengan buruk sangka.❞ Diari Seorang Lelaki

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


Kredit Photo: Lebai Google

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #39

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Biar sahaja gambar yang berbicara. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 





Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotography yang tak seberapa dari akutukang gambar nubis kubis tahap teletubbies.
 
Jazakallah fiikum.



Support us MansuhPBS


kredit photo: lebai Google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 27 May 2014

MH370 | Tragedi yang hampir dilupakan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sudah lupakah kita pada pesawat Boieng 777-200ER MH370? 

Banyak betul diversion (pengalih perhatian) yang telah 'mereka' persembahkan buat kita (termasuk seluruh penduduk dunia). Sehinggakan sudah semakin berkurang khabar berita tentang pesawat malang ini untuk sajian minda kita. 

Diversion demi diversion telah dan sedang dipersembahkan tanpa sedar kita. Sehinggakan kita tidak lagi bernafsu untuk mengikuti kisah menyayat hati tragedi MH370 ini. Lama ke lamaan kisah ini sepi dibawa angin bayu. Macam juga kes yang pernah berlaku pada sebuah negeri di bawah bayu dahulu....

Adakah kesemua diversion itu wujud secara tidak sengaja? Atau sememangnya ia telah direncana? Teori2 serta kisah yang dipentaskan setiap kali PC (press conferens) sebelum ini juga banyak yang tunggang terbaliknya, menjadikan PC tidak lagi berintergriti. Menjadi gelak tawa dan bahan kencindan masyarakat dunia. 

Pakar2 penyiasatan telah mengatakan pesawat tidak terhempas tetapi mendarat dengan selamat biarpun pemimpin bani jawi telah mengatakan MH370 telah berakhir di Lautan Hindi dan ia dikuatkan lagi oleh dakwaan pemimpin Kanggaroo yang mengatakan terima isyarat dari kotak hitam MH370 dari perut Lautan Hindi. Jika benar MH370 tidak terhempas dimanakah lokasi pendaratannya? Jika benar ia adalah isyarat kotak hitam seperti didakwa, dimanakah ia?? Namun begitu, pihak Kanggaroo seperti cuba memaksa keluarga mangsa dan masyarakat antarabangsa untuk menerima dakwaan mereka. Nonsense!

Tragedi MH370 menyebabkan sekonyong-konyong tubuh Berok Oboma datang ke tanah bani jawi untuk bersua mata dengan pemimpin bani jawi yang terlalu banyak masalah membelenggu pentadbirannya. Apakah tragedi MH370 suratan atau kebetulan? atau tragedi MH370 adalah satu permainan?

Inti pati akur janji antara pemimpin bani jawi itu dengan Berok Oboma juga tidak dihighlightkan kepada seluruh rakyat marhean. Ia terus berlegar menjadi spekulasi sehingga ke saat ini. Ahsab kedatangan Berok Oboma yang sebenar juga seakan dilenyapkan. Kerahsiaan katanya. (Sedangkan nasib 27 juta rakyat Malaysia dan 239 penumpang serta anak kapal MH370 berada ditangan beliau. Silap percaturan beliau dengan musuh Islam padah menanti semua.) 

Sebaliknya, diversion demi diversion telah dicipta buat rakyat dan seluruh penduduk dunia. Tak lain tak bukan agar nafsu khalayak untuk mengikuti kisah sebenar tragedi yang menimpa MH370 seawal pagi 8 Mac 2014 yang lalu semakin kendur dan anti klimaks.

Sebulan kurang lebih lagi, Ramadhan yang mulia akan hadir mewarnai hidup seluruh umat Islam seluruh dunia. Moga kedatangan Ramadhan yang barakah ini nanti bisa melabuhkan tirai kebatilan yang menyelubungi MH370 ini. Mudah-mudahan, kebenaran akan tersingkap jua nanti. Teruskan berdoa untuk seluruh penumpang dan anak kapal MH370. Jangan sesekali kita lupa dan alpa dengan setiap diversion yang mereka sajikan buat kita. 

Diakhiran nanti, moga Allah swt memperlihatkan kepada dunia siapakah director serta konco2 yang menjayakan kisah tragedi MH370 yang menyayat hati ini. Moga musuh2 Islam laknatullah serta orang2 Islam yang bersengkongkol untuk memusnahkan Islam itu mendapat pembalasan dariNYA. Ameen...



Dengan izin Allah, kisah ini pasti tamat jua nanti. Dan sesungguhnya, janji Allah itu pasti, "Diakhiran, kebenaran akan menenggelamkan kebatilan."

Bersama-samalah kita berdoa agar ada cahaya di penghujung terowong yang gelita. 

Jazakallah.



Support us MansuhPBS



kredit photo: Sharifah Sofea Muka Buku
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

I'm back | Muka Dimah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Apa habaq sahabat2 blogger, pembaca2 setia serta kaki2 skodeng blog Amir Aiman Akashah | Diari Seorang Lelaki yang serba oranje ini? Harap anda semua kacak dan cantik sentiasa baik luaran mahupun dalaman. Moga senantiasa dirahmati dan diberkati Ilahi.

Well, dah lama aku tak conteng kat blog ni kan? Mesti u all semua sakit usus kan setiap kali terjah sini takde entry terkini.....entri yang hot dan sensasi. Mesti u all tengah hanguk kapla dengan statement jujur aku ni.....HiHiHi.....Sebetulnya, bukan aku tak nak updates blog aku yang ohsem ini (ayat poyo) tapi adalah tu masalah yang aku hadapi. Nanti la aku cerita ceriti ceritu kat u all semua. 

Dengan izin Allah, aku akan cuba updates blog aku ni supaya u all lebam biji mata untuk membaca dan menghadam segala isinya. Kalau ada entri yang tak elok tu u all humban je kat bakul sampah. Kalau ada entri yang comei dan sweet tu jangan pula u all peram ia kat blog ni lepas baca, share la kat muka buku u all...twitter....tagged serta laman2 sosial yang sewaktu dengannya. U are my prens! HeHeHe...

Sebetulnya banyak kengkangan untuk aku updates blog ni. Masalah pokok yang paling tuntas ialah line internet. Yang ke-2, konon2 kengkangan masa. Yang ke-3, sebenarnya aku banyak buang masa depan skrin tanpa buat apa2 (no idea) (icon tutup mata dengan tapak tangan wassap)

Pasal line internet tu nanti aku merapu kendian. Entri ni just untuk maklumkan bahawa aku masih lagi diberi peluang dan ruang oleh Allah swt untuk menghirup oksigen dan menghembus karbon monoksida dioksida dengan coolnya kat planet bumi ini. Dengan adanya entri ini akan ada susulan entri2 yang yang sensasi dan panas line yang bakal aku up kat nanti. Ini entri just warming up sahaja. Hampir sebulan tiga hari aku berdiam diri dari arena blogging Malaysia ni. Mesti u all rindu gila cadbury dengan aku kan? kan? kan? HaHaHa.....Sesungguhnya aku sayang u all ketat2 macam panda.....HiHiHi...

Banyak betul benda yang aku nak kongsikan dengan u all my prens sekalian alam. Bagaikan tak terjangkau akal ku.....HiHiHi.....Tapi aku harap aku ada kudrat dan kekuatan untuk menaip dan merapu.

Gila entri mukadimah panjang berperengan-perengan. Bukan ada benda pun kan. Pe pun harap u all stay tune kat blog aku ni sehingga sesak nafas. 



Sementara aku create entri untuk next entri apa kata u all godek2 dulu entri2 aku yang terdahulu yang penah bikin panas kat arena blogging seantero dunia. U all boleh klik link Older Post

Ok la, aku pen off dulu.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.